SUMPAHAN SI PARI-PARI
PART 12 #SUZIEakaCHA"Terima kasih Ruby, kerana datang ke parti ini."
Puan cailin memeluk kawan lamanya itu."Suami kau tak ikut balik ke sini ke?" Tanya Puan Ruby, sambil mengangkat segelas jus dan meneguknya perlahan.
"Ehemm...Dia akan menyusul nanti, dia masih ada sedikit kerja di luar kota." Jawab puan Cailin.
Puan cailin mengajak Ruby beramah mesra dengan tetamunya."Tak nampak pun batang hidung Lester, mana dia ni."
Mata Karen ligat mencari kelibat Lester di parti itu."Mungkin dia menyorok kot sebab nampak kau kat sini, kau dah lupa apa yang kau lakukan pada dia semasa parti perpisahan pensyarah Adrian?"
Connie terkekeh mengingatkan kejadian waktu itu, Karen telah mencuri "first kiss" Lester setahun yang lalu tanpa kerelaan Lester."Itu sweet memory aku! Sampai bila-bila pun aku takkan lupa." Bentak Karen.
Karen menarik kerusi di sebelahnya dan duduk menikmati makanan yang terhidang, sementara menunggu Lester muncul. Wajahnya tidak keruan menanti Lester.
*****
"Kenapa kamu tak pergi ke parti tu Miya? Kan Kyra dah ajak kamu pergi bersama."
Pari Madeline menekan suis television, dan membuka saluran kegemarannya. Dia juga tidak hadir ke parti itu kerana, penat menguruskan ladangnya sendirian sejak Miya masuk ke kolej."Buat apalah Miya pergi ke parti tu, Miya bukannya kenal dengan mereka pun."
Jawab Miya sambil mengikat tali kasutnya."Dah tu...Miya bersiap ni nak kemana pula? korang takde kelas kan hujung minggu ni."
Pari Madeline merenung ke arah Miya."Miya nak ambil angin kat luar kejap."
Jawab Miya dan beredar keluar.*****
Lester bersandar pada sepohon redwood di tepi tebing air terjun, dan melihat air sungai yang mengalir deras jatuh ke bawah."Lebih baik aku lepak kat sini daripada duduk kat parti mengarut tu." Rungut Lester.
Dia sudah lali dengan parti yang diadakan oleh ibunya, mahupun ayahnya yang jarang pulang bersama mereka. Ayahnya terlalu sibuk ke luar kota untuk mencari barang-barang peninggalan lama. Parti sebegitu sangatlah membosankan baginya.
Perlahan-lahan Lester berjalan menghampiri tebing air terjun itu, dan membuka tangannya luas-luas untuk merasai angin yang menghembus lembut pada tubuhnya.
"Hey!! Jangan terjun!"
Miya menjerit dan berlari, memeluk erat pinggang lelaki yang berdiri di tebing air terjun itu.Lester berpusing ke belakang.....
"Arrrggghh!!! Raksasa hutan!"
Lester terkejut dan berundur ke belakang.
"Jangan bergerak!"
Jerit Miya namun, ia nya sudah terlambat.Prasss....pummm!
Mereka berdua jatuh ke dasar air terjun itu. Lester terkapai-kapai berenang ke atas. Saat jatuh ke dalam air terjun itu, Miya sempat membuka matanya. Dia melihat sebuah peti perak bersinar di dasar air. Tanpa berfikir panjang, Miya menarik peti itu sebelum kakinya di tarik naik ke atas oleh seseorang.
"Kau ni dah gila ke! Kau siapa?!"
Pekik Lester yang tercungap-cungap."Kau tu yang sebenarnya gila! Kau berdiri kat tebing tu buat apa,nak bunuh diri?!"
Miya memekik kembali."Ha..ha..ha..ha.."
Lester ketawa geli hati dengan kata-kata yang baru sahaja di dengarnya."Dasar perempuan bodoh! Aku ni masih waraslah. Buat apa terjun kat sini, baik terjun kat bangunan kolej tu saja kalau nak sangat bunuh diri."
Lester berdiri dan mengocak rambutnya yang basah."Huhh!"
Miya mendengus kencang, dan membelek peti perak di tangannya."Ah...Ini peti perak tongkat sakti ku!" Gumam Miya.
Dia tersenyum gembira kerana berjaya menemui tongkat saktinya itu, dan dia hampir terlupa bahawa lelaki tadi masih lagi berdiri di hadapannya. Belum sempat Miya membukanya, Lester telah merampas peti perak itu dari tangannya.
"Apa benda ni?"
Lester membelek dan menggoncang-goncangkan peti perak itu."Ukiran peti ni sungguh unik, mungkin ia peninggalan orang zaman batu kot." Ujar Lester.
Dia sebenarnya tidak berminat pun dengan barangan seperti itu tetapi, dia agak tertarik apabila melihat ukiran di peti perak itu. Maklum sahajalah, darah ahli arkeologi terkenal itu mengalir di badannya.
"Bagi balik peti tu kat aku!" Pinta Miya.
Miya cuba merampas kembali peti itu tetapi tidak berjaya.
Lester menggenggam erat peti itu, dan mengangkatnya tinggi-tinggi.
Miya terenjut-enjut untuk mendapatkan peti itu."Aku akan simpan peti ini sebab, kau tuduh aku nak bunuh diri dan kau sengaja menolak aku jatuh ke bawah bersama kau! Raksasa hutan!" Kata Lester.
Lester berjalan perlahan meninggalkan Miya.
"Apa?...hey! Aku tak tolak kau pun. Kau yang berundur ke belakang tadi, dan aku yang jumpa peti tu dulu. Peti itu milikku!"
Bentak Miya, namun Lester tidak mengendahkannya. Dia terus melangkah pergi.Miya duduk memeluk lututnya di tepi air terjun itu. Dia hampir mendapatkan tongkat saktinya kembali tetapi, di rampas pula oleh lelaki yang tidak di kenalinya.
"Walau apa pun terjadi, aku harus mendapatkannya semula!" Gumam Miya. Dia bangkit berdiri dan bergegas pulang.
*****
"Auntie Madeline!!" Jerit Miya dari luar rumah agam itu.Miya segera masuk ke dalam rumah, dan mendapatkan pari Madeline.
Pari Madeline sedang sibuk membuat pancake di dapurnya."Ada apa Miya? Kamu nampak cemas dan pakaian kamu basah. Apa dah jadi?"
Pari Madeline memadam api gasnya dan meletakkan sisa bahan pancake itu di atas meja."Miya dah jumpa tongkat sakti Miya...tapi..."
"Tapi...Apa? Cepatlah bagitahu auntie."
Pari Madeline memegang bahu Miya."Ada seorang lelaki...Yang Miya cuba selamatkan tadi telah merampasnya." Ujar Miya.
"Siapa lelaki itu? Miya kenal tak?"
Miya menggeleng perlahan.
"Habis tu, macam mana kita nak cari kalau kita tak kenal siapa lelaki itu." Kata pari Madeline.
Mereka berdua bingung memikirkan, siapakah lelaki yang telah merampas peti perak itu.
YOU ARE READING
SUMPAHAN SI PARI-PARI [ COMPLETED ]
FantasyTAJUK: SUMPAHAN SI PARI PARI NUKILAN: SUZIE aka CHA sinopsis MIYA seorang pari tercantik di istana Dulches, dia sangat terkenal dengan budi bahasa dan kebaikan hatinya. Ayahnya adalah raja segala pari di dalam kerajaan Pari Pari. Ayahnya baru sahaja...