#1

817 57 4
                                    

TAJUK: SUMPAHAN SI PARI-PARI
NUKILAN: SUZIE aka CHA

BAB 1

SELURUH penduduk Pekan Reyes, digemparkan dengan kehadiran seorang gadis hodoh yang berpakaian cantik, merayau-rayau di tengah pekan lama itu.

"Siapakah gadis hodoh itu?"

"Darimanakah gadis itu?"

"Gadis hodoh itu, pasti pembawa sial!"

Pelbagai persoalan, timbul di benak penduduk Pekan Reyes . Mereka kurang senang dengan kehadirannya.

Gadis hodoh itu adalah, Miya. Seorang Pari yang telah dikutuk, dan diusir dari kerajaan Pari Pari. Dia telah dibuang ke lembah manusia.

Miya kelihatan lesu, dan kelaparan. Kakinya melangkah tanpa arah tuju, dia merayau di setiap pelosok Pekan Reyes. Sesekali, dia berhenti di tepi kedai makan. Dia melihat manusia yang asing bagi dirinya, sedang lahap menikmati makanan mereka.

"Hey! Pergi dari sini, perempuan hodoh!" tempelak, tauke kedai makan.

"Prasssss!!"

Miya disiram dengan air kotor lalu diusir oleh, pemilik kedai makan tanpa belas kasihan. Miya berlari ke arah sebuah lorong, pakaiannya sudah basah kuyup. Dia duduk di tepi lorong, sambil mengibas-ngibas bajunya yang telah basah.

Tiba-tiba, sekumpulan lelaki meluru ke arahnya.

"Hai... gadis cantik, boleh kami bantu?" sapa salah seorang kumpulan lelaki itu.

Miya mendongak perlahan. Wajahnya sungguhlah hodoh, dipenuhi dengan tompokan merah di wajah serta seluruh tubuhnya, dan terdapat benjolan besar di belakangnya. Keadaannya membuatkan kumpulan lelaki itu, berundur ke belakang.

"Puii! Perempuan jijik!" pekik lelaki itu.

Mereka meludah Miya, dan mentertawakannnya. Lalu mereka meninggalkan Miya, bersendirian di tepi lorong. Air matanya bergenang di kelopak mata, dan jatuh membasahi pipinya.

'Hina sangatkah aku di mata mereka? Apakah manusia di dunia ini, langsung tiada belas kasihan!' getus hati, Miya.

Miya tunduk dan menangis pilu meratapi nasib dirinya.

"Meow...Meow..."

Seekor kucing mendekati, Miya. Ia menggeserkan tubuh montelnya di kaki, Miya. Kucing itu, seolah-olah memahami perasaannya ketika itu.

"Comelnya makhluk ini, dan lebih baik daripada manusia," bisik hati, Miya.

Kucing itu menggigit, dan menarik-narik hujung bajunya. Ia seperti mahu membawa Miya, ke suatu tempat. Miya tidak berfikir panjang, Miya terus mengekori langkah kucing itu perlahan-lahan. Tanpa disedari, mereka telah tiba di sebuah kawasan ladang jagung yang terletak di hujung Pekan Reyes. Di tengah ladang itu, terserlah sebuah rumah agam yang besar dan cantik. Kucing yang telah membawa Miya ke situ, berlari dan memasuki rumah itu melalui tingkap. Miya termengah-mengah di luar rumah agam itu.

Tidak lama kemudian, pintu rumah itu terbuka luas. Kelihatan, seorang wanita dalam lingkungan 40-an keluar dengan anggun sekali. Wanita itu mempelawa Miya, masuk ke dalam. Sebaik sahaja Miya melangkah masuk, dia terpegun apabila melihat hiasan dalaman rumah itu. Ia mengingatkannya pada, Istana Pari Pari.

"Aku sangat merindukannya," gumam, Miya.

Wanita itu, menghulurkan sehelai tuala dan beberapa helai pakaian kepada, Miya.

"Pergi bersihkan diri kamu dahulu," kata wanita itu, suaranya sungguh lembut.

"Baik," Miya mengangguk.

Tanpa berlengah, Miya terus menuju ke sebuah bilik yang ditunjukkan oleh, wanita tersebut.

"Rupanya, tak semua manusia tu jahat. Masih ada juga yang berhati mulia di antara mereka," Miya bermonolog, di dalam kamar mandi. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Miya sangat bersyukur, kerana telah menemui seseorang yang baik hati. Orang yang benar-benar mahu membantunya tanpa memandang paras rupanya.

Selesai membersihkan diri, dia menggapai tuala lalu mengeringkan badannya. Dia membelek satu persatu, baju yang diberi kepadanya. Dua helai seluar panjang, dan beberapa helai baju t-shirt.

"Macam mana rupaku memakai pakaian manusia ni, ya? Kalau kat dunia Pari, guna gown aje," Miya memadankan pakaian itu di hadapan sebuah cermin besar.

"Ahh... pakai ajelah, aku takde pilihan lain dah. Baju yang aku ada pun sehelai je, itupun dah kotor. Takkan nak pakai balik," gerutu Miya.

Miya mengenakan seluar panjang biru tua, dan t-shirt ungu di badan. Lalu, dia melangkah ke ruangan utama rumah agam itu.

Wanita anggun itu, sedang duduk di atas sofa sambil menikmati teh yang masih hangat. Miya hanya berdiri dan melihat ke arah wanita tersebut.

"Jemputlah duduk."

Wanita itu mempelawa sambil tersenyum manis. Perlahan-lahan, Miya melabuhkan punggungnya di sebelah wanita itu.

"Terima kasih kerana membantuku," ucap Miya.

Miya tunduk dengan penuh rasa hormat.

"Takpe, aku pun pernah mengalami situasi seperti kamu suatu ketika dahulu."

Miya mengerutkan dahinya.

'Adakah wanita ini, sama seperti diriku? Seorang Pari yang telah diusir dari tempatnya sendiri?' bisik hati Miya.

Miya tertanya-tanya, pelbagai persoalan mulai menyelubungi dirinya. Siapakah gerangan wanita anggun yang sedang duduk tersenyum di samping dirinya? Adakah benar apa yang sedang bermain di dalam fikirannya. Wanita itu adalah seorang Pari atau dia hanyalah manusia biasa.

SUMPAHAN SI PARI-PARI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now