SUMPAHAN SI PARI-PARI
PART 23
ORIGINAL STORY BY SUZIEakaCHA"Miya lepas ni kamu pergi berkemas, sementara auntie hantarkan dahulu bekalan jagung ini ke kilang puan Ruby." Pari Madeline segera memuatkan bekalan jagung itu ke dalam kereta di bantu oleh Miya.
Setelah itu, Miya bergegas untuk berkemas. Ketika sedang berkemas, dia terpandang patung mini panda yang diberi oleh Lester. Dia menggapai patung itu dan merenungnya seketika. "Aku akan kembali." Bisik Miya. Dia menggantungkan patung mini panda itu pada anak begnya.
Dia teringatkan pula tugasan yang di beri oleh pensyarah Yohana.
"Aku perlu memaklumkan kepada pensyarah Yohana sebelum aku pergi." Dia segera mendail nombor pensyarah Yohana.
📞MIYA
"hello...Selamat petang puan, ini Miya."📞PENSYARAH YOHANA
"Ya Miya, ada apa?"📞MIYA
"Puan, aku ingin memaklumkan bahawa aku tidak dapat hadir ke kolej dalam beberapa hari ini."📞PENSYARAH YOHANA
"Kenapa Miya? Ada sesuatu yang berlaku ke? Bagaimana dengan persiapan kamu untuk pertandingan rekaan fesyen itu nanti? Kamu tidak boleh menarik diri."📞MIYA
"Aku tetap akan mengambil bahagian dalam acara itu, aku berjanji akan kembali secepat yang mungkin. Ada perkara penting yang perlu aku selesaikan terlebih dahulu."📞PENSYARAH YOHANA
"Ya, baiklah. Kalau macam tu, hubungi aku kalau kamu kembali ke sini. Jangan lupa siapkan tugasan kamu."📞MIYA
"Aku akan melakukan yang terbaik. Terima kasih puan."Mereka mengakhiri perbualan itu. Miya menarik nafas lega kerana pensyarah Yohana memberi pelepasan kepadanya.
Sebaik sahaja pari Madeline tiba, giliran pari Madeline pula berkemas.
"Baiklah Miya, kamu sudah bersedia? Kita harus cepat pergi dari sini sebelum orang lain melihat kamu." Pari Madeline memasukkan beg yang berisi pakaian mereka ke dalam but kereta.
Miya mengangguk tanda bersedia, mereka segera masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan rumah agam itu.
Semasa dalam perjalanan, Miya hanya berdiam diri. Dia memandang ke luar tingkap.
"Nasib baiklah Miya pernah memberitahu mereka, bahawa Miya menghidap penyakit misteri yang masih boleh di ubati. Kalau tak, Mungkin auntie tidak akan dapat berjumpa dengan Miya lagi." Pari Madeline memecahkan keheningan perjalanan mereka. Dia tersenyum memandang Miya.
Miya memandang pari Madeline lalu membalas senyumannya.
"Ya, auntie. Miya cuma belum bersedia untuk kembali ke kerajaan pari-pari sekarang. Miya juga tidak mungkin akan menghapuskan ingatan sahabat-sahabat Miya yang telah menerima Miya, sewaktu Miya terkena sumpahan dari ayah kandung sendiri."
"Hmm...Miya ada maklumkan pada Kyra tak? Yang Miya ikut auntie ke luar kota?"
"Miya rasa ini peluang terbaik untuk Miya tenangkan fikiran,sudah terlalu banyak yang Miya lalui sepanjang berada di dunia manusia. Miya akan jelaskan pada mereka bila dah balik nanti." Miya menghela nafas panjang.
"Mereka pasti rindukan kau, bagaimana reaksi mereka nanti apabila melihat Miya sudah berubah menjadi cantik ya? Mesti lebih banyak yang akan menyayangi Miya kan?"
Pari Madeline tersenyum lebar, dia tidak puas menatap kecantikkan Miya. Dia tidak menduga wajah Miya secantik itu."Adakah Lester juga akan merindui aku?" Bisik hati Miya.
"Miya tidurlah dulu, nanti auntie bangunkan Miya bila dah sampai ya." Pari Madeline menekan minyak dan terus memacu laju. Mereka sudah pun meninggalkan kawasan pekan Reyes. Mata Miya yang kelihatan layu akhirnya terlelap.
YOU ARE READING
SUMPAHAN SI PARI-PARI [ COMPLETED ]
FantasyTAJUK: SUMPAHAN SI PARI PARI NUKILAN: SUZIE aka CHA sinopsis MIYA seorang pari tercantik di istana Dulches, dia sangat terkenal dengan budi bahasa dan kebaikan hatinya. Ayahnya adalah raja segala pari di dalam kerajaan Pari Pari. Ayahnya baru sahaja...