#20

393 23 4
                                    

SUMPAHAN SI PARI-PARI
PART 20 #SUZIEakaCHA

Ketika menuruni bukit, langkah Lester terhenti. Matanya tertumpu kepada sebatang pokok besar, sepasang mata bulat sedang melihat ke arahnya di sebalik dahan pokok itu. Lester mengamati makhluk itu dengan penuh tanda tanya.

"Apakah makhluk yang sedang berselindung disebalik dahan itu? Matanya bulat, bersinar dan sungguh comel."

Mata bulat itu berkedip dan perlahan-lahan keluar dari sebalik pokok dan berpaut pada dahan. Matanya tidak lekang memandang Lester. Ia seolah-olah tertarik melihat Lester seperti gadis-gadis di luar sana.

"Koala!"

Mata bulat itu milik seekor koala kecil yang sungguh comel.

Lester sungguh teruja, dia pertama kali melihat koala di depan mata. Pelajar yang lain meluru ke arah Lester dan turut melihat koala yang sedang berpaut kemas pada dahan pokok itu. Mereka tidak melepaskan peluang, pelajar itu masing-masing mengeluarkan kamera dan menangkap gambar koala kecil itu, untuk dijadikan koleksi gambar sepanjang perkhemahan mereka.

Lester tidak mahu ketinggalan, dia menyeluk kocek seluarnya.

"...handphone aku?!"

Lester kelihatan cemas! Dia memeriksa beg galasnya namun, handphonenya tidak ada didalam beg. Sekali lagi dia meramas kocek seluarnya dan memandang sekitar tempatnya berdiri, matanya liar mencari handphonenya kalau-kalau ia terjatuh di sekitar tempat itu.

"Kenapa dengan kamu Lester?"
Pensyarah Yohana menghampiri Lester yang kelihatan resah dan bingung.

"Handphone aku hilang! Padahal aku sentiasa menyimpannya didalam kocek ku sepanjang masa."

"Bertenang...mungkin handphone kamu tercicir kot," pensyarah itu cuba menenangkannya.

"Puan, boleh aku kembali ke puncak? Mungkin handphone aku itu, tercicir di sana."

"Tapi hari dah nak hujan, sangat berbahaya kalau kamu naik ke puncak itu lagi, lagi pula kita sudah pun hampir sampai dibawah bukit."

"Tapi puan, ia sangat penting bagiku. Aku menyimpan semua data peribadiku di dalamnya." Lester merayu dan benar-benar nekad untuk mencari handphone nya itu, bahkan dia sanggup mendaki semula ke puncak.

Dengan berat hati, pensyarah Yohana terpaksa membenarkan Lester untuk naik ke puncak sekali lagi.

"Baiklah, tapi kamu harus cepat! dan bawa salah seorang daripada kumpulan kamu untuk menemani kamu kesana."

Karen ingin menawarkan dirinya untuk pergi bersama Lester namun, dia sudah tidak larat lagi untuk naik ke puncak itu sekali lagi.

Lester memberi isyarat pandangan mata kepada Miya, Miya memahami maksud pandangan mata itu. Lester mahu dia menemaninya kembali ke puncak bukit.

"Aku???" Gumam Miya.

"Aku dan Miya akan pergi bersama," Lester menarik lengan baju Miya.

Kenzie mengerutkan dahi.
"Kenapa pula, Miya? Bukankah Lester geli mendekati gadis seperti itu," bisik hati kecil Kenzie.

"Baik, kami akan menunggu kamu berdua di kaki bukit ini. Berhati-hati ya?!" Ujar pensyarah Yohana.

Lester dan Miya mengangguk faham. Kumpulan itu lantas menuruni bukit sementara mereka berdua terpaksa mendaki semula ke puncak.

"Hei, tunggu aku." Miya membongkokkan tubuhnya pada sebatang kayu yang dijadikan tongkat untuk mendaki bukit. Dia tercungap-cungap, cuba untuk mengawal nafasnya.

Lester menghentikan langkahnya dan menoleh,
"Cepatlah sikit! Lembab!!" Lester mendengus melihat Miya yang ketinggalan 50 meter di belakangnya.

Miya berusaha untuk bergerak lebih cepat, walaupun nafasnya hampir putus kerana mengejar Lester yang berjalan lebih pantas dihadapan.

SUMPAHAN SI PARI-PARI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now