SUMPAHAN SI PARI-PARI
PART 18 #SUZIEakaCHAPerlahan-lahan Miya menghampiri pagar rumahnya,dia melihat kalau-kalau pari Madeline sudah pulang.
Parkir kereta pari Madeline masih kosong.
"Wah..nasib baik auntie belum balik,"
Gumam Miya. Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan menukar pakaiannya, lalu ke dapur untuk mengisi perutnya yang kencang berkeroncong."Alangkah nikmatnya rasa bila dah kenyang. Hmm...Nasib baik aku tak mati kelaparan tadi," Gerutu Miya. Setelah kekenyangan dan selesai mengemas di dapur, Miya menuju ke biliknya dan menyiapkan tugasan yang di beri oleh pensyarah Yohana sebelum dia terlelap.
*****
"Miya...Miya...bangun."
Kedengaran suara pari Madeline perlahan mengejutkan Miya.Miya membuka matanya dan melihat jam di sebelahnya.
"Pukul 5.45a.m??"
Matanya terbeliak melihat jam itu,dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke kamar mandi."Miya,auntie tunggu kamu kat bawah ya," pari Madeline keluar dari bilik Miya dan menunggunya di luar.
Setelah beberapa minit Miya keluar tergesa-gesa dengan rambut yang masih basah,dia tidak sempat mengeringkannya kerana takut terlambat.
"Kenapa tak keringkan rambut tu dulu?"
"Takpelah auntie,tak sempat dah ni."
"Auntie cepat sikit ya,sebelum jam 6 setengah Miya kena ada kat kolej tu," ujar Miya.
"Yela...sabar sikit ya Miya,nanti laju-laju terbabas pula." Seloroh pari Madeline.
Miya ketawa kecil.
Mereka tiba di kolej pada jam 6.15a.m.
Miya segera melakukan tugasannya sebelum pelajar lain datang ke kolej."Kau mandi tak keringkan rambut ke," desis Lester yang tiba-tiba sahaja muncul di belakang Miya.
Miya terkejut dan hampir sahaja melemparkan tuala kecil di tangannya pada muka Lester."Ni semua gara-gara kau lah! Aku hampir je terlambat tadi," ujar Miya sambil menyambung semula kerjanya.
"Kau salahkan aku pula?"
"Ya lah,kalau bukan sebab kau jadikan aku pembantu free kau kelmarin, aku takdelah penat sangat sampai tertidur pun aku tak sedar malam tadi," omel Miya.
"Angkat barang ringan je pun," Lester melirik matanya pada Miya, dan mengambil bukunya di dalam kereta.
Miya berdiri di samping Lester dan menadah kedua tangannya.
Lester mengerutkan dahi.
"Apa?""Tu..."
Miya memuncungkan bibirnya pada buku di tangan Lester."Tak payah! Hari ini aku bawa sendiri!" Bentak Lester dan meninggalkan Miya berdiri kaku di tepi kereta.
"Bagus!" Gumam Miya. Dia menggalas begnya yang diletakkan di tepi parkir dan berjalan menuju ke kelas.
Setelah kelas pertama mereka habis, kedengaran suara pelajar-pelajar sedang riuh di hadapan papan buletin kolej. Miya berdiri jauh, dan hanya melihat pelajar-pelajar itu berhimpit-himpit hendak melihat apa yang terpapar di papan buletin itu.
"Kau dah lihat ke?"
Kenzie menyandarkan bahunya pada dinding konkrit kolej, dan memandang Miya dengan senyuman kecil di bibir.Mata Miya tertumpu pada senyuman itu. Senyuman yang jarang diberikan kepada orang lain namun, selalu bagi Miya. Senyuman itu mampu mencairkan hati seorang gadis jikalau di tambah dengan kemanisan kata-kata, tetapi Kenzie agak pemalu sedikit.
YOU ARE READING
SUMPAHAN SI PARI-PARI [ COMPLETED ]
FantasyTAJUK: SUMPAHAN SI PARI PARI NUKILAN: SUZIE aka CHA sinopsis MIYA seorang pari tercantik di istana Dulches, dia sangat terkenal dengan budi bahasa dan kebaikan hatinya. Ayahnya adalah raja segala pari di dalam kerajaan Pari Pari. Ayahnya baru sahaja...