Aku menghirup air chocolate blended yang sudah terhidang didepan dengan penuh nikmat tanpa menghiraukan manusia yang duduk bertentangan dengan aku tanpa berkelip memerhatikan aku dari tadi.
"Saya dah ada girlfriend" kata Izam secara tiba-tiba. Hampir tersedak aku dibuatnya bila dengar pengakuan dari mamat depan ni. "Dah ada girlfriend!! habis yang awak setuju nak datang jumpa saya ni dah kenapa?" aku tanya dengan dahinya berkerut-kerut. Pelik? nak kata pelik memang taklah, lebih rasa nak siku jer kepala mamat kat depan ni, " dah tahu ada girlfriend yang gedik-gedik setuju cadangan parent untuk berjumpa pe motif" bebel aku dalam hati.
Izam cuba tafsir reaksi wajah zahra sebenar, "dia ni frust ke?" tanyanya dalam hati. Aku mengangkat kedua belah kening sambil tengok mamat depan aku ni, kecik besar- kecik besar jer aku pandang. "dah mama saya suruh jumpa dengan awak, saya terpaksalah datang" jawab Izam bersahaja. Okay wait!!!! terpaksa???? Hello, kau ingat kau seorang jer ke yang terpaksa, habis aku ni apa dengan rela hati. Eh, jap jap..memang rela hati pun, okay control cik Zahra Arissa. " habis tu takkan mama awak tak tahu yang anak dia ni dah de pilihan sendiri ke awak tak bagi tahu? pe lah awak ni patut bagi tahu lah awal-awal kt mama awak tu takde lah orang tua tu bersusah payah carikan untuk awak." bebel aku.
"ish!! awak boleh tak jangan nak judge saya tanpa tahu perkara sebenar, sedap-sedap mulut awak jer yea. Masalah dia kat sini my mom tak accept pilihan saya"
"huh?? tak accept??" tanya aku dengan muka yang tersangatlah blur
"tak tahu maksud accept ke cik kak, maksud accept tu terima. Jadi my mom tak terima pilihan saya....faham!!!!" kata Izam dengan bengangnya.
Ya Allah kau berikan kesabaran kepada aku, sedap-sedap cakap aku tak tahu accept tu apa. Anak buah aku pun tahu lah maksud accept tu, Taik burung nya mamat ni...kekwat tersangat
"Saya tahulah accept tu apa, tak lah bengap sangat saya ni Encik Izam oi, makcik cleaner kat mall ni pun boleh faham maksud word tu. Persoalannya kat sini, kalau mama awak tak ACCEPT pilihan awak tu takkan awak just biar jer, tak buat something ke untuk mama awak blh terima pilihan awak tu?" aku tanya dengan muka yang masam, amik kau dengan siap eja lagi.
"Apa? cuba ulang balik, buat something?? kau tau tak yang sekarang ni mama reject pilihan aku sebab girlfriend aku tak nak stay sekali dengan mama aku lepas kami kahwin. Kau ingat senang nak pujuk mama aku??? okay mama aku letak tepi dulu, tu girlfriend aku nak pujuk macam mana, dia pun tak nak mengalah. Cakap senang lah, sekarang ni nak dapat perempuan yang sanggup tinggal dengan mertua mana nak, silap-silap kau pun sama" kata Izam dengan nada yang sinis
Pergh!!!! dah berkau aku dh sekarang, tu tak pe lagi tapi yang part last tu aku tak leh terima, memang nak kena siram dengan chocolate blended aku ni nampaknya.
"oi!!, awak cakap pandang-pandang lah, jangan nak samakan saya dengan so called girlfriend awak lak. Saya lain dan dia lain. Masalahnya tak de masalah pun, awak yang tak pandai nak mainkan peranan sebagai seorang lelaki. Tak pe lah, meh sini saya bagi cara nak menyelesaikannya, kalau tak okay juga pandai-pandai lah fikir nanti yea" kata aku sambil menolak sedikit chocolate blended aku tepi,
Izam memberi sepenuh tumpuan dekat aku, tak sabar lah tu nak dengar solution brilliant aku tu, ni sah jenis lelaki ego tinggi dah lah talk bad pasal aku ,depan-depan pulak tu, nasib baik lah aku ni de hati yang sesuci zahra. Ewah sedap juga tu dari sesuci murni. Tapikan Handsome juga mamat ni, de lah nampak kacukan dari muka dia dengan mata dia warna dark brown. Pergh!! cukup sifat mamat ni, profession bagus, ada rupa, ketinggian pun cam model dah, memang sah-sah lah akan ada girlfriend. Apalah parent aku ni, kalau ye pun cuba siasat dulu, ni tak pasal-pasal aku rasa cam desperate sangat,pe lah dia fikir nanti pasal aku, nak cakap aku tua, tak lah tua mana pun baru jer 26 tahun, masih panjang lagi perjalanan hidupku, dah semua pening nak aku kahwin... haish!!!!
YOU ARE READING
Kesilapan dan keegoan
Non-FictionKehidupan Zahra Arissa berubah 360 darjah selepas berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya, Mohd Izam Ariffin. Namun, dalam kebahagiaan yang diperolehi terselit satu ketakutan yang harus dia tempuhi. Kasih sayang ibu mertuanya, cinta seorang sua...