Bab 4

493 9 1
                                    


"Aku terima nikahnya Zahra Arissa binti Iskandar dengan mas kahwinnya RM500 tunai" ucap lelaki tersebut. Ya, tidak lain tidak bukan , beast yang aku taknak ada kaitan, beast kalau boleh aku taknak tengok lagi..sekarang ni sedang lafazkan ijab dan kabul buat diriku.

"sah...sah...sah" tanya tok kadi pada orang sebelahnya. apabila semua mengangguk, "Syukur..Alhamdulillah" kata tok kadi tersebut, saat itu berubahlah dengan penambahan status aku dari  anak perempuan kepada ibu bapaku kepada isteri Izam Ariffin bin Sharifuddin. Tanpa aku sedari menitis sudah air mataku..aku tidak tahu maksud air mataku ..yang aku tahu sekarang kehidupan aku bukan seperti dahulu lagi...semuanya akan berubah..ya..berubah.

Aku baru  jejak kaki masuk ke rumah, sudah dipanggil ibuku. 

"Assalamualaikum mak, kenapa muka stress jer ni...asal anak-anak pintar mak iaitu adik-adik saya buat perangai ke? stress bebonar muka tu.." aku berjenaka dengan mak, tengok muka macam fikir kan hal negara jer...padahal negara rumah En.Iskandar jer kowt..

"Waalaikumusalam,...ya, memang buat perangai tapi bukan diorang...ni *sambil tunjuk kat aku* yang buat perangai...lebih teruk dari diorang. Korang ni kalau berjumpa, mesti akan ada jer keputusan mengejutkan yang buat..apa ingat orang tua korang ni dah tak de ke..sampai boleh buat keputusan besar macam ni..apa yang Zahra fikir sebenarnya ni?" sembur mak aku.

"Apa orang dah buat mak....sampai mak cakap cam ni? keputusan apa? jumpa siapa? cuba mak bagi tahu clear sikit" tanya aku untuk lebih faham maksud mak.

"Clear otak hang! mak pun pening kepala dengan perangai kamu Zahra oiiii!!!! Apa yang Zahra decide dengan Izam waktu jumpa tadi?". 

Ohhhhh.....kira si beast tu dah inform kat family dia lah ni...cepat betul..sujud syukur aku padaMu Ya Allah...senang hati aku sekarang, tak payah pening-pening nak fikir alasan untuk batalkan majlis hujung bulan ni..

"aduh!!!" aku menggosok kepala aku sebab kena ketuk dengan sapa lagi kalau bukan dengan Puan Hasmah ni a.k.a my mom.

"Kita tengah pening kepala sebab dia...boleh pulak dia berkhayal" bebel mak aku

"mana ada! oh...jadi si beassssssssssss...upss! Izam dah inform kat mak lah ni yang majlis hujung bulan ni dah ...." tak sempat aku sambung..mak dah  mencelah " buat penambahan dari tunang jadi nikah terus..banyak kerja nak kena buat ni.."

"Apa mak????????"


"Zahra!Zahra!" panggil Sya telah menyedarkan aku dari lamunan. Aku pandang kearah Sya dengan muka blur

"zahra hulurlah tangan kau, laki kau dari tadi duduk depan kau nak batalkan air sembahyang, kau boleh pulak berkhayal...apalah kau ni...buat malu jer.." bisik Sya kat aku

Aku tengok depan aku, Izam sedang duduk berhadapan denganku sambil pegang sebentuk cincin berlian...cantik cincin tu. Izam ...segak dengan mengenakan baju melayu berwarna krim, sampin berwarna Coklat dan songkok hitam, padanlah dengan warna bajuku jubah moden berwana krim dan tudung bewarna coklat yang penuh dengan batu berkilat dibahagian hujung nya, tak aku nafikan, dia memang seorang yang mempunyai rupa yang boleh membuat hati wanita luntur..tapi kenapa aku tidak merasa seperti aku fikirkan. Tanpa melengahkan lagi aku  menghulur tangan aku kepada dia, lalu dia menyarungkan cincin tersebut ke jari manisku. Aku bersalaman dan mencium tangannya dengan penuh hormat, selepas itu diikuti dengan ciumannya didahiku..lama aku rasa ciuman tu menyentuh dahiku...seperti segala kasih dilimpahi sepenuhnya dengan ciuman tersebut.

Mulai detik ini, aku harus belajar untuk terima dan menyerahkan hatiku kepada dia..kepada insan yang selama ini aku rasa sangat annoying, sekarang dah bergelar suamiku. Ya allah kau bantulah aku untuk menjalani kewajipan aku dengan mengikut syariatMu ...hanya pada Kau sahaja aku menyerah Ya Allah...aku yakin dengan setiap ketentuanMu...amiin...

Kesilapan dan keegoanWhere stories live. Discover now