Bab 2

638 20 2
                                    

Pagi yang tenang menemani aku di satu-satu tempat yang paling aku suka untuk bersendirian....dalam bilik aku. Tidak sampai 24 jam perjumpaan tadi, aku dah diberi satu berita yang mengemparkan seluruh urat-urat, hati,hempedu dan seangkatannya lah. 

"apa motif lelaki ni sebenarnya??? kenapa boleh jadi macam ni? ke dia ni memang ada masalah ingatan. Nak cakap short term memory loss, aku tengok okay jer. Ke ada penyakit otak??aduh!!! stressnyaaaaaaaaaaa aakuuuuuu!!!!" bebelan aku sambil jerit sedikit.

Beberapa jam sebelumnya

"Zahra, ayah dan mak ada benda nak bagi tahu zahra." panggil ayahku sewaktu aku ingin memasuki ke bilik.  Aku pun apa lah lagi jadi lah anak solehah, pergi duduk kat ruang tamu bersama parent aku yang sweet ni. Eh, aku memang solehah pun, Ni kalau dengar adik-adik aku, mahu 7 hari 7 malam membahan kakak diaorang ni...

Lihat dari cara pandangan mak dan ayah aku, macam ada something  yang fishy jer. Yelah , mana tak aku pessimist sebab asal diaorang tengok jer antara satu sama lain, asyik tersenyum jer. Bila dah macam tu for sure lah aku dapat kesan, tu teknik orang tua aku bila ada benda yang nak suruh aku buat. Ni mesti nak suruh , kalau bukan suruh masak something special, sure kena teman adik aku untuk aktiviti dia. Haish, baru jer  rancang nak layan movie best-best esok, dah kena reset balik plan aku. Kau tunggu lah wahai adik-adik .........

" Tadi aunty zaleha call mak, dia kata belah sana  semua setuju, termasuk tuan punya badan" kata mak aku.  Satu jer perkataan lintas dalam otak aku, PELIK?????

"Jap-jap, siapa aunty zaleha ni? tuan badan ?? sapanya badan?? lembu ke?? cepatnya ayah dah booking lembu untuk korban, puasa pun belum lagi. Gila awal dah amik order untuk lembu korban yea. Wow!!! Efficient betul sekarang"  ucapku dengan penuh kemerepekan tanpa memerah otak aku untuk kaji maksud mak aku yang  gorgeous tu.

"apa yang zahra merepek ni? Aunty zaleha tu kan ibu kepada Izam, tengah hari tadi kan zahra pergi jumpa Izam untuk kenal dan buat keputusan pasal lamaran kahwin zahra tu. Dah lupa dah ke, aunty zaleha cakap yang Izam bagi tahu korang dah setuju untuk menjalani hidup bersama. Amboi cepat betul anak mak ni yea, terus buat keputusan nak tunang dah bulan depan." dengan penuh semangat mak aku cakap dan aku tak tahu lah muka aku ni de reaksi ke tak de tapi yang aku pasti dalam badan aku, semua anggota macam nak terkeluar. Ya Allah, janganlah ambil nyawa aku lagi, aku belum sempat nak minta maaf kat sapa-sapa sekarang ni.

"abah seronok sangat zahra, akhirnya anak abah ni dah nak kahwin, dah nak jadi isteri orang dah tak lama lagi." keceriaan yang sangat ikhlas ayah aku pamerkan kat wajah dia. Bayangkan lah......

Aku, tak  de perkataan mampu aku katakan. Apa nak cakap, hilang semua ayat-ayat, macam bayi yang baru lahir yang tak tahu bahasa apa nak cakap. Mampu memberi senyuman yang luaran nampak ikhlas tapi tersiratnya seperti lepas ni ke tali gantung agaknya aku sebab bunuh doktor yang on duty. Tiba-tiba!! "wait!wait! mak, bila aunty zalora tu cakap yang kami nak tunang?" tanyaku dengan reaksi kali ni memang shock

"Zalora kebenda kau ni ha! zahra. Nama dia ZALEHA, haish !!! janganlah kau pandai-pandai ubah nama bakal mak mertua kau tu. Dia cakap yang IZam bagi tahu bulan depan. EH! korang juga yang decide kan, apasal zahra macam terkejut jer?? nasib baik korang pilih hujung bulan depan, kalau tak mahu mak meletup macam gunung berapi, dalam masa singkat nak urus kan semua. NI pun kira singkat juga lah tapi dah abah kau setuju, kita teruskan jer lah"

Zapppp!!!!! Bila masa pula aku decide nak tunang, setahu aku jawapan hasil pertemuan tadi adalah BIG NO....

"Zahra!!!!!!"  mak ai, kuatnya suara makcik Hasmah, takkan lah mak aku dah tertelan microphone pagi-pagi ni.

"ye mak!!!!" aku pun apa lagi , tunjukkan juga peaching aku yang tak berapa ni, tapi still tak boleh lawan suara mak cik Hasmah...itu juara dalam rumah ni tang suara. Cepat-cepat aku pergi ke dapur untuk melaporkan diri.

"Nak kahwin dah tapi masih melingkar lagi kat dalam bilik tu apahal, mai lah tolong mak kat dapur ni, sediakan sarapan untuk ayah korang tu,jap lagi kau nak keluar lagi tengah hari kang.ntah apa lah korang ni, baik kakak dengan adik tak boleh langsung nak  tolong buat kerja rumah bila time cuti. sorang dok cakap kerja sekolah melambak, sorang dok sakit jer perut dia,asal suruh buat keja jer sakit, hat ni pula, selagi tak panggil tak datang." tu dia lirik merdu mak aku pagi-pagi. 

"ala, orang bukan selalu keluar mak, ni baru first time 2 hari berturut-turut keluar, itu pun sebab memang tak boleh dihindar. tapi yang hat semalam tak kira la, sebab tu mak dan ayah yang suruh kan" tak nak kalah juga aku..ewah!!

"memang lah mak dan ayah suruh, tapi tak suka -tak suka pun  still buat keputusan nak tunang kan"perli mak cik Hasmah. Boleh tahan juga mak aku ni, sejak-sejak kawan dengan mak cik limah depan rumah tu, pergh!!berjangkit dah ke'laser'an tu.

Selepas bantu menguruskan rumah, aku pun cepat-cepat bersiap untuk dating dengan kawan baik aku, siapa lagi kalau bukan dengan cik wanie the pooh. Kawan yang jarang jumpa tapi persahabatan kitaorang tak pernah terjejas dari title best friend forever. Lagipun selain dari aku nak luang masa dengan wani, aku ada benda nak kena selesaikan, persoalan yang masih hantui aku dari malam tadi, selagi aku tak muntahkan kat depan muka mamat kekwat tu , tak tido aku 14 hari 14 malam. Kau tunggu kat hospital kau, silap-silap kau jadi patient kat sana.






Kesilapan dan keegoanWhere stories live. Discover now