Bab 3

618 11 1
                                    


"Maaf, cik nurse, dekat mana saya boleh berjumpa dengan doktor ....doktor...doktor zam?" aku bertanya dengan tekanan untuk ingat nama makhluk tu dekat nurse yang duduk di receptionist  .

"sini banyak doktor yang nama Zam cik. Zam apa yea?" tanya nurse tersebut. Alamak apalah nama penuh makhluk ni. Nak tanya sapa sekarang.

"ala, cik nurse saya tak tahu nama penuh, yang saya tahu nama dia zam jer."

"takpe, cik boleh bagi nama patient yang doktor tu rawat mungkin saya boleh tolong check kan nama doktor tu." kata nurse tersebut setelah aku gagal bagi nama penuh mamat.

" oh, tak pe lah macam tu cik nurse, buat susah jer, nanti saya tanya sendiri kat kawan saya nama doktor yang rawat dia tu. Thanks yea cik nurse". dalihku dan meninggalkan tempat tersebut.

"Cik Zahra" panggil wanie dengan nada yang panjang. Aku faham dah nada dia tu, minta explanation lah tu.

"ala wanie, zahra bukan saja nak tipu cik nurse tu, dah dia nak nama patient yang makhluk tu rawat, manalah zahra tahu." Memang bila aku bercakap dengan wanie dah biasa gunakan nama kami untuk panggilan, tak macam kawan-kawan aku yang lain, pelbagai nama panggilan ada, lagipun kami pun dah terbiasa dari zaman sekolah.

"Haish! nama bakal suami sendiri pun tak ingat Cik zahra. Macam mana ni, besok nak nikah, tok kadi sebut nama pasangan macam mana zahra nak confirmkan tu betul orangnya, wanie kenal lah cik zahra arissa ni macam mana, kalau dah kalut, kepala tu tengok lantai jer. Pasti bila zahra nikah esok, lantai tu juga jadi tetapan untuk pandangan zahra kan." bebel wanie

"First, siapa cakap tu bakal suami zahra, ni, Tan Sri punya badan tak declare lagi tau. Second, agak-agaklah time nikah tok kadi baca nama pasangan, zahra tak kenal, pasti kenal punya lah, sebab orang yang zahra nikah semestinya orang zahra akan cintai sepenuh hati. Third and final, sebelum sambung bebel tu, jom belanja zahra makan, laparlah!!! " . Aku nampak ketidakpuasan hati Wanie the pooh ni, tapi nak buat macam mana, kawan awak ni memang macam ni Cik wanie oiii, terimalah seadanya.

Aku berjalan kedepan, laju sikit dari wanie ke tempat parking, Wanie hanya tersenyum melihat gelagat aku yang tak pernah berubah "Zahra,Zahra, semoga Allah sentiasa bagi kawan aku kebahagiaan yang melimpah ruah. Amiin" bisik hati wanie.

                                                           ****************************************

"Ish!!!! kalau tak pernah nak menyusahkan aku tak boleh ke, dah lah pandai-pandai buat keputusan. Sekarang spoiled kan hari cuti aku. dah lah aku amik cuti hari ini semata-mata nak tengok movie lakonan actor favourite aku. Semak lah mamat ni" bebel aku sendirian sambil laju aku berjalan memasuki ke melawati mall. Peduli apa aku, orang pandang-pandang tengok aku macam orang tak betul cakap bersendirian. Tengah geram ni tau tak, korang semua apa tahu, tahu jadi pakcik makcik bawang , kicap,tomato jer.

Dari jauh aku dah nampak hamba Allah yang betul-betul saat ni aku letak nama dia teratas dalam balcklisted aku.  Eh, nama dia pun aku tak hafal, ah! peduli apa aku, aku letak jer lah beast. Beast, quite suit for him na....hahahahah.

"Assalamualaikum Cik Zahra Arissa, have a seat please." Izam memberi salam sambil bantu  menarik kerusi untuk bagi aku duduk. Ceh! nak tunjuk gentleman lah tu.

"Waalaikumusalam, thanks but no thanks. Banyak persoalan dalam otak saya ni. Pertama, kenapa U tipu family I cakap yang I setuju untuk lamaran ni? Diaorang sekarang tengah bertungkus-lumus buat persiapan tau. kedua, jin mana yang cakap kat u yang I setuju dengan keputusan U untuk tunang hujung bulan ni? Ketiga , lepas 2 minggu I cuba contact U untuk clear kan semua kekeliruan ni, U tak pernah nak jawab and plus reply whatsapp I pun tak, tup tup, U call my mom , konon-konon  minta izin nak jumpa dengan I hari ni, why It should be today???? tak boleh hari lain ke, tak pun call jer lah, takkan kredit tak de nak buat outgoing call kot. I penat-penat apply cuti  hari ni untuk spend my time dengan movie boyfriend I tak jadi tu, dengan sewenang-wenangnya, U spoiled everything, Kecik besar kecik besar I tengok U sekarang tau." Segala kemarahan yang ada dalam jiwa aku ni, aku luahkan kat mamat depan ni tapi dengan nada geram yang slow la, gila nak cakap terjerit-jerit, aku masih waras untuk jaga maruah orang.

Kesilapan dan keegoanWhere stories live. Discover now