Bab 9

433 9 3
                                    

Hari-hariku dilalui dengan penuh kegembiraan, cinta n gelak tawa yang sentiasa meyerikan kehidupan rumah tangga aku. "Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, sentiasalah kau merahmati dan berkati hubungan aku bersama suamiku hingga ke jannahMu, Amiin." doa aku di dalam hati sambil mengelap bingkai gambar perkahwinan kami. Tapi aku masih lagi tidak boleh keluar dari rumah sewaktu Izam tiada, walaupun dia tidak lagi marah-marah, dia masih menegaskan agar aku tidak boleh keluar dari rumah sewaktu dia tiada.

"tok tok tok tok" bunyi ketukan pintu rumah aku mengejutkan aku dari lamunan detik-detik bahagiaku. 

"kejap!!!!!"jeritku sambil jalan kearah pintu.

"siapa pula yang datang ni, time macam ni lagi. Takkan Izam, dia kata hari ni mungkin  balik lewat, Siapa lah datang ni, aku dah lah tak kenal siapa-siapa sangat kat sini" aku bermonolog di dalam hatiku. Aku pun membuka pintu, alangkah terkejutnya aku melihat Taufiq yang berdiri didepan pintu rumah aku. Ya Allah bantulah aku.

"Assalmualaikum Zahra, kok kaget ya lihat saya" kata Taufiq

"Waalaikumusalam Fiq, tak de lah cuma tak sangka kamu ada di Malaysia, saya ingatkan kamu sudah pulang ke Bali. Kamu mahu jumpa Izam ke?, Izam belum balik lagi. Hari ini mungkin dia lewat kot balik sebab ada case di hospital. Apa kata kamu telefon dia kalau ada hal mustahak" kata aku sambil berdoa di dalam hati agar Taufiq cepat beredar.

" Tidak apa, sebenarnya mahu jumpa kamu berdua, tapi kalau Izam tiada, tak pe lah, nanti kamu tolong sampaikan salam saya pada Izam ya. Saya juga tidak boleh lama-lama ni, malam ni flight saya ke Bali, ni saya mampir untuk ucapkan selamat tinggal dan juga ni hadiah perkahwinan kalian dari saya. Sorry ya lambat bagi hadiah, harap kalian suka sama hadiah saya." kata Taufiq sambil menyerahkan bungkusan hadiah kepada aku.

" La..susah -susah je Fiq, doa kamu pun dah lebih mencukupi buat hadiah perkahwinan kami Fiq. Tapi apa pun thanks atas hadiah ni, pasti kami suka lebih-lebih lagi dari satu-satunya jiran kami ni. Saya doakan semoga perjalanan kamu selamat, kirim salam nanti buat keluarga disana ya." ucapku kepda taufiq

"In shaa Allah, terima kasih atas doanya Zahra, susah banget sekarang mau ketemu wanita seperti kamu, untung Izam miliki kamu. Semoga rumah tangga kalian sentiasa bahagia..amiin. 

"Oh ya! saya sudah lewat ni, saya minta diri dulu ya, In shaa Allah kita jumpa lagi akan datang, kirim salam saya kepada Dr. Izam, tidak sempat saya ingin berjumpa dengan dia." kata Taufiq sambil melihat jam dipergelangan tangannya.

"okay, nanti saya sampaikan, Have safe flight and journey Fiq." Ucapku agar Taufiq segera pergi

"Assalamualaikum Zahra, saya pergi dulu ya'"

"waalaikumusalam"ucapku dengan melihat Taufiq pergi untuk meninggalkan perkarangan rumah aku.

Belum sempat aku ingin menarik nafas lega, aku nampak kereta Izam memasuki perkarangan rumah berselisih dengan Taufiq. Ya Allah semoga Izam tidak mula dengan cemburu butanya. Bantulah aku Ya Allah. Izam keluar dari kereta dan bertemu dengan Taufiq, mereka saling bertegur tetapi dari pandangan aku, aku hanya nampak Taufiq sahaja yang memberikan senyuman bukan Izam. Muka Izam yang menunjukkan ekspresi yang tidak dapat aku duga.

Izam melangkah masuk rumah tanpa memberi senyuman atau kucupan kepada aku seperti selalu. Tiada kata-kata darinya hanya senyap dia menuju ke meja di ruang tamu untuk meletak barangnya.

"a..a...assalamualaikum abang, abang duduk dulu, Zahra pergi buat air untuk abang."kata aku tergagap kerana takut. 

Izam hanya membelakangi aku tanpa sepatah kata pun. Aku cuba berjalan menuju ke dapur tapi langkah aku berhenti bila aku dengar balingan pasu diatas meja tersebut ke lantai. Habis bersepai kaca pasu tersebut menjadi serpihan kaca yang halus ibarat seperti hati aku yang dibaling oleh Izam. 

Izam berpaling pada aku dengan tangannya membuka tali pinggang diseluarnya. Aku melihat setiap gerakan Izam yang lagi membuat aku mengigil ketakutan.

"a..a..abang nak buat apa? Fiq datang sekejap jer abang, dia cu..cu..cuma nak ucap selamat tinggal dan ba..ba..ba..bagi hadiah perkahwinan kita. Tak sampai li..li..lima minit pun abang. Percaya cakap Zahra abang..Zahra tak..tak..tahu yang Fiq nak da..da..datang, abang tolong...tolong jangan apa-apakan Zahra..Zahra ikut cakap a..a..abang, Zahra tak keluar pun da..dari rumah bang" kata aku sambil menangis teresak-esak dan mengigil ketakutan menunjuk bungkusan hadiah tersebut.

Izam seperti tidak mendengar rayuan dan kata-kataku, dia bergerak menuju kepada aku dan aku pula perlahan-perlahan bergerak kebelakang sambil merayu kepadanya. Ditangan Izam telah dia pegang tali pinggangnya. Berhayun- hayun besi kepala tali pinggangnya. Ya Allah selamatkan lah aku..aku bermohon kepadaMu Ya Allah.

PANGGGGGG!!!! satu tamparan hinggap ke pipiku. Aku jatuh dan terhantuk kepala aku di meja bucu ruang tamu. Izam baling hadiah tersebut jauh dari kami, aku dapat agak apapun hadiah tersebut pasti sudah pecah sepertimana hati aku hancur dengan kelakuan Izam. Aku merasakan cecair mengalir dari dahiku. Ya Allah selamatkan lah aku. Tidak hilang lagi sakit dikepala aku...badan aku telah dipukul oleh Izam dengan tali pinggangnya tanpa rasa belas kasihan kepada aku.

"abang sakit abang!!! tolong abang...jangan pukul Zahra abang!!!!!" rayuan aku tidak memberi makna langsung kepada dia.

" HOW MANY TIMES I NEED TO TELL YOU!!!!!!!!!!!!!!! I CAN'T SEE YOU WITH OTHER GUYS...WHY YOU DO THIS TO ME ZAHRA!!!!!!WHY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Jerit Izam sambil terus memukul aku.

"MANA JANTAN TU PEGANG KO HA!!!! APA TAK PUAS DENGAN AKU...DENGAN JANTAN LAIN PUN KO NAK RASA" Izam menarik aku masuk kebilik dan melempar aku diatas katil. 

Ya Allah sakitnya badan aku, peritnya rasa...aku benar tidak bermaya lagi...suara aku tidak lagi boleh keluar..aku tidak mampu bercakap kerana sakit sangat.

" AKU NAK TENGOK APA SERONOK JANTAN TU DARI AKU, ASAL AKU TAK DE KAT RUMAH NI KERJA KAU YA!!!!!!!!! WHY ZAHRA ARISSA!!!! WHY!!" Izam menarik baju aku dengan keadaan marah.

"a..abang tolong ..abang tolong jangan buat Zahra macam ni ...tolong abang" rayu aku dengan suara yang lemah. Aku tidak mempunyai kudrat untuk melawan...pandangan aku menjadi gelap ..apa yang aku tahu...aku telah dinodai oleh suami aku sendiri...aku telah dilakukan seperti wanita yang tidak bermaruah..

Ya Allah bantulah aku keluar dari neraka dunia ni Ya Allah....

Kesilapan dan keegoanWhere stories live. Discover now