"Ya Allah Ya tuhanku, Tuhan yang maha berkuasa, Tuhan yang maha mendengar, Sesungguhnya hanya padaMu aku berlindung dan memohon pertolongan. Janganlah kau tutup pintu hatiku setelah kau berikan cahaya dan hidayahMu. Lindungilah keluarga kecilku dari segala kejahatan dan kemungkaran terhadapMu Ya Allah. Kuatkan lah hubungan aku dan suamiku, lembutkanlah hatinya, berikanlah dia petunjukMu, hidayahMu dan Cahaya RahmatMu kepadanya agar dia sentiasa berada dalam LindunganMu. Ampunilah dosa-dosa suamiku, kedua orang tuaku, kedua mentuaku, keluargaku, sahabat-sahabatku serta hamba-hambaMu yang masih hidup mahupun yang telah kembali kerahmatMU. Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Kau Ya Allah yang harus disembah dan hanya PadaMu kami berlindung...Amiin Ya Rabb." aku mengusap wajahku dengan kedua tanganku selepas solat. Aku berpaling kearah katilku dan melihat Izam nyenyak tidur seperti tiada yang berlaku antara aku dan dia. Bagaimana aku nak dia tahu bahawa cintaku dan kesetiaan aku hanya pada dia seorang sahaja.
Aku berlalu ke arah katil untuk mengejut Izam menunaikan solat subuh, " Abang, bangun solat subuh."
Izam mengeliat dan menarik tangan aku tanpa aku sedar, aku terjatuh keatasnya. "This is what we call heaven in world dear, everyday I starting my day by see my angel's face first which means thing gonna be wonderful for my whole day."kata Izam dengan membelai pipiku.
Aku menahan tangan Izam dari terus membelaiku dan senyum "Wake up fast dear, waktu subuh dekat nak habis, tak elok lewat-lewatkan solat. Abang fresh up yourself first, Zahra siapkan breakfast dulu yea." Aku melepaskan pelukan Izam lalu ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Selepas sarapan Izam keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan dia di gim. Itulah rutin dia setiap hujung minggu. Aku...selepas insiden dirumah Taufiq seminggu yang lepas, tidak langsung aku jejaki luar rumah termasuk dalam kawasana rumah aku. Hanya duduk didalam rumah dan kadanag-kadang kalau aku rasa sesak sangat aku akan keluar ke balkoni untuk melihat langit dan keindahan alam dari pandangan balkoni seperti sekarang. Aku menikmati setiap pemandangan yang dicipta tuhan..sungguh indah sekali..Aku bersyukur dengan setiap perkara yang hadapi walaupun ia adakala pahit ...tetapi aku percaya setiap pahit tu pasti akan de manisnya kelak.
Bip! Bip! Bip!, bunyi mesej dari phone aku. Aku mmbuka mesej tersebut dari Izam.
Hai Angel,
For tonight, u no need to prepare dinner because there is a surprise waiting for you my angel. One more thing love..there is a shopping bag inside our wardrobe, please wear that for tonight. Can't wait to meet you for tonight. I LOVE YOU more than MY LIFE......
Aku tersenyum membaca mesej tersebut. Malam ni..hopefully will be the moment among the best in my life...Amiin Ya Rabb
Okay abang, noted with a lot of love....
Sent to: Hubby
******************************************************************
Aku membuka almari baju dan mengambil bungkusan yang diberitahu Izam. Ya Allah cantiknya baju ni ..warna kegemaran aku di tambah pula dengan kalung emas putih.. is there any special day for today? nak cakap birthday aku atau Izam tak...anniversary lagi lah jauh...aku ada lupa apa-apa ke ni?
YOU ARE READING
Kesilapan dan keegoan
Non-FictionKehidupan Zahra Arissa berubah 360 darjah selepas berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya, Mohd Izam Ariffin. Namun, dalam kebahagiaan yang diperolehi terselit satu ketakutan yang harus dia tempuhi. Kasih sayang ibu mertuanya, cinta seorang sua...