Seminggu Izam tidak bertegur dengan aku...seminggu itu juga lah aku tak pernah lalai dalam menjalankan tanggung jawab aku sebagai seorang isteri. Aku tidak tahu apa silap aku..apa salah aku...Ya! itu yang aku fikir selama seminggu ini.. aku umpama patung yang tidak memberi apa-apa makna buatnya dalam tempoh itu. Luka ditanganku masih ada..peritnya masih terasa tetapi perit dan bernanah lagi hati aku yang tidak dapat dilihat secara zahirnya.
Seperti selalu, aku tetap menyediakan sarapan buat Izam sebelum dia pergi kerja. Izam menuju ke meja makan dari bilik kami dan duduk sambil melihat aku menyapu jem diroti bakar untuknya.
"Sayang, malam ini jiran kita Encik Taufiq jemput kerumahnya ada buat majlis kecil..dia nak both of us join his party tonight. Nanti abang balik awal, kita pergi yea" kata Izam
"Okay" kataku sehabis mungkin. Izam melihat saja gerakan kerjaku untuk sarapannya, tidak berkelip memandangku, pelik dengan sikapnya selama seminggu tidak bertegur dengan aku dan hari ini, sikap dia macam tak ada apa yang terjadi.
" Sayang, senyumlah sikit, tak baik tau buat sarapan untuk suami dengan muka yang muram..tak de ceria langsung.. sayang abang ni kan cantik walaupun muram macam ni..but if you smile..you are more beautiful and sexy darling" bicara Izam sambil tangannya memegang tanganku yang masih perit kerana sikapnya hari tu.
"ouchhhh!!!!" jeritku sedikit apabila pegangan Izam agak kuat sedikit.
"Why dear? Oh My God!!!! what the hell happened to your hand sayang? How can you be so careless! bila kena ni?" tanya Izam dengan nada yang cemas apabila dia menyelak lengan bajuku apabila melihat aku menahan kesakitan pegangannya.
"hari itu...kan a...bang...a..bang" tergagap-gagap aku ingin beritahu dia apabila Izam memotong kata-kataku..
"dah-dah...Come, abang tolong buat dressing for your wound..ini kalau tak letak antiseptik ni,, risau jangkitan kuman." Izam menarik aku kebilik kami, menyuruhku duduk dikatil dan dia mengambil first aid box untuk mencuci luka tangan aku.
Aku perhati wajahnya sewaktu dia sibuk mengubati luka ditangan aku.. risau...cemas...sedih..dan yang paling aku ketara aku boleh lihat cinta dia diwajahnya..mana tak nya..setiap kali dia cuci..sapu ubat dan nak balut luka aku tu..pasti aku akan dihadiahkan sebuah ciuman ditanganku. Aku...aku tak tahu nak rasa apa...yang aku pasti luka ditangan aku pasti sembuh tapi bagaimana dihati aku..sikapnya yang tidak terjangka..buat aku takut..pada masa yang sama..keprihatinan ..perhatian dan cinta dia buat aku sentiasa ingin berada disisinya...aku buntu...seperti aku tidak kenal siapa suami aku yang sebenarnya.
Tanpa aku sedar, sebuah ciuman aku merasakan dibibirku..yang membuat aku tersedar dari lamunanku.
"Dari tadi, tengok abang tak berkelip mata sayang, tu yang abang bagi hadiah tu.." Kata Izam sambil membelai pipiku
"I love when you see me like that dear..feel like I'm the only best view for your sight. Sayang...I'm really sorry..abang careless, I didn't notice your hand before this, abang sibuk dengan kerja..sampai abang langsung tak tanya pun your condition and your feeling...You know what sayang, I really miss you so much..I miss all the thing about you...everything." Izam berkata dengan suara romantiknya lalu mendekatkan wajahnya ke pipiku dan memberi ciuman.
"ehem-ehem..abang, I think you already late, better abang pergi sekarang..for your breakfast, do you want me to pack for you?" aku menjarakkan sedikit posisi aku dari Izam dan bangun untuk keluar dari bilik, apabila Izam memegang tanganku dan menarik aku duduk semula tetapi kali ini duduk diatas pangkuannya.
Izam mengambil handphone lalu mendail satu nombor dimana sebelah tanganya memeluk pinggangku lebih erat.
"Morning bro! wei..sorry ganggu kau...aku tak dapat datang hospital hari ini..wife aku tak sihat and she need me here....oh!..okay-okay..thanks bro..if anything urgent or emergency just gimme a call..okay..thanks once again bro." Izam memandangku dengan senyuman manis..
YOU ARE READING
Kesilapan dan keegoan
Non-FictionKehidupan Zahra Arissa berubah 360 darjah selepas berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya, Mohd Izam Ariffin. Namun, dalam kebahagiaan yang diperolehi terselit satu ketakutan yang harus dia tempuhi. Kasih sayang ibu mertuanya, cinta seorang sua...