Hidupku.

786 19 0
                                    

Namaku Alona. Alona.. nama yang biasa saja, sesuai dengan statusku sebagai seorang anak petani miskin di sebuah kampung kecil yang terletak di sebuah lembah.

Aku tiada ibu namun mempunyai seorang adik kecil bernama,  Allana.
Ibuku meninggal akibat diserang.

Ada yang mengatakan ibuku mati diserang binatang buas, namun ada juga yang berkata bahawa dia diserang makhluk pelik.

Aku kini berusia 17 tahun. Pendidikan ku hanyalah setakat tahu membaca dan menulis, tidaklah buta huruf tetapi tidaklah sampai ke pengajian tinggi.

Adikku Allana baru berusia 12 tahun.
Dari kecil ku ajarkan dia membaca dan menulis. Adapun dia bersekolah bermula dari umurnya 7 sehingga 10 tahun.

Ianya terhenti disitu kerana gurunya yang datang dari bandar ke lembah ini ditemui mati dalam keadaan yang ngeri.

Ayahku Donny pergi ke kebun kecilnya pada awal pagi ketika mana cahaya belum terbit. Ayahku mengusahakan kebun kecilnya, cukup untuk menampung kami tiga beranak.

#kawan2 macam mana🤓??

Aku langsung tidak mempunyai kawan rapat mahupun kawan baik.
Semuanya sentiasa berkata buruk dan menyakitkan hati meskipun mereka sama saja seperti, anak orang kampung.

Orang kampung memulaukan aku dan adik beradikku serta ayah.
Ini kerana ibuku, tapi apa yang telah ibuku lakukan sehingga dia dibenci.

Ini adalah hidupku.

Mungkinkah dalam umurku yang sebegini aku akan merasa sesuatu yang berbeza dan diluar jangkaan???

THE BLOOD (Birth Of Dhampire)Where stories live. Discover now