3

508 16 0
                                    

Alona menghentakkan bakul yang berisi kain basuhannya di atas tanah setelah pulang dari tepi sungai tadi.

Allana melihat kakaknya itu telah pulang, dan menghampirinya.

"Kenapa muka kakak masam je ni??, air sungai kotor ke?? " tanya Allana.

Soalan Lana tidak diendahkan oleh Lona. Kalau hendak diikutkan hati mahu saja dia memaki Fia dan Lily.

Dasar biadab!

Tidak berapa lama kemudian. Ayah mereka iaitu Donny berjalan menuju ke rumah.

"Aik? Awalnya ayah balik?? " Tanya Lana yang menyambut kepulangan ayahnya.

Kebiasaannya selagi tidak matahari tenggelam, jangan haraplah hendak melihat muka ayahnya, namun hari ini berbeza.

"Ayah rasa tak sedap badan. Mana kakak kamu, dah balik..?" soal Donny.

"Sudah... Muka buruk je tu.. " jawab Allana.

Allana memapah ayahnya untuk duduk di atas kerusi di tepi pintu.

"Mesti kamu malas ni nak tolong dia..?"

"Mana ada... dia pergi cuci kain sorang. Manalah Lana tau? "

Mendengarkan suara ayahnya di luar, Alona segera keluar.

"Ayah?. Awal nya balik?"

"Ayah rasa tak sihat, tak larat nak kerja lama2." Jawab Ayahnya.

"Ayah.. Alona nak cakap sesuatu dengan ayah.. Nanti. " Wajah Alona menjadi serius.

"Okey.. " pendek saja jawapan Donny, namun dia merasakan ada sesuatu yang sedang menganggu emosi anaknya itu.

Someone POV

Aku duduk bersandar diatas katil manakala kaki ku lunjurkan.

Biasanya aku akan berbaring di dalam keranda, tetapi hari ini aku malas.

Aku  tidak berhenti dari menghidu haruman bunga Moselle yang ku dapatkan kelmarin.

Ah.. Terlintas pulak di ingatanku tentang seorang gadis kampung yang ku selamatkan daripada dibaham harimau.

Wajahnya tak sama seperti anak orang kampung biasa, wangian darahnya yang mengalir seperti bunga Moselle ini.

Namun, aku itulah kali pertama aku melihatnya. Mungkin jarang sekali orang kampung masuk ke lubuk Moselle kerana memang dihuni binatang buas.

Tetiba pintu bilikku diketuk lembut.

"Siapa?? " Tanyaku dari dalam.

"Ini Alesa" Jawabnya.

Pintu dikuak oleh empunya suara.
Dia tersenyum melihatku.

"Kenapa abang asyik duduk di dalam bilik sepanjang hari?? Tak bosan ke?? " Soal Alesa.

"Aku cuma malas.. Itu saja.. "

"Keiran dan ayahanda bersama bonda di ruang tamu istana, sedangkan abang di sini, marilah kita kesana. "
Ajak Alesa.

"Baguslah! Mungkin si Keiran mau mengampu ayahanda agar menyerahkan takhta kepadanya. "
Kataku.

"Mungkin..? Dia putera juga putera, ibunya juga permaisuri, tidak salah bukan??. Kenapa abang terlalu memikirkannya.? "

Soalan bertubi2 Alesa tidak ku jawab.
Aku melepaskan bunga Moselle itu di atas katil dan turun dari katil.

Aku tidak berkata apa2, dan keluar dari bilik.

Alesa senyum sekali lagi.

End.

**** dan Alesa tiba di ruang tamu istana. Kelihatan Keiran bersama Queen  Mary dan King Karl sedang rancak bersembang.

"Ehem!" Shade.

"Eh? Shade?." Queen Mary.

"Duduklah.. Kenapa tercegat di situ? "
Tanya Queen Mary.

Shade dan Alesa kemudiannya duduk di sebuah sofa kosong.

Keadaan terasa janggal dengan pertemuan antara Keiran dan Shade di situ. Keiran terus meminta diri.

"Ayahanda, bonda. Keiran minta diri dulu. Buallah dengan Shade. " katanya lalu pergi.

"Shade? Bila kamu nak cari isteri ni??. Tinggal beberapa bulan saja lagi Bulan Merah. " Tanya Queen Mary.

"Kamu dah mencapai usia yang sesuai Shade. " kata King Karl yang tadinya hanya berdiam.

"Kenapa saya, kenapa bukan Keiran?? Dia putera mahkota." Soal Shade pula.

"Kamu lain dari dia. " Jawab King Karl.

Shade berdiam diri.

"Baguslah kalau abang berkahwin, nanti Alesa dapat bayi kecil.. "

Kata Alesa.

Queen Mary tersenyum.

"Fikirkan kata ayahanda tu Shade.. "
Katanya lagi.

Shade mulai hanyut dalam kebinggungannya sendiri.

"Kalau susah sangat bonda boleh tolong carikan..

"Bukan sekarang. "
Kata2 Queen Mary dipotong oleh suaminya.

"Tolong bagi saya masa... " balas Shade cuba untuk menutup perbualan yang kurang disenanginya.

Malam semakin hampir.

Shade melihat pemandangan matahari terbenam dari dalam istana.

Shade tidak berani untuk keluar melihatnya kerana takut terbakar dengan sisa2 cahaya matahari.

Detik terus berlalu..

"Termenung panjang nampak? Apa yang ada dalam fikiran tu?? " Tanya Keiran yang muncul dari belakang Shade.

Shade ingin pergi dari situ.

"Kau tak suka aku kan? " Tanya Keiran.

"Dah tahu tanya pulak?. Aku tak suka kau, itu masalah aku. Kau tak suka bila ayahanda dengar ampuan kau tu?? " Tanya Shade semula.

"Kenapa? Kau takut tak dapat ganti ayahanda atas takhta??" Tanya Keiran pula.

"Aku?. Aku cemburu pun aku masih berhak.. Tapi.. Hati2lah dengan apa yang kau buat.. " Balas Shade.

Shade terus pergi.

Keiran seperti merasa sesuatu tentang   apa yang dikatakan Shade.

BERSAMBUNG.

THE BLOOD (Birth Of Dhampire)Where stories live. Discover now