10

405 11 2
                                    


Kemarau telah melanda selama beberapa hari, mujurlah sekarang ini ia mulai reda, tetapi bagaimana pula dengan Alona, mengurung diri sendiri di dalam bilik atas perintah ayahnya, macam tak masuk akal, tapi rasanya lebih baik begitu, jangan sampai dipakukan pula jendelanya.

Alona terbaring mengiring menghadap dinding, tubuhnya lesu, sangat sangat lesu!.

Mungkin kerana semalam. Serasa bagai dia mengigau, tapi kejadian semalam,.... Huji, makhluk yang disangkanya harimau, namun bukan harimau, lelaki misteri pada kali pertama mereka bertemu, kemudian  wujud pula suatu makhluk bernama Lycan dan nenek tua bersanggul kelabu. Bagaimana semuanya terjadi dengan hanya satu malam?????

Tersenyum kambing juga Alona bila memikirkan dahsyatnya kekuatan dia pada malam itu, suatu keberanian???

Atau mungkin itu memang semula jadi😁.

Tok! Tok! Tok!

Lamunan Alona terhenti dengan bunyi ketukan pintu biliknya.

"Kakak!... adik ni!. "

"Oh.. Masuklah!. "

Allana rupanya..

"Lana ada bawakan kakak makanan ni.. Makanlah. "

Dulang ditatang berisikan nasi, sedikit sayur dan lauk.

Alona bingkas bangun.

"Asal tak bawak awal sikit, lapar tau tak?" Katanya.

Dulang tersebut, diletakkan Lana di tepi katil bersebelahan Alona.
Alona segera menjamah makanan itu dengan penuh berselera.

"Kak?, pergi mana semalam. Lewat malam baru balik. Kasian tau kat ayah, tunggu sorang2 tengah sejuk. "

"Kalau aku cerita pun, bukannya kau nak percaya... " Jawab Lona dengan mulutnya yang penuh.

"Kakak ada boyfriend ke???? "

Uhuk! Uhuk!

Terbatuk Alona dibuatnya dengan soalan sebegitu, sungguh mengarut!

"Tak."

"Habis tu? Ceritalah kak! "

Butir2 nasi dimamah dan ditelan perlahan, setelah itu barulah Alona memulakan kisahnya.

Di luar rumah, disebalik jendela bilik Lona, Donny mendengarkan segala2nya.

"Setelah 30 tahun berlalu, ia kembali??? "

Hati Donny berbisik.

Suatu kemusykilan kini menetap di hati Donny.

Allana baru sahaja keluar dari bilik Alona. Di tangannya, ditatang dulang bersama dengan pingan mangkuk kosong. Allana tersenyum melihatkan pinggan mangkuk tersebut, licin tanpa ada sebutir pun yang tinggal.

Sedang Allana membasuh pinggan, Donny mendekati anak bongsunya itu.

"Allana....

"Eh? Ayah? Ada apa? " Soal Lana.

"Alona cerita apa dengan kamu? Pasal semalam?"  Tanya Donny dengan sengaja.

"JANGAN BERITAHU PADA SESIAPA TERMASUK AYAH! INGAT! "

Pesanan Alona terus ligat berpusing2 dalam kepala Allana, kemudian dia pun menjawab.

"Takda apa2,dia tak mahu cerita"
Sengih Lana.

"Hmmm... Yelah. Jangan bagi dia keluar rumah tanpa izin ayah! Faham! "

"Ya ayah... "

Donny bergerak meninggalkan rumahnya menuju ke kebun.

Tidak seperti kebiasaan, Donny cuma melakukan pekerjaan ringan sahaja. Seketika itu, dia berhenti berehat di bawah sebatang pokok rendang.

Topi yang melindungi kepala ditanggalkan. Dia duduk bersandar. Pita ingatan buruknya kembali bermain di minda..

Shade POV

Sudah sehari suntuk aku memerap diri dalam bilik. Bilik yang hanyu diterangi oleh cahaya lilin..

Aku mengenggam seutas rantai perak berbentuk hati tertera ukiran yang ku sangkakan bahawa itu satu nama
'JUNA'.

"Juna.. Juna..

Namanya ku sebut berulangkali,

"Ini, nama perempuan tu kah? "

Sekali sekala, ku hidu rantai tersebut, hairan? Takda bau? YA..

Memang takda bau manusia, sepanjang aku terserempak dengannya, saat ku peluk dia, dia bukan manusia? Habis tu apa??

Pintu bilikku diketuk, tentu Alesa fikirku..

Suara itu meminta izin untuk masuk, aku segera menyimpan rantai itu di dalam laci.

"Masuk! " Arahku.

"Tuanku.. King Karl meminta tuanku untuk datang menghadapnya sekarang. "

"Hmmm.. "

Rupa2nya maid.

End

Shade mempersiapkan dirinya untuk menghadap ayahanda.
Seketika dalam perjalanan, dia berjumpa dengan Alesa.

"Abang nak kemana? Cepat sangat? "
Tanya Alesa.

"Nak jumpa ayah kejap. "

"Ouh.. "

"Leher kamu tu dah baik? " Soal Shade dengan nada bersalah. Dialah punca leher Alesa terluka.

"Dah baik sikit. Abang pergilah cepat! Nanti ayah marah pulak. "

Kerisauan Shade sedikit kurang, oleh itu, dia terus menuju ke istana ayahnya.

BERSAMBUNG.


THE BLOOD (Birth Of Dhampire)Where stories live. Discover now