1

596 20 0
                                    

Pada hari ini, seperti biasa Alona dan adiknya Allana akan keluar untuk mencari pucuk daun yang boleh dimakan.

Mereka berdua sudah bersiap sedia dgn bakul sederhana saiznya.

Matahari memancarkan cahayanya suam2 panas. Sepatutnya mereka sudah pergi mencari pucuk daun pada waktu subuh, namun terlewat bangun.

"Lana.. Dah siap ke belum ni?! "
Suara Alona tembus dari halaman rumah ke dalam bilik Lana.

Dengan segera, Lana mengatup pintu bilik. Langkahnya dipercepatkan menuju ke luar rumah.

Alona sedang menunggu dgn penuh kesabaran.

"Dah siap!. Jom! " jerit Lana.

"Cepat?..nanti panas, tak larat pula nak cari.. "

Mereka segera memulakan perjalanan.

Pencarian mereka dilakukan di sebuah bukit kecil. Pokoknya berbatang besar dan berkanopi besar.

Hutannya terteduh dari sinaran matahari namun mereka tetap berpeluh kerana menempuh perjalanan yang berbukit dan terdedah kepada sinaran matahari.

"Duh kak! Sakit kakilah kita berhenti lah kejap.. " Pinta Allana.

"Ahh.. Tak payahlah! Dah dekat dah ni, kat depan tu ja.. " sahut Alona.

Allana yang duduk seketika di atas akar besar kembali bangkit.

Mahu tak mahu, Allana hanya menurut kata kakaknya.

Akhirnya mereka tiba juga di kawasan bukit teduh itu.

Allana POV

Kami berdua dah sampai kat bukit teduh ni, aku kan.. Sebenarnya tak suka datang sini.

Walaupun dah bertahun aku ikut Alona cari pucuk daun kat sini, tapi sebenarnya aku memang tak suka sebab disinilah tempat cikgu aku dijumpai mati.

Punca kejadian tak diketahui tetapi memang ada sesuatu yang ganjil dengan kematiannya.

Argh! Malaslah nak fikir, seram pulak.
Ya tuhan lindungilah kami!

End.

"Allana, kau pegang bakul ni, sambil kutip pucuk daun. Akak nak pergi tengok kat situ kejap. "

Jari Alona yang runcing dituding ke suatu arah.

"Akak.. Jangan pergi jauh sangat! Tertinggal nanti adik. " Allana memegang erat lengan Alona.

"Eish! Kau ni!. Macam tak biasa pulak. Kau cari ja kat sekitar sini. Kalau ada apa2,jerit nama akak. Okey??? "

Kata Alona.

Tanpa membuang masa, Alona terus menuju ke tempat itu.
Tempat itu kelihatan sedikit semak berbanding dgn tempat Lana berdiri.

"Cepat sikit! " jerit Lana lagi.

Tiada sahutan dan Alona yang sudah hilang dari pandangannya.

Allana memandang sekeliling, seram!.

Cahaya samar2 menusuk ruangan hutan bukit berkenaan, terasa sejuk kulit Allana, cuma malas hendak melayan perasaan seram sendiri.

Untuk beberapa minit, dia hanya ditemani bunyi unggas berkicauan. Sementara Alona masih belum keluar dari semak berkenaan.

Alona POV

Rasanya aku sudah jauh meninggalkan Allana di sana. Entah bagaimana keadaannya.

Tepat di depan mataku, aku melihat sungguh banyak pucuk daun Moselle.
Tanpa melengahkan masa, aku segera memetiknya.

Hatiku kegirangan. Pucuk daun Moselle bukan hanya boleh di makan tetapi bunganya boleh dibuat minyak wangi melalui nektarnya.

GROSH! GROSH!

Aku terdengar bunyi dalam semak.
Sepertinya aku sedang diintai. Bunyi tapak kaki itu semakin menghampiriku.

Roar! Roar!

Alamak! Harimau!.

Dimana aku hendak meminta tolong. Aku cuba menjerit

"Tolong! Tolong! Ada harimau!! "
Jeritku dengan kuat.

Aku tidak merasa yang Allana mendengar jeritanku.

Harimau buas itu semakin menghampiriku. Aku kaku, tak tahu nak buat apa. Lari pun tak boleh.

Aku terduduk, aku menjauhkan diriku dari harimau itu.

Nampaknya dia sudah bersedia menerkamku.

Sepantas kilat, anak panah terkena tepat pada kepalanya.

Aku segera bangun, aku berpusing2 mencari gerangan yang telah membunuh harimau itu.

Aku ternampak sosok tubuh di celah pokok besar. Ya.. Dia berdiri disitu.

Dia perasan yang aku melihatnya, dengan pantas dia berlari kearah lain.

"Tunggu!!" Aku berkata.

Aku ingin berterima kasih dgnnya.

Dia tidak mempedulikanku.

"Tunggu!. Saya nak ucap terima kasih! "

Dia akhirnya berhenti. Mungkin terkesan dgn ayatku.

Orang itu menoleh kepadaku.
Aku terdiam. Tubuhnya tinggi lampai.
Dia memakai pakaian serba hitam, bersama jaket kain labuh berhud.

Mukanya kurang jelas kelihatan, namun dapat ku tangkap bentuk dagunya yang runcing, hidungnya yang mancung dan kulitnya pucat.

"Terima kasih sebab selamatkan saya tadi. " Kataku lagi.

"Hati2...dengan... harimau.. "
Teratur satu persatu pertuturannya.

Setelah itu dia melangkah pergi.

Aku perasan yang dia sedang membawa bunga Moselle bersamanya.

"Awak ni...

Langkah kembali terhenti.

"Awak pun cari bunga Moselle juga ke??" Tanyaku.

Dia mengangguk.

"Saya ada petik lebih, apa kata awak ambil sikit. "

Aku memberanikan diri menghampirinya.

"Tak perlu." Maka, dia terus pergi.

Aku terpingga2 disitu.
Dia lenyap dari pandanganku.

BERSAMBUNG.

THE BLOOD (Birth Of Dhampire)Where stories live. Discover now