7

417 12 0
                                    

"Gigitlah abang... abang taknak makan, abang hisap darah adik. " Kata Alesa.

"Apa kau buat ni?! "

"Tak nak! Abang tak sanggup! "
Shade membelakangi Alesa.
Dia tidak tergamak hendak menghisap darah adiknya sendiri.

Dia menutup matanya seketika.
Menahan kata2 Alesa tadi dari menembusi otaknya.

"Pergi keluar!. " Arah Shade. Nadanya keras.

Shade mengeluh kasar. Dia tahu adiknya mengambil berat akannya, tapi bukan dengan cara ini.

Alesa tetap berdiri disitu. Selangkah pun dia tidak bergerak. Dia tidak memedulikan Shade kerana dia tahu, abangnya tidak pernah mencederakannya walau dia sedang marah.

Alesa menggengam pisau lipat kecil.
Namun tidak disedari Shade.
Alesa menyingkap dressnya sampai paras bahu dan menghunus pisau tajam itu dilehernya sendiri.

Darah mulai mengalir perlahan.

"Alesa... Darah kau... -

Ya. Shade terhidu darah Alesa.
Dia tetap bertahan sedaya upaya agar tidak melakukannya.

Shade POV

Aku sudah terhidu darah Alesa yang segar dan manis.

Tak! Aku tak boleh buat begitu!.
Aku tak mahu.

Aku bertarung dengan nafsu sendiri.
Aroma darah itu seperti mencucuk jantungku, memaksaku untuk bertindak tanpa kawalan.

Aku berusaha menghalang benakku daripada memikirkan nikmat setitis darah yang membasahi bibirku.

Tidak!!!!.

Tidak!!!.

End

Shade sudah tidak tertahan. Dia menghadap Alesa di situ.
Jantungnya berdegup kencang.

"Kalau abang sayang adik.. adik rela abang hisap darah adik."

Kaki Alesa perlahan2 diarahkan lebih mendekati Shade yang kaku di depannya.

"Alesa.. Abang.. -

"Adik rela..
"Adik tahu abang haus darah. Abang sentiasa mahu darah, tapi abang tahan. Sebab itu abang selalu hidu bunga wangi tu, sebab nak tutup nafsu abang sendiri. " Terang Alesa.

Mendengarkan itu, Shade tidak terucap walau sepatah. Siapa lagi yang mengambil berat tentangnya kalau bukan Alesa. Tapi, hatinya berbelah bahagi akan keinginannya terhadap darah dengan kesanggupannya mencederakan adik.

Wajah Alesa di tenung lama. Perlahan2 bebola mata turun memandang sayu leher Alesa yang berdarah.

Rambut paras bahu Alesa disingkap ke belakang telinga memberi ruang kepadanya untuk merasai darah Alesa sebentar lagi.

Dihidu aroma semerbak darah manis Alesa, dia adalah lelaki pertama yang merasainya.

Bibirnya menempel pada kulit leher Alesa yang berdarah, disedut lembut dan perlahan,tubuh Alesa dipeluk erat olehnya.

"ARGH!!!!"

Jeritan keluar dari mulut Alesa,tatkala Shade membenamkan taringnya tembus dari kulit Alesa.

Shade sudah tidak terkawal lagi. Dia hanya menurut rasa haus yang ditahan beribu tahun lamanya.

Shade meneguk titisan darah Alesa tidak henti2 membuatkan Alesa semakin lemah dan lemah.

Akhirnya dia jatuh pengsan dalam dakapan Shade.

Sudah larut malam. Huji duduk di kerusi malasnya sambil membersihkan herba2 yang disaluti tanah. Dia baru mendapatnya kelmarin.

"Woah!! " Huji menguap besar. Mengantuk yang amat sangat.

Huji berjalan menuju ke biliknya.
Mangsa 'binatang' itu masih disitu, ditempatkan disebuah bilik bersebelahan dengan bilik Huji.

Huji melihat lelaki itu sekilas, dan bergegas ke tempat tidurnya. Punggungnya segera dilabuhkan di atas tilam.

Tubunya dibaringkan. Uh.. Enak sungguh rasanya. Keletihan terhapus begitu sahaja.

"Tolong~tolong~"

Suara itu mengusik Huji.
Sekali lagi suara kedengaran. Salur telinga Huji hanya dipenuhi oleh suara halus itu.

Maklumlah dinding bilik2 di rumahnya itu hanya terbina dari buluh2 besar. Tentulah tembus sebarang bunyi.

Huji tidak berpuas hati dengannya. Dia segera masuk ke bilik lelaki itu melihat jika ada sebarang perkara dia inginkan.

Huji duduk di tepi katil lelaki itu.
Tapak tangannya dilekapkan ke dahi mangsa.

Panas! Sangat panas!.

"Mungkin kau demam." kata Huji.

Dahinya panas luar biasa, tapi terketar2. Ini membinggungkan Huji.

Namun, dia hanya meyakinkan diri bahawa mangsa itu sedang mengalami demam panas.

Kerana simpati, Huji segera kedapur dan terus meluru ke bahagian luar dapur untuk menadah sebesen air dari tangki.

Sementara itu....

"ERGH...!!!!! ERGH!!!!! "

Erangan keras terpancul keluar dari mulut. Tubuhnya terasa sungguh kejang. Uratnya tersembul keluar.
Hidungnya mengalir darah hitam!.

Tangannya dipautkan pada palang katil kerana kesakitan yang teramat.

Selesai Huji menadah air, dia segera kembali ke bilik itu..

Apa yang terjadi...

"WOARGHH!!!!!! WOARGH!!!! "

Habis tertumpah air dalam besen yang dipegang Huji. Lelaki itu bukan lagi manusia, sebaliknya sudah menjadi binatang jijik dan aneh!

Baju yang dipakainya habis koyak menjadi cebisan kecil, berhamburan di atas lantai rumah.

"Oh tuhan!.. Apakah ini??! " Huji

Dengan pantas Huji mencapai kapak kecil yang terdapat di sudut dinding belakangnya.

"Jangan dekati aku!"

Itu tidak memberi kesan kepada lelaki, mangsa binatang aneh di hutan yang kini sudah berubah menjadi Lycan!.

Tubuh badan Lycan yang besar menjadi faktor hentakan kakinya yang kuat memyebabkan Huji berundur.

Barang2 bergantungan di dinding juga berjatuhan hancur berkecai.

Lycan itu menyerang Huji!

BERSAMBUNG.

THE BLOOD (Birth Of Dhampire)Where stories live. Discover now