6

427 12 0
                                    

Makan malam

Hidangan untuk makan malam sudahpun siap terhidang. King Karl, Shade, Alesa dan Queen Mary duduk sedia di atas kerusi.

Seorang saja yang tiada disitu, Keiran.

"Maid, kamu ada nampak Keiran?? " Soal Queen Mary kepada seorang maid yang berdiri di tepi meja makan.

"Rasanya, baru tengah hari tadi, saya nampak dia keluar. " Jawabnya.

"Dia kemana?? " Soal Queen lagi.

"Itu saya tak tahu Tuanku.. " Jawab maid.

Berdasarkan bunyi tapak kasut itu, rasanya ada orang sedang berjalan menuju ke ruang makan istana.

"Ayahanda, bonda maaf saya terlewat. "
Keiran baru sahaja tiba.

"Panjang umur kamu Keiran. Maid kata kamu ke hutan." King Karl berkata.

Keiran terus duduk dan mengambil napkin diatas meja untuk dilapikkan diatas ribanya.

Air muka Shade berubah. Dia terhidu sesuatu yang lain, bukan binatang,

Shade tidak memandang Keiran, hanya melihat pinggannya saja.

Shade POV

Bau apa ni??.
Ini bukan bau binatang.
Ini bau manusia..

Aku dapat tahu, yang dia pergi ke lubuk Moselle tengah hari tadi.
Tempat itu memang sesuai untuk mencari 'makan'. Tempatnya samar2, sunyi dan semak di sebahagian kawasan.

Bajunya pun sedikit comot.

End.

"Keiran ke hutan cuma untuk tenangkan diri. Itu saja. " Jawab Keiran.

(Dalam hati Shade) "pandai kau membohong! "

(Dalam hati Shade) "kau boleh bohong mereka bertiga, tapi kau tak dapat bohong aku, kau pergi memburu manusia, padahal itu larangan ayahanda. Memang dasar bangsat, kau langgar perjanjian. "

"Ehem! Jomlah makan.. Alesa lapar~"
Kata Alesa.

Makan malam mereka sekeluarga pun bermula. Sambil mereka makan, sambil mereka berbual.

Shade memotong perlahan daging di dalam pinggannya. Mulutnya berdiam saja dari tadi, malas hendak mencampuri perbualan mereka yang lain.

Potongan daging itu disuapkan ke mulut. Dia kemudiannya menyedari sesuatu dengan daging itu, lantas mengeluarkannya semula.

"Maid, daging apa ni?! " Tanya Shade. Kemarahan meletus.

"Ini.. ini.. " Terketar maid hendak menjawab.

"Ini daging arnab. " Keiran pula menyampuk selamba.

"Kenapa masak daging arnab?!, sedangkan aku tak makan daging arnab! " Marah Shade.

"Shade, sudahlah tu! " kata Karl.

Tanpa berkata apa2 lagi, Shade pergi meninggalkan ruang makan. Alesa terkebil2 melihat abangnya pergi dari situ.

"Tuanku, patut kah saya masakkan yang lain?? " Soal maid kepada Karl.

"Tak. Tak perlu" balas Karl.

Shade POV

Aku termakan daging arnab! Arnab!.
Aku tak suka!.

Bukannya aku tak boleh makan. Tapi, ada perkara yang membuatkan aku tak dapat menerimanya.

Flashback.

Ketika berumur 6 tahun, Shade mempunyai seekor arnab peliharaan.
Dia begitu sayang terhadap arnabnya itu yang dipanggil Miki.

Suatu hari....

"Miki~Miki~" Shade cuba memanggil arnabnya. Miki berlompat2 entah kemana. Sekarang dia hilang.

"Miki~Miki~" Shade memanggil sekali lagi. Cubaannya masih gagal. Miki belum menampakkan diri.

Shade memberanikan diri untuk pergi lebih jauh demi mencari Miki.
Akhirnya, tanpa dia sedari, dia telah masuk ke hutan.

Shade terkaku.. Sangat terkaku.
Apa yang ada di depan matanya sekarang ini adalah raksasa!.

Dia..memakan Miki!.

"Miki.. Ah.. Ah.!"Shade menangis ketakutan.

Miki kini sudah tiada, lumat dalam perut raksasa itu.

Errr!!!! Errr!!!

Raksasa itu kini melihatnya. Taringnya yang tajam, ditunjukkan. Barangkali lepas ini dia menjadi mangsa.

Zap!

Dia diselamatkan.

End.

Berapa ketika dia di dalam bilik.
Dia hanya melakukan perkara kebiasaannya, hidu wangian bunga Moselle.

Pandangannya kadang kala di lontarkan keluar jendela, mengamati burung2 bertenggek di dahan pokok.

"Seronok rasanya jadi burung, bebas"
Katanya.

"Abang~"

Itu suara Alesa.

"Masuklah. Aku tak kunci pun pintu tu.. " Sahut Shade dari dalam.

Mendengarkan Shade dari dalam bilik, Alesa segera masuk.

Alesa duduk di tepi katil abangnya.
Dia memandang wajah abangnya yang tidak memandangnya semenjak dia masuk tadi.

"Abang fikir apa???, abang lapar??? "
Soal Alesa.

"Hilang selera. " Shade.

Shade turun dari katil. Dia berdiri dan berjalan ke jendela. Dia melemparkan pandangannya keluar.

"Abang.. Abang nak makan? Adik boleh masak.. " Kata Alesa.

Alesa kemudiannya merangkul pinggang abangnya.Tersentak Shade olehnya.

"Takpayahlah. Abang tak mahu susahkan Alesa. "

Alesa merangkul dengan lebih erat.
"Nanti abang lapar.. "

"Tak mahu.. " Kata abangnya lagi.
Shade melepaskan tangan Alesa dari terus merangkul pinggangnya.

"Kalau begitu, ambil ni.. "
Alesa menyingkap pakaian yang membaluti lehernya.

Shade terkejut.

BERSAMBUNG

THE BLOOD (Birth Of Dhampire)Where stories live. Discover now