4

459 15 2
                                    

Beberapa orang penduduk berkumpul di hadapan rumah ketua kampung, Thomes.

Dahi mereka berkerut dan wajah mereka juga kusut. Ada sebahagian dari mereka yang tidak dapat menahan amarah terjerit2 memanggil nama Thomes, si ketua kampung.

"Thomes! Thomes! - tiada sahutan..

Tidak berapa lama kemudian, keluar Thomes bersama isterinya,  Akela.

"Kenapa kamu semua terjerit2 ni,
Sudah tengah hari, patutnya kamu semua balik berehat. "

"Macam mana kami semua hendak balik berehat, kalau bekalan air pun tidak ada untuk kami anak beranak! "
Sahut Lelaki 1.

"Betul tu!!! " Kata yang lain lagi.

"Kami dengar kamu ada simpanan air yang banyak? Bagilah pada kami sedikit! " Lelaki 2.

"Mana kamu dengar ni?, aku pun susah jugak.. " Jawab Thomes.

"Habis tu dimana kami hendak cari air, harapkan pagar, pagar lagi nak makan padi..! "

"Pergilah minta dengan Donny, dia ada tanam sayuran, pasti dia ada banyak air simpanan. "

"Habis tu kau apa yang kau nak buat??
Kau ketua kampung, patutnya kau lebih tahu caranya.. " Kata Lelaki 3.

"Ini masalah kemarau, air sungai kering kerana kemarau, bukan aku sedut air! " Jawab Thomes, kali ini nadanya tegas.

"Hey! Tengok tu! Itu Donny.. "
Seorang di antara mereka menudingkan jari kearah Donny yang juga menuju ke rumah Thomes.

Donny tiba di depan rumah, Thomes melihat banyak orang di depan rumahnya.

"Apa halnya ni Donny?" Tanya Thomes setelah melihat Donny yang turut berkumpul bersama penduduk kampung.

"Macam kau tak tahu, baru minggu pertama kemarau ni jadi , sudah teruk sampai begini, mestilah mau dengar jalan penyelesaiannya. " Jawab Donny.

"Aku juga datang hendak meminta sedikit air, cukuplah untuk makan minum. " Kata Donny lagi.

"Aku sudah cakap yang aku tidak menyimpan banyak air... Kenapa paksa aku..!" Kata Thomes.

Mendengarkan kata2 suaminya, Akela lekas membisikkan suaminya.

"Abang... Janganlah begini... Kita ada dua tong air lagi, itupun belum diguna. Berilah sedikit pada mereka, pasti tak habis.. "

"Jangan masuk campur urusan aku! Pergi masuk!" Suaranya menjadi tinggi.

Akela terpaksa mengalah, dia melihat muka Thomes dengan penuh rasa kesal.

"Kamu semua pergilah balik dulu, aku akan fikirkan caranya nanti.. "
Kata Thomes kerana ingin memutuskan keributan itu tadi.

Akhirnya mereka semua pun berjalan pulang termasuk Donny.

Mereka semuanya merungut.

Beberapa minit Donny berjalan, akhirnya dia tiba di rumahnya.
Allana sedang menulis sesuatu, manakala Alona pula sedang menjahit baju koyak.

"Ayah?, ayah dari mana ni?? "
Soal Alona.

Donny duduk di kerusi sambil mengusap2 betisnya. Ianya kelihatan sedikit kemerah merahan.

"Ayah pergi rumah ketua kampung tadi..." Jawabnya lemah.

"Ayah.. Kenapa pergi rumah orang tak guna tu?. " Tanya Lona lagi.

"Buat apa lagi, pergi minta air simpanan dia sedikit. " Jawab ayahnya.

Makin naik darah Lona, bila, mendengar kata2 ayahnya.

"Sudahlah ayah... Sudah. Lah.. "
Alona sedikit mengeluh.

"Ha.. Apa yang kamu nak cakapkan
pada ayah hari tu, tak pula kamu cakap, lepas makan saja kamu terus masuk bilik. "

"Alona dah muak lah ayah.. Muak tau tak.. Lily cakap yang ayah suka meminta dekat ayah dia, jangan lah macam tu ayah... " Alona merasa serba salah dengan apa yang dia katakan namun terpaksa jua diluahkannya.

Mukanya dipalingkan dari memandang ayahnya.

"Dia tu ketua kampung....

Betisnya dikuatkan untuk bangkit.

Sambil berjalan ke dalam rumah...
"Biarpun dia tu tak berguna, tapi penduduk kampung hanya berharap pada dia.. "

Alona mengeluh. Mengeluh sekuat hati...

"Kak! Kak! Nak kemana tu??! "

Allana melihat ayahnya berlalu pergi dari mereka berdua, entah kemana tujunya..

Alona POV

Aku geram! Geram dengan ayah!
Patut ke dia ke rumah manusia tu, semata2 kerana air???

Ya.. Memanglah sekarang ni tengah kemarau teruk, paling teruk!
Tapi aku rasa lebih teruk kalau tengok muka Thomes, sama teruk macam anak dia Lily.

Macam mana dia boleh jadi ketua kampung??.

Aku sedang duduk di tepi bukit. Bukit dimana aku dan adikku mencari pucuk daun dan bunga Moselle.

Dedaun kering berguguran jatuh satu persatu, dahan hanya tinggal ranting saja. Lantai bukit sudah tidak kelihatan dek di lapis oleh dedaun gugur.

Prakk!

Aku terkejut mendengar bunyi itu. Aku bingkas bangun dan menoleh sekeliling jika ada sesiapa, ataupun binatang buas..

Baru bunyi itu, aku sudah cemas.

Giash!!! Giash!!!

Sekali lagi.. Bukan pula bunyi ranting di pijak.. Bunyi macam ada orang tengah ....

Perlahan2 ku mencari bunyi itu...
Aku nampak...

Apa itu???

End

BERSAMBUNG.

THE BLOOD (Birth Of Dhampire)Where stories live. Discover now