8

402 10 0
                                    

"Kamu nak kemana, Lona. Awal2 lagi dah keluar??? " Soal Donny apabila melihat anak sulungnya itu keluar dari rumah.

"Er... Er.. Lona nak ambil barang Lona yang tertinggal kelmarin kat rumah Huji. " Tipu Lona.

Lebih baik ayahnya tidak tahu tentang hal sebenar.

"Hmm.. Yelah. " Donny terasa lain semacam. Namun tidak terlalu mengikut perasannya.

"Lona pergi dulu! " Lona segera meninggalkan ayahnya disitu, takut nanti macam2 pula ditanyanya.

Alona melangkah laju, tak sabar hendak melihat kesudahan mangsa binatang aneh itu.

Setibanya dia disitu, keadaan sungguh mengejutkan. Dinding rumah Huji hancur seperti dilanggar sesuatu yang besar, barang2 miliknya bersepah di luar.

"Huji! Huji! " Panggil Lona dari luar.

Tiada sebarang jawapan dari Huji. Kerana risau akan Huji, Alona segera mencarinya di dalam rumah.

"Huji! Huji! " Sekali lagi nama Huji di panggil.

Juga tiada respon darinya. Alona melihat di segenap arah. Semuanya tidak keruan. Bersepah dan rosak!

Lantai dipandang. Darah? Tak mungkin?!

Darah itu menjadi petunjuk kepada Alona dimana keberadaan Huji sebenarnya.

Alona POV

Aku melihat titisan darah di lantai.  Ianya semakin mengering. Aku yakin kejadian berlaku semalam.

Ku turuti titisan itu hingga membawaku ke bahagian dapur rumah Huji.

"Huji! " Aku terkejut apabila melihat Huji dibasahi darah.

"Huji! Apa berlaku ni?! " Soalku cemas.

Huji terlentang dengan separa sedar. Kudengar nafasnya menghembus perlahan.

Aku segera membaringkan dia diatas ribaku.

"Lelaki.. tu....raksasa..." Itulah jawapan Huji kepada ku.

"Sudah. Jangan banyak bercakap. Berehat. " Kataku.

Oleh kerana, aku merasakan bahawa aku tidak dapat mengangkat Huji disebabkan oleh faktor berat badannya, aku hanya membiarkan is berbaring disitu sementara aku mengeledah untuk mencari ubat ubatan.

"Hah! Aku terjumpa biji bijian kecil dalam bungkusan kertas kuning dalam peti kecil di atas almari.

Aku membuka mulut Huji perlahan dan memasukkan bijian itu kedalam mulutnya.

Air liur Huji ditelan kasar. Mungkin rasa sakit.

Sepanjang hari, aku tidak berada di rumah. Aku hanya bersama Huji untuk merawat luka. Mujurlah aku tahu serba sedikit tentang herba liar.

End.

Malam hari ini adalah malam tanpa bintang. Malam ini membuatkan Donny dan Lana kerisauan akan Lona yang belum pulang.

Allana tidak berhenti2 menjengah keluar pintu.

"Mana kakak ni??? " Rungutnya kecil.

"Jangan2 dia sesat tak? Ke dia ada.....

"Kamu jangan nak cakap yang bukan2!." Bentak Donny apabila mendengarkan kata2 Lana bernadakan sangkaan terhadap Lona yang tidak disukainya.

"Ayah.. Lona tu dah 17 tahun lah... "

"Jadi,kamu nak kata yang kakak kamu tu ada boyfriend????gitu???"
Sahut Donny.

Riak wajahnya sungguh tak mengena.

"Manalah tau kan???? Tak gitu, ayah??? "

Donny mendengus kasar. Sungguh menjadi kebenciannya mendengarkan Alona ada teman lelaki. Tentulah dia ada sebab tertentu.

"Siapa yang nak tolong aku ni??? "
Soal Lona kepada diri sendiri. Malam semakin larut, takkan dia hendak tidur disini malam ini.

Hendaknya dia mencari seseorang yang dapat melihatkan Huji.

Huji masih terbaring di lantai dapur rumah. Tidak dialihkan kemana2.
Kepalanya beralaskan kain tebal. Tubuhnya dilitupi selimut agar dia tidak kesejukan.

"Huji~aku keluar dulu. Kau tunggu sini, aku takkan lama. " Katanya kepada Huji.

Huji yang masih menutup mata hanya mengangguk perlahan. Bermakna 'ya'.

Lona segera menuju keluar pintu.
Otaknya masih ligat berfikir niatnya tadi.

"Ahah!. Aku tahu siapa boleh tolong! "
Alangkah gembiranya hati dia, apabila ilham datang.

Dari rumah Huji yang yang berada di kaki bukit kecil hinggalah sekarang dia tiba di tengah perjalanan menuju pulang, apakan daya tetiba saja ada kabus tebal membuatnya terpaksa berhenti dari berlari.

Matanya sudah ibarat hilang fungsi dalam keadaan sebegini.

Dikuatkan hati untuk kaki melangkah, nampaknya takda hasil juga.

"Grosh! Grosh! "

"Bunyi apa tu?." - Alona

"Grosh! Grosh! "

"Roar!!!!! "

"Takkan harimau lagi! " - Bentak hati Lona.

Beransur2 kabus menghilang.
Suasana sunyi sepi. Gelap. Seram. Tapi....

"Roar!!!! "

Mata?ada mata?....

Itu....

"Roar!!!! "

"Ahhhh!!!!!! " - Alona.

Zap!

Alona POV

Gelap! Gelap sama macam tadi. Tubunya aku terasa sesak. Dibelit sesuatu yang kuat dan sejuk. Mukaku terbenam dalam degupan kencang.

Perlahan2 aku membuka mata, merasakan setiap irama degupan jantung, ku jauhkan kepalaku dari situ, aku... terkaku.

BERSAMBUNG.




THE BLOOD (Birth Of Dhampire)Where stories live. Discover now