BAB 2

86 6 0
                                        

    Selesai sahaja waktu bekerja 4 sahabat itu berkumpul di belakang bangunan dimana tempat mereka mula bekerja selepas tibanya 'cuti budak SPM'.

        " Woi, aku dengar kat radio tadi,esok result SPM  keluar" Kata Jess yang baru sahaja datang dari membeli air.Rin yang masih minum air tersedak kerana terlalu terkejut dengan kedatangan  Jess yang tiba-tiba.

"Eh Rin jangan la terkejut sangat" kata Jess sambil menghulurkan air mineral yang baru dibelinya. 

"Aku tak terkejut dengan berita kau tu, aku terkejut sebab kau tu datang secara tiba-tiba,kau nak bunuh aku ke? huh nasib tak mati tadi."

  Ira dan Rel yang dari tadi mendiamkan diri hanya ketawa melihat gelagat Rin yang masih terbatuk-batuk.

"serius ah? esok result keluar?" tanya Rel selepas melihat  Rin mula kelihatan sedikit baik dari batuknya.

" yep, jadi esok kita kena ambik cuti la kan sebab nak ambik result tu?" jawab Jess sambil mengurut belakang Rin.

" Ha'ah la kan, ahh malasnya nak jumpa classmates kita dulu tu lebih baik kerja dapat duit" Rel mengadu. 

 " Habistu kau tak nak tau result kau ke Rel?" tanya Rin yang sudah sihat dari 'batuknya'.

" Gila tak nak, mestilah aku nak lama tau aku tunggu, tapi kan kalau result kita dah keluar tu maksudnya kita kena berhenti kerja and sambung belajar kan? " Rel memandang satu persatu muka mereka dengan serius. Mereka mula memikirkan kata-kata Rel yang membawa banyak maksud itu dan mengganguk.

   "Tapi kalau result kita ada yang pass and ada yang fail camna? Takkan ada yang sambung belajar and ada yang tak? wei aku taknak lah camtu,aku nak korang sentiasa bersama aku" kata Ira bernada sedih.

" Eh jangan cakap camtu beb, aku percaya nanti kita sama-sama sambung belajar di tempat yang sama and takda yang fail." kata Jess memujuk Ira. Mereka mungkin dianggap pelik kerana sentiasa bersama tetapi itulah mereka 4 orang sahabat yang selalu pergi kemana-mana bersama-sama,makan bersama,kerja bersama, tinggal bersama, semuanya bersama.

  Petang itu mereka hanya berjalan kaki pulang dari kerja atas kerana Jess meminta mereka berjalan, kata Jess berjalan  dapat mengurangkan tension.Tetapi terima kasih atas usaha Jess itu mereka terlupa seketika isu result tersebut.

           Keesokkan paginya mereka bersiap sangat awal tidak seperti biasa akan tetapi pagi itu hanyalah disambut dengan muka yang muram.Rin yang berasa amat janggal dengan keadaan yang sangat senyap sehinggakan semut yang berjalan pun boleh didengar mula membuka bicara pertama pagi itu.  "Wahai manusia yang hidup di dalam rumah ini ku seru kamu semua bercakap" Rin cuba membuat lawak.

" HAMBAR" jawab Jess,Rel dan Ira serentak sambil tersenyum.  " alaa bolehlah tu hambar atleast aku cuba kan? dahlah jangan la badmood di pagi yang indah ini teman temanku sekalian, kita sebagai manusia haruslah senyum selalu" jawab Rin tersenyum.'

" Dah lah jom pergi,pergi awal balik awal" Jess mengendahkan kata-kata Rin. Mereka pun berangkat pergi pagi itu dengan perut kosong. Mahu makan tapi mood masak tiada lagipun bahan masakan tiada lagi, plan nya nak beli habis ambil result tetapi itu pun kalau mood rajin masih ada kalau tidak makan mee lah jawabnya. Perjalanan mereka berlalu dengan senyap,tiada gurau senda seperti biasa,hanya muka yang muram dan gelisah,Rin yang sentiasa membuat lawak hambarnya pun senyap sahaja. 

   Sampai sahaja di sekolah,mereka mengeluh satu persatu, fikiran negatif mula bermain di fikiran masing-masing.Perasaan mereka ketika itu  hanya Tuhan yang tahu, betapa takutnya.Mungkin itulah yang dinamakan perpisahan sebelum masuk ke bab lain?  Mereka cuba menepis perasaan negatif dan melangkah masuk ke dalam sekolah. 

  ' phewphew' bunyi telefon Rin yang menandakan mesej baru dibuka nya perlahan.

' Salam Rin, result keluar pukul 10 pagi nanti, aku bagitau sebab aku tau kau dengan geng kau  mesti datang awal pagi, aku nak bagitau semalam tapi terlupa pulak and aku harap aku masih sempat bagitau kat korang sebelum korang pergi sebab jam masih pukul 7 hewhew, okey bye Rin... yang benar ZUEL YANG HANDSOME~ '

  Rin terpaku. Zuel? Siapa Zuel? handsome? Rin memberhentikan langkahnya untuk mengingati orang yang bernama Zuel itu. Rel yang merasa ada sesuatu aneh  berlaku juga memberhentikan langkahnya dan diikuti oleh Jess dan Ira.

  " Kau apahal Rin ??  Taknak masuk ke?" tanya Rel.  

" nak masuk lah ni tapi kan korang tau tak Siapakah makhluk yang bernama Zuel?"tanya Rin yang masih 'blur'.

  " Damn handsome boyyy la, kau tak ingat ke? ketua kelas kita dulu, yang orang selalu cakap di handsome tu" Jawab Rel. Rin mengganguk faham. 

" Asal kau tanya? rindu lettew kan kan? " usik Ira.

" Damn~ mana ada.. aku tanya sebab aku lupa siapa dia and yaa tadi dia hantar mesej cakap result ambik pukul 10"

" Eh jap, Pukol 10 eh? Hmmmmm... WHAT THE F PUKOL 10? JAM MASIH PUKUL 7 WHAT? DAMN!" marah Ira.

" Sorry la aku suruh pegi awal tadi..Kalau aku tau tadi mesti kita masih tidur di pagi yang indah ni" Jess mengaku bersalah.

" Tak pe ler kita kan boleh jalan jalan dulu, lagipun aku rindu la dengan gudang kesayangan kita tuu~~~, Jom lerr " Rin mengajak.

" Nice Rin, let's goooooo" Kata Ira bersemangat.

        (Pukul 7 pagi sebelum mereka tiba di gudang)

" woi bongok sini, budak perempuan tu ada dekat sebelah kau " dia bebisik.

"Tapi Bro seluar aku tersangkut kat kayu ni bro" balasnya sambil menunjuk kayu tersebut

" WTH Jae? Ni bukannya masa kau nak buat lawak alih kayu tu cepat " marah Rul

" Hehe Chil ler bro aku bosan do duduk kat sini dari tadi." kata Jae sambil mengalih kayu yang dibuat-buat tersangkut diseluarnya.

" Shhh..budak tu makin dekat sini la bongok" kata Rul tidak memperdulikan kata-kata sahabatnya itu. Jae hanya mengganguk menurut.

" Tapi kan Rul, Han dengan Mark dah bagi plan ke?" tanya Jae yang baru sahaja 'melaksanakan arahan' supaya beredar dari kawasan 'budak perempuan' itu.

Rul menggeleng kepala. " Belum bagi lagi, Aku risau la, diaorang ni buat plan ke apa? dah sejam kita kat sini "

" tengah ngorat awek kot". Gurau Jae.

" Ish tak mungkinla diorang tu takda la friendly mana lebih-lebih lagi si Han tu, kalau kau tu mungkinla sebab kau ni tak boleh nak jumpa perempuan." sindir Rul.

" Wow main kasar eh kau.. tu dulu sekarang ni aku dah jadi lelaki sejati. "

" lelaki sejati konon hahaaha"

" kau tu pun sama je tak boleh nak jumpa perempuan "

" Eh sorry sikit aku dah lama insaf eh tapi kalau difikirkan segatal gatal kita ni, kita tak pernah ada girlfriend kan Jae? "

" Ha'a sebab kita takut jadi macam anak Boss kita tu, menangis macam orang hilang bini." kata-kata Jae membuat Rul ketawa dengan perlahan.

Pukul 7:15
(Sementara itu di dalam sebuah kereta dua orang lelaki masih sibuk mencari maklumat)

"Argh! Kau dah jumpa ke belum benda tu ?" tanya salah seorang lelaki itu setelah sekian lama mencari tetapi masih juga tidak dijumpai.

" Aku masih belum jumpa apa-apa, tapi Han Cuba kau tengok CCTV nombor 4 "

" What the fu*k!, apa yang..."

Kreeekkkk....

Bersambung~~

YOU'RE MINE [ROMANCE&MYSTERY]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang