" Tak guna punya laki,ada ke patut suruh orang jalan kaki?" bebel Jess tidak puas hati dengan tindakan WTEAM yang menyuruh mereka berjalan kaki.
" takpa Jess ada ubi ada batas, ada hari kita langgar dorang guna bas" kata Harin sempat lagi membuat lawak. Kadang-kadang si Harin ni boleh jadi pelawak,kadang-kadang dia boleh jadi orang yang paling serious diantara mereka berempat.
Faghira hanya ketawa sakan sambil memegang perut. Dia ni pulak seorang yang mudah terhibur, semua benda yang mencuit hatinya akan membuat dia ketawa, walaupun kadang-kadang itu hanyalah sekadar lawak hambar.
" hey bodoh, dahlah sejuk ni, kau sempat lagi buat lawak" marah Jess tetapi tidak lama selepas itu dia ketawa juga. Maurel juga turut ketawa. Wah Maurel dah ketawalah, mungkin itulah masanya mereka bertiga bertanya apakah yang terjadi antara dia dan Mark semalam?
Jess memandang Harin memberi isyarat. Harin pula melihat Faghira, tch tidak dapat diharap betol la si Harin ni.
" Rel kenapa kau menangis semalam " tanyanya sopan. Masing-masing memandang Maurel menunggu jawapan. Maurel yang tidak mampu memendam perasaannya lagi meluahkan segalanya.
" Korang tau kan , aku ada suka salah sorang trainee bawah M Entertainment tu?" Katanya membuka bicara. Mereka mengangguk. Mestilah mereka tahu, pagi malam si Maurel ni menceritakan pasal idola dia tu, sehinggakan Faghira dan Harin yang juga minat kpop naik bosan mendengarnya.
" Yang pakai topeng tu kan? " tanya Harin, Maurel mengangguk perlahan.
" Aku sampai sekarang still tak faham asal kau suka sangat dengan dia? kau pernah ke tengok muka dia?" tanya Faghira pula. Kali ini Maurel menggeleng. Ya idola yang diminatinya itu tidak pernah menunjukkan muka sebenar, nama pun hanya menggunakan nama palsu." so pahal dengan dia? " tanya Jess lagi.
" Aku kan pernah cakap, kalau dia debut nanti, dia janji nak bukak topeng dia and bagitahu nama sebenar dia.." dia menarik nafas seketika.. " semalam dia debut.. and aku tak tahu pun dia tu.. "" KENAPA?! dia tu tak handsome ke??" tanya Faghira dengan pantas, sudah seperti seorang rapper lah pulak. Jess dengan pantas memukul perlahan kepalanya. Ade ke patut tanya macam tu, kang tak pasal-pasal si Maurel ni nangis balik. Dia mengosok-gosok kepalanya.
" ish kau ni, belum habis aku cakap.. " marah Maurel..
" Dahtu kalau tak handsome, botak ke?" tanya Harin yang tidak sabar ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.
" taklah bodoh.. dia handsome and tak botak pun.. janganlah hina dia" marah Maurel lagi. Harin diam dengan muka pasrahnya, haritu sahaja dah dua kali dia dikatakan bodoh." Dia.. sebenarnya Mark.. " Maurel meneruskan kata-katanya..
" Mark GOT7 ke? woahhh daebak " sampuk Harin lagi.
" Aku pun harap dia Mark Got7..tapi dia bukan Mark tu "
" Dahtu Mark nct? " tanya Faghira pula dengan muka hairan.
" bukan jugak "
" kau ni semua bukan.. dahtu takkan lah Mark WTEAM " Marah Jess. Dia yang langsung tidak mengetahui artis kpop hanya mengenali Mark WTEAM." aku pun harap bukan dia tapi kenyataannya MEMANG DIA, ARH WAEEEEEE? (WHY?)" jawabnya pasrah.
"OH MY GODDD! SERIOUSLY ? " jerit Jess. Maurel mengangguk lalu mengambil handphonenya dan membuka video rasmi Mark debut sebagai rapper. Mereka bertiga tidak terkata, tidak menyangka mereka tinggal bersama seorang artis. Kenapa mereka tidak mengetahuinya? padahal suara Mark memang sangat sesuai menjadi seorang rapper? dan Maurel kenapa dia tidak mengetahui suara Mark dari pertama dia menjumpainya? bukankah dia amat meminati Mark ketika itu walaupun dia tidak mengetahui mukanya?" Eh tapi kan MW ENTERTAINMENT tu bukan syarikat bapak dia ke? kan Harin ada cakap pasal tu haritu, ko ingat tak Rin?" tanya Faghira tiba-tiba teringat kata-kata Harin.
Harin mengangkat kedua-dua bahunya " entahlah ade ke aku cakap?" selamba aje menjawab dengan muka yang tidak bersalah. Tergeleng-geleng kepala Jess mendengar jawapannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE MINE [ROMANCE&MYSTERY]
Mystery / ThrillerKisah ini menceritakan tentang empat orang sahabat baik, Harin,Jessica,Faghira dan Maurel yang telah bertemu dengan empat orang lelaki yang akan menghuru harakan hidup mereka yang sudah sedia kala huru-hara. Fakhrul Razy, dia ialah ketua kepada WTE...