TIBA sahaja mereka di Universiti itu. Masing-masing mula kagum, tidak pernah mereka melihat terlalu banyak orang yang berlainan kaum begitu. Apatah lagi Si Harin yang memang langsung tidak pernah ingin keluar rumah. Kalau keluar pun, hanya dua tempat yang dia akan kunjungi cc (ciber cafe) dan library itu sahajalah tempat yang dia selalu pergi. Katanya takut melihat orang yang terlalu banyak. Padahal sebenarnya dia ada penyakit takut dengan orang tidak kiralah tua atau muda.
Tidak pula bagi Jess dan Maurel mereka memang boleh dikatakan agak friendly apatah lagi Maurel. Walaupun Jess agak nampak kasar tapi disebalik itu ada juga sifat lembutnya, memanglah agak susah didekati tetapi kalau dah dapat dia tu, jangan sesekali lepaskan kerana dia takkan biarkan orang yang dia sayang pergi begitu sahaja.
Si Maurel ini lain pula sikapnya, dia akan dapat kawan baru setiap kali orang yang dia suka bertukar. Contohnya setiap kali dia menemui orang lain, orang yang lama akan menjadi kawannya. Hm kadang-kadang hairan juga ketiga-tiga kawannya dengan sikapnya itu, tidak bosankah dia asyik menyukai seseorang?
Lain pula Faghira, dia ni memang ada kasar sikit, dahlah tak berapa nak friendly,kasar pulak tu, tapi kalau dah jadi kawan dia, oh my god jangan dikatakan kasar,gila pun dia ada. Kerana perangai gila-gila itulah Harin,Jess dan Maurel suka dengannya. Tetapi walaupun begitu, dia ni caring orangnya( kalau mood dia baiklah haha). Dia juga seorang yang emosional, dia boleh menukar emosinya dengan sekelip mata bak kata kawannya 'pelakon licik si Faghira' , dia diberi gelaran itu kerana dia boleh menangis,ketawa and marah dalam masa yang sama.
Dan kawan yang tak seberapa nak dinamakan kawan mereka,Zuel. Dia ni pulak langsung tak friendly, siapa yang dapat berkawan dengan dia dah kira beruntung lah tu, dahlah handsome kaya pulak tu. Tapi itulah sekaya-kaya dia, dia tidak pernah menunjukkannya. Membelanja kawannya pun dia tidak pernah, kalau ditanya kenapa, dia sekadar mengangkat bahu.
" Jeng jeng welcome to University Willies wahai teman temanku " ujar Zuel dengan riang sambil melihat reaksi kawannya, ada yang melopong, ada yang menggosok -gosok mata seakan-akan tidak percaya, ada yang menekup mulut, ada-ada sahajalah kawannya itu. Dia tersenyum seketika.
" Besar wooo tempat ni mesti ramai kan yang belajar kat sini?"tanya Harin sambil memerhati tempat itu.
" taklah, ada 30 orang je" jawabnya ringkas lalu turut memerhati tempat itu.
" 30 orang je?.. eleh takyah nak bergurau sangatlah " kata Harin tidak mempercayai kata-kata sahabatnya itu, mana mungkin Universiti sebesar itu hanya mempunyai 30 orang pelajar.
" hey come on la bila masa aku bergurau? aku serious ni, termasuk korang memang ada 30 students je yang belajar kat sini" jawabnya dengan muka serious, okey nampak sangatlah dia tengah bercakap benar.
" serious ? " Harin membesarkan matanya masih lagi tidak percaya.
" betul la, aku serious ni, kalau tak caya tanya budak tu " kata Zuel menunjuk ke arah seorang lelaki yang tengah rancak berbual dengan seorang perempuan yang agak berusia.
" eh taknaklah aku, dahlah jom masuk kami dah lambat nak masuk class ni" katanya menolak ingin bercakap kepada lelaki tersebut. Zuel ni macam tak tahu pulak dengan perangai malunya itu.
Zuel mengerut dahi " lambat? apa yang lambat jam baru pukul 8 lebih ni"
" lambat la, kami sepatutnya datang pukul 7 pagi" jawab Jess bagi pihak Harin.
Zuel kerut dahi lagi. Mabukkah kawan dia pagi itu?
"alahh ko ni Zuel banyak soal betul la, aku masuk dulu byee" sampuk Maurel tidak sabar lagi dan diikuti oleh Faghira. Semangat betul nak masuk, nanti kalau belajar tak mahu pula.

ANDA SEDANG MEMBACA
YOU'RE MINE [ROMANCE&MYSTERY]
Mystery / ThrillerKisah ini menceritakan tentang empat orang sahabat baik, Harin,Jessica,Faghira dan Maurel yang telah bertemu dengan empat orang lelaki yang akan menghuru harakan hidup mereka yang sudah sedia kala huru-hara. Fakhrul Razy, dia ialah ketua kepada WTE...