BAB11

81 5 0
                                        

    PAGI DI DALAM RUMAH yang dikatakan seperti Istana itu sunyi daripada pergaduhan WTEAM dan WTEAM2. Hanya bunyi television yang tidak dipadam semalam kedengaran.Seperti biasa Fakhrul ketua kepada WTEAM  adalah orang yang pertama akan bangun dahulu. Dia yang sudah bersiap dengan seragam kerjanya mengeluh berat setelah melihat ruang tamu yang sentiasa bersih menjadi seperti tempat pembuangan sampah WTEAM2.

    " huh.. ni rumah ke tempat pembuangan sampah..kotornya.." itulah perkara pertama yang dia mampu katakan setelah melihat tempat tidur WTEAM2 itu. WTEAM2 yang masih lena tidur  tidak perasan akan kedatangan Fakhrul di situ. Dia kemudiannya mencari sesuatu untuk mengenakan ' si pemalas bersaudara' bangun dari tidur. 

 WAKE UP WAKE UP MY LOVE!!

  Kedengaran lagu rock WAKE UP MY LOVE nyanyian daripada salah seorang artist dibawah M  ENTERTAINMENT ( company bapa Mark)  itu dipasangkan kuat dengan pembesar suara oleh Fakhrul. WTEAM2 yang terkejut terus terbangun dari tidur. Harin yang masih nyenyak tidur di bawah meja ruang tamu itu langsung tidak memperdulikan lagu tersebut. Tetapi tidak pula Faghira dan Jessica yang terus bangun setelah mendengar lagu tersebut.

" wadepak man? go away. you make me scared " kata Faghira yang masih separa tidur.
 Fakhrul menggeleng-geleng kepalanya seakan-akan tidak percaya akan disumpah Faghira pada pagi itu. 

" Sebelum aku naik angin kau better bangun right NOW! " katanya sengaja menguatkan bunyi 'NOW' itu. Faghira yang terkejut kerana perubahan Fakhrul yang tiba-tiba itu terus sahaja berdiri diikuti Jess yang masih menggosok-gosok matanya. Kenapa 'i,you' bertukar menjadi 'kau,aku' dia makan ubat apa bertukar dalam satu malam?

"ke-ke-kenapa kau ni" tergagap-gagap dia menanya takut dimarahi lagi.Fakhrul hanya memandangnya dengan tajam lalu dengan tiba-tiba menunjuk ke arah Harin. Dia yang tidak tahu apa yang dimaksudkan Fakhrul itu hanya melihat Harin yang masih nyenyak tidur. 'i,you' dia pun sudah tiada lagi. 

" KEJUTKAN DIA NOW! " Kata Fakhrul tegas. Mungkin kerana terlalu takut Dia terus  mengangguk menurut lalu menuju ke arah Harin dan membangunkannya, meninggalkan Jess di sana bersama-sama Fakhrul.

" Maurel mana? " Fakhrul bertanya dingin sambil melihat Jess dari kepala sampai ke kaki. 
'MasyaAllah kalah pontianak' bisik hatinya terpaku melihat Jess yang langsung tidak terurus itu.  

" Hah? i don't know" jawabnya lalu menguap tidak takut langsung dengan ketegasan Fakhrul.
Fakhrul yang geram dengan jawapan Jess yang acuh tidak acuh itu lalu memandangnya dengan tatapan maut. Dia berfikir mungkin memandangnya dengan tajam boleh membuatkan Jess lebih serious. Tetapi lain yang difikir lain yang dia dapat. Jess hanya memandangnya dengan pandangan yang penuh hairan. 

" kenapa kau pandang aku camtu? " tanya Jess hairan. 

             " Aku tanya mana Maurel kenapa kau jawab macam nak taknak je? NAK KENA LEMPANG KE?" . Boom. Fakhrul mengeluarkan bom yang pertama pagi itu. 

      " Tak masalahnya aku memang tak tahu dia kat mana, kau apahal nak MARAH MARAH, NAK MINTAK TERAJANG KE HAH?! " Boom. Bom kedua dikeluarkan dari mulut Jess pula. Fakhrul terdiam, tersentak dengan jawapan Jess yang 'lebih dasyat' dari jawapannya itu.

   " Aku kat sini" kedengaran suara perlahan Maurel yang baru masuk ke dalam rumah. 
"kenapa?" tanyanya lemah.  

   "Rel.. kau okey tak?" tanya Faghira yang baru sahaja selesai membangunkan Harin.

Faghira,Fakhrul,Jess dan termasuk Harin yang baru sahaja bangun terkejut melihat muka Maurel yang sudah seperti orang yang baru sahaja menangis semalaman. Jess yang baru mengingati peristiwa Maurel menangis malam-semalam menutup mulut Faghira dengan tangannya.

YOU'RE MINE [ROMANCE&MYSTERY]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang