Bab 2

1.2K 9 0
                                    

Dida Sandra

Puas aku pujuk Che Man. Antara kawan yang selalu jadi balaci aku dekat kampus. Penat aje aku maniskan muka. Tapi kali ini dia tak makan pujuk langsung. Mula-mula aku cuba sabar. Ketap bibir rapat-rapat.

Tapi bila Che Man, bajet Imam Muda, Pencetus Ummah, nak nasihatkan aku, darah rasa menggelegak ke kepala. Sumpah aku jadi meletup. Hilang slogan hidup aku, maintain sweet. Stay sweet.

"This is who I am, nobody said you had to like me!" Peduli apa aku kalau mamat ni nak kecik hati! Setakat dia ni, sekali aku petik, beribu bersusun tunggu giliran untuk aku approve.

Aku suakan skrin telefon yang terpampang akaun Instagram aku.

Che Man memandang aku terkelip-kelip.

"Kau nak masuk tu bila-bila boleh, kan? Jangan risaulah, Dida. Kau masuk tahun depan pun, kau confirm menang!"

"Alah, bila lagi aku boleh cuba kalau tak sekarang? Please... Bagilah moral support kat aku!" Aku cuba merengek lagi.

Tapi dalam hati, berbakul-bakul aku sumpah Si Che Man ni. Suka hati akulah nak masuk bila. Ni golden dreams aku. Yang penting aku nak caras budak Cahya tu!

"Ni kan musim busy ni. Musim study week. Banyak benda kita kena buat revision, kan? Kau tangguhlah dulu hajat yang satu tu. Takut nanti tak terkejar semua benda. Niat masuk sini, nak buat degree. Lepas tu benda glamor ni pun kau nak pulun. Takut sebab niat tak betul semua tercicir nanti, Dida."

Terbeliak mata aku dengar kata-kata Che Man. Amboi bukan main dia. Hei, kau ingat aku ni nak masuk musabaqah al-Quran ke? Kau ni bengap apa? Aku ni nak masuk Cover Girl Contest. Nak kena pakai niat juga ke? Nyaris aje aku bebel begitu pada Che Man. Tapi semua tertahan dalam hati.

"Che Man, aku anggap benda ni semua suka-suka. Escapism nak lari dari stres. Hish, tak baik tau, kau cakap bukan-bukan."

Cool, Dida! Take it easy! Aku memujuk diri daripada berkasar dengan Che Man. Nak marah-marah pun nanti aku yang rugi jangka panjang. Che Man ni kalau aku terdesak, kalau aku terlajak tidur atau terponteng kuliah dalam erti kata lain, dialah yang tukang cover. Tukang sign nama aku. Senyum lebih sikit, lentok comel-comel, beres segala masalah dengan lelaki ni.

Tapi entah mengapa bila memandang Che Man yang tersengih-sengih, tambah berapi hati aku. Sumpah aku rasa kembang panas kepala ni. Dia ingat aku main-main agaknya.

"Kau nak keluar macam mana?"

"Macam aku rancang tulah!"

Kali ini giliran Che Man pula terbeliak mata.

"Kau jangan gila, Dida! Kalau kantoi, mati kau!" Beria-ia dia memujuk aku. Tapi macam aku kata tadi, I don't give a damn.

"Tak adanya aku mati! Habis kuat pun buang kolej. Berani dia orang nak buang aku! Sanggup ke cari hal dengan daddy aku? Helo... Daddy aku dah banyak derma untuk kampus ni. Apa aje charity projek yang Datuk Hatta tak hulur cek?"

Aku nampak halkum Che Man naik turun. Bagus juga sesekali mengangkat diri begini.

"Hish, kau ni... Hidup kau ni tak tenteram kalau tak ada buat kes, ya?" Che Man menggaru kepala. Seperti semakin tercabar aku rasakan.

"Alah, kes celah kuku aje! Bukan aku buat skandal pun. Aku nakal-nakal manja aje. Tak gitu..." Aku senyum sambil angkat kening pada Che Man.

Tercebik bibir Che Man memandang aku.

"So what?" Aku menyergah mamat yang acah-acah nak jadi juara Pencetus Ummah depan aku tu.

"Aku ingatkan aje. Kau kan kawan aku!"

MAHARANIWhere stories live. Discover now