Dida Sandra
Aku terjaga pagi itu apabila telefon tidak berhenti-henti berdering. Aku tahu itu panggilan daripada Lisa berdasarkan ringtone yang aku setkan.
"Telefon you, sayang." Azry berbisik di telinga sambil tangannya semakin kemas melingkari pinggang aku. Dengan seribu rasa malas dan kepayahan, aku membuka mata.
Oh, kami sama-sama terlena di atas sofa merah cili ini rupanya. Di penthouse Azry lebih tepat. Untuk minggu ini, tak tahu kenapa aku kalah dengan Azry. Tugas-tugas voice-over yang team aku lakukan di studio milik Azry, buat aku dapat mengenali dan merapati Azry. Semuanya terjadi begitu pantas. Kenal dalam tiga hari saja, Azry sudah merengek manja dalam pelukan aku.
"Sayang, telefon you tu... Jawablah!"
Aku semakin membenamkan wajah di dada lelaki itu.
"Mengantuklah." Aku berkata perlahan.
Belum sempat aku melarang, Azry pantas menjawab telefon aku.
"Morning... Dida? Dia tidur lagi ni."
"Ya... Azry sini. Di mana? At my place. Yes, she is here."
Gosh! Cepat dan pantas sangat mamat ni! Huh! Tak fasal-fasal nanti aku kena basuh dengan Lisa.
"Kenapa you jawab phone tu?" Aku bingkas bangun tapi belum sempat bangkit, lelaki itu menarik aku ke sisinya.
Lelaki itu memandang aku tanpa ekspresi. Wajahnya mendekati aku. Sesungguhnya aku tak mampu menolak. Damn! He is hot!
"Biarlah. Apa Lisa boleh buat? Dia bekerja dengan you."
Dan kemudian aku tak sempat berkata apa-apa lagi. Kami memulakan pagi itu dengan menikmati sesuatu yang hangat dan penuh berahi.
Pagi itu aku meninggalkan Azry dengan rasa badan yang sakit-sakit. Lelaki ini memang tangkas seperti serigala.Kami berjanji akan bertemu lagi. Tapi bagi aku cukuplah. Hampir seminggu bersama sudah cukup lama bagi aku.
Aku pulang ke rumah untuk bertukar baju sebelum ada janji temu tengah hari itu. Tak sangka Lisa dengan muka ketat sudah menunggu di ruang tamu. Aku cuba mengelak dengan terus masuk ke bilik tapi Lisa terus mengekori aku. Tiba-tiba terasa Lisa bukan semazhab dengan aku.
"Dida, you better tell me, ada benda kau sorokkan?" Aku yang sedang membelek WhatsApp, disergah tiba-tiba.
"Apa maknanya tadi aku call, telefon kau mamat Azry tu jawab?"
"Aku tidurlah."
"Tidur? Dekat rumah Azry?"
"Alah, penat. Tak sempat balik semalam."
"Selalu sangat kau hilang. Nak cari bukan senang. Telefon tu ikut angin kau aje nak jawab ke tak!" Gadis itu mula membebel.
Lisa tiba-tiba menyedari perubahan aku. Mana taknya, aku asyik menyelinap aje dari jadual yang dia atur. Ada aje alasan aku. Haha, bab-bab mengular ni, aku memang pakar.
"You better stop it, Dida. Ni kalau kantoi, satu Malaysia heboh!"
Aku diam tidak berbunyi.
"Benda personal kau, aku tak mahu campur, Dida. Tapi kau kena ingat. Dalam industri ni, kalau orang dah benci, sampai kisah mama dengan daddy kau nanti orang selongkar, orang singkap, orang londehkan... Kau nak ke? Kau nak ke orang kaitkan apa yang kau buat ni dengan sejarah silam mama kau?"
Tiba-tiba saja waktu itu aku terasa meremang bulu roma. Aku terasa seram sejuk. Ya, aku mengaku, aku kalah kalau benda begini dikaitkan dengan mama. Kalau orang yang kenal mama aku mesti tahu kisah kami sekeluarga.
YOU ARE READING
MAHARANI
قصص عامةTajuk: Maharani Penulis: Lily Haslina Nasir Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-073-1 Muka Surat : 768 Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2018