Dida Sandra
Persaingan aku dengan Cahya bermula sejak kecil. Mama pun kata, mak Cahya selalu aje busybody dan nak bersaing dengan mama. Sejak kes Cahya kena humban beg bajunya di rumah bapa Alriz, nama aku asyik terkait aje.
Dia orang ni bodoh ke saja nak cari fasal? Aku rasa kalau bapak Si Alriz tu dah tak suka Cahya, sampai bila-bila pun memang tak berjodohlah minah tu dengan Alriz. Tak ada kena-mengena aku dengan kes ni. Aku? Just trying my luck! Dan ya, aku buat ni semata-mata nak kasi bakar rentung hati minah tu? Putus ke tak putus, berjodoh ke tak berjodoh Cahya dengan Alriz, aku peduli apa! Ke dia orang ni saja nak kasi isu, kasi kontroversi lagi sensasi, kemudian trendingkan isu ni?
Aku terasa mahu menjerit seorang diri dalam bilik sambil menunggu diri dimekapkan. Mesej yang aku terima baru ini, Alriz mahu jumpa aku. Hei... Alriz kot yang mesej aku dulu! See... Aku dah kata kan, the best woman win!
Untuk lebih tenang dan tak mahu kecoh-kecoh, aku tak cerita langsung pada Lisa hal aku nak bertemu dengan Alriz di penthouse dia. Aku cuma bisikkan pada Erin dan mak uda yang aku percaya memang boleh jadi penasihat aku. Terus menggelinjang suka dua pengapit kiri dan pengapit kanan aku ini.
"Gila wei... Alriz tu ajak kau dinner." Bercahaya sungguh wajah mak uda.
"Kau siap-siap kau punya baju tidur, ya? Ready dengan lingeries, perfume okey?"
Bukan main lagi Erin sama terkejut suka dengar khabar yang satu ini.
"Beb, kau jangan lupa ambil gambar banyak-banyak tau."
"Kalau mamat tu mahu."
"Come on, girl... Macam tak tahu mana nak petik suis. Macam tak biasa! Pujuklah dia ambil gambar banyak-banyak. Alah-alah, tengah cuddle sama-sama tu ke." Mak uda mengenyit mata nakal.
"Okey. Aku cuba, ya!"
"Hah, cuba jangan tak cuba. Lepas tu kita leakkan gambar tu... Acah-acah ada peminat yang viralkan dekat social media."
Terlopong aku mendengar ayat Erin. Dia kemudian terseringai girang.
"Hei... Kau!" Aku terjerit.
"Macam tak biasa!" Mak uda sengaja membakar semangat aku.
"Of course I like! Bijak sangat Erin!" balas aku bahagia dan kemudian aku sambung.
"Make sure Lisa tak tahu, ya? Jangan beritahu Lisa apa-apa." Aku peringatkan.
"Tentu kita orang tak cakap. Pembantu peribadi kau tu lurus sangat! Payah!" balas mak uda.
"Kau bayangkan hati Si Cahya kalau tengok. Mahu rentung terbakar I tell you!" sampuk Erin sambil membelek jerawat di pipi di cermin besar.
Dan kami sama-sama mengekek gelak. Sebaik sahaja Kak Fiqa, editor majalah Trendy masuk, kami terus mengawal diri. Ruang itu terus senyap dari gelak kami. Masing-masing tersenyum-senyum sendiri sambil menyimpan tanduk dan kuku. Tidak sabar dengan misi yang satu ini.
Macam mak uda kata. "Kau tak rugi cuba. Dulu kalau mama tak gigih mencuba untuk dapatkan daddy, katanya mungkin mama tak hidup mewah macam sekarang. Just grab the chance!"
Aku angguk tanda setuju.
Malam yang aku nantikan tiba. Aku akui sedikit berdebar bertemu Alriz. Tapi lelaki itu tampak santai. Aku sama-sama membantu dia membuat spaghetti di dapur mewahnya. Selesai makan, kami bersembang-sembang santai. Aku mengingatkan diri. Jangan cuba too hard! Buat biasa-biasa. Cool, Dida! Aku acah-acah seronok mendengar tentang projek terbaru dia.
"Really? You are the smartest guy I've ever met!"
"Nak try something new, something yang fresh... Kita lari sikit dari bidang hiburan. I ingat nak buat projek kemanusiaanlah lepas ni."
YOU ARE READING
MAHARANI
General FictionTajuk: Maharani Penulis: Lily Haslina Nasir Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-073-1 Muka Surat : 768 Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2018