II∞Familiar

2.5K 214 42
                                    

Perlahan² Luke mencelikkan matanya daripada lenanya. Terus dia bangun dari pembaringan dan menggosok matanya menghilangkan rasa mengantuk.

'Mimpi yang sama lagi.' Detis hati Luke. Gambar dirinya dan mendiang isterinya, Lia yang tergantung di dinding kamarnya  ditatapnya lama.

Terkenang kembali kenangan mereka berdua bersama. Kenapa? Kenapa kau tinggalkan aku. Tinggalkan anak kita?

Tengah Luke mengimbas kembali kenangannya bersama Lia, pintu biliknya diketuk tetiba menyedarkannya.

"Ayahanda! Ayahanda dah bangun ke?! Ayahanda dah janji nak hantar anakanda pergi academy!!" Jerit putera sulungnya, Leo yang baru mencecah 13 tahun.

"Dah. Ayahanda dah bangun. Tunggu kejap. Ayahanda nak bersiap."

"Leo tunggu dekat tlruang makan eh?" Selepas itu tiada lagi jeritan Leo dari luar biliknya.

Pantas Luke menyiapkan diri dan turun untuk bersarapan.

"Pagi ayahanda." Sapa Leo yang dah lama menanti di meja makan.

"Pagi, Leo. Ready for your first day in the academy?" Soal Luke dengan senyuman.

"Mestilah! Akhirnya! Bebas boleh kdluar dari ostana ni!!!" Balas Leo teruja.

Luke yang lihat hanya tersenyum. Anak dia ni macam budak² padahal Dan unur 13 tahun.

"Dah². Makan cepat. Lambat ayahanda tak nak hantar."

Laju je Leo melantak sarapan yang dihidangkan. Eksited for first day.

∆∆∆∆∆∆∆∆

"Terima kasih eh ayahanda, hantar anakanda ke academy."

"No biggie my son. Dah pergi. Nanti lambat masuk kelas." Leo mengangguk lalu keluar dari kereta mewah milik ayahandanya. Maklumlah. Nama pun raja. Mestilah kaya.

Kereta mewah milik King Lume mula bergerak meninggalkan kawasan academy itu. King Luke hanya memandang ke luar tingkap keretanya.

Tetiba matanya menangkap sesusuk tubuh yang berjalan masuk ke dalam academy tu. Entah kenapa hati dia rasa macam kenal sesusuk tubuh berambut kelabu keputihan tu.

Tapi siapa?

∆∆∆∆∆∆∆∆

Kedengaran jeritan daripada pelajar perempuan. Orang hotlah katakan. Siapa tak nak?

Kaya, ada pangkat, pandai, hensem, baik hati. Habislah koyak baju uniform Leo. Kembang kena puji.

Dia hanya mengukir senyuman lalu meneruskan perjalanan ke dewan. Nasib baik ada penunjuk arah. Kalau tak memang sesatlah dia.

Tengah dia bangga sesorang sambil mencari arah ke dewan. Sesusuk tubuh kecil telah dilanggarnya. Terus mereka berdua jatuh terduduk atas lantai.

"Maaf. Saya tak sengaja." Ujar Leo lembut lalu membantu orang yang dilanggarnya tadi mengutip buku² yang berterabur atas lantai.

Mereka berdua sama² berdiri Dan mengabus habuk di pakaian masing². Buku yang Leo kutip tadi dihulurkan ke arah orang yang dilanggarnya yang masih menggabus bajunya.

Apabila gadis itu mengangkat wajahnya untuk mengambil bukunya, Leo bagaikan masuk ke alam lain. Cantiknya. Ini triel ke human ke angel? Aku rasa dia angel.

"Thanks." Ujar gadis tu dingin lalu mengapai bukunya yang dihulur Leo dan terus angkat kaki dari situ.

Leo pulak masih terpaku bila terserempak dengan 'bidadari' yang dikatakannya tu.

"Eh? Alamak!! Lupa nak tanya nama! Haishh!!" Kesal Leo. Baru  nak cucuk jarum! Melepaslah pula!

Tetiba satu benda yang berada di atas lantai menarik perhatiannya. Terus dia menunduk mengambil benda tu.

Pas pelajar? Gambar yang tertera di pas pelajar tu sebijik macam yang dia lihat tadi. Maksudnya pas ni bidadari tu punya lah kan?

Tanpa ragu² dia terus baca biodata yang tertera dekat pas pelajar tu. Hanna Crielden? 1 Diamond?

Leo tersenyum sumbing. Tak sangka bidadari dia tu sekelas dengannya. Inilah yang dikatakan kalau jodoh tak kemana. Untung untung!

Terus Leo memasukkan pas pelajar tu ke dalam poketnya. Nanti²lah dia bagi.

Terus dia sambung perjalanan ke dewan dengan senyuman sumbing di bibirnya. Seronoklah tu...

∆∆∆∆∆∆∆∆

Tergagau² aku cari pas pelajar aku. Mana pulak benda ni? Time² ni lah dia nak hilang pun. Kalau kena denda nanti buat malu je.

Dalam poket tak ada. Dalam beg pun tak ada. Dahlah hari ni first day. Pleaselah!! Jangan main sorok² time ni please!

Tengah aku asyik mencari pas pelajar aku tu, bahu aku dicuit lembut dari belakang.

Terus aku menoleh. Eh? Ni bukan mamat yang langgar aku tadi aka tuan putera yang digempar gempurkan tu ke?

"Hai. Hanna,kan?" Tegur lelaki tu mesra. Dahi aku berkerut. Macam mana dia tahu nama aku?

Aku hanya mengangguk tanpa banyak cakap. Aku bukannya jenis peramah dan ringan mulut. Sebab tu aku jarang ada kawan.

"Ni. Awak terjatuhkan waktu saya terlanggar awak tadi." Satu pas pelajar dihulurkan ke arah aku.

Pas pelajar aku!!! Terus aku rampas pas pelajar tu kasar dari tangan dia. Nasib baik jumpa kalau tak meraung aku kena denda.

"Thanks." Dingin... Memang tu perangai aku. Aku terus toleh ke depan dan tumpukan perhatian sebelum perhimpunan nermula.

"Err... Nama saya Leo. Leo Barlord. Kita sekelas." Aku mengulingkan mata.

Pleaselah. Aku tak tanya pun nama kau apa. Mentang²lah anak raja. Apa? Ingat semua perempuan dia boleh tackle ke? Pleaselah.

"Hmm.." Balas aku dingin. kacau je mamat ni. Leo yang kat belakang dah garu kepala.

Mak aii. Sekali dapat puteri ais lah. Tak pa. Kalau dia puteri ais. Kau putera api. Api dapat cairkan ais. Betul tak?

"Saya nak kawan dengan awak boleh?" Aku merengus kasar. Aku tak nak kawan dengan kau lah!!!

Blah lah! Jangan kacau aku!! Nak ja aku jerit macam tu depan muka dia. Duk ingat dia tu putera ja. Takut tak pasal² aku kena hukum pancung sebab malukan anak raja.

"Hanna? Awak dengar tak? Hanna??" Aku mula rasa nak sumbat beg sekolah aku dalam mulut dia. Duk panggil² nama aku. Tahulah nama aku sedap!

Kalau orang tak balas tu maksudnya aku tak nak lah!! Susah sangat ke nak faham.

"Aku tak nak kawan dengan kau." Balas aku dingin. Straight to the point! Cara lembut dia tak dapat tangkap, kita guna cara sedikit kasar. Annoying betul lelaki zaman la.

"Kalau tak nak jadi kawan saya tak apalah." Yes!!! Dah pergi blah! Aku tak mau dengar apa² lagi. Shuh².

"Tapi nak tak jadi puteri saya?" Aku menepuk dahi perlahan. Ada juga yang aku humban dalam tanah nanti.

Apalah nasib aku dapat budak sekelas dengan dia ni. Nak je aku lenyek² muka dia buat penkek. Nasib putera raja.

Bersambung...

Second chapter!!  Thanks sebab baca book ni! Love you guys!!

Jangan lupa votement😉✌

Tata!!😘💕💞

Published on: 10 January 2019

Reaching The Sky Two: Lydia CarltonWhere stories live. Discover now