Puluhan patung kayu di sekeliling aku, menjadi sasaran anak panah aku. Sambil melepaskan anak panah, tubuh aku tangkas mengelak setiap serangan dari beberapa mesin penembak yang turut disediakan.
Setiap tembakkan aku elak dengan pelbagai cara. Namun tangan masih lagi memegang erat busur dan bersedia untuk melepaskan anak panah.
PAP!!
Anak panah terakhir aku lepaskan betul mengenai sasaran kepala patung kayu. Tepat pada titik 'bullseye'.
Tapi kalau dilihat kembali. Memang semua anak panah yang aku lepaskan mengenai titik 'bullseye' tu.
TEEETTTT!!!
Cukup 1 jam aku bertarung dengan mesin dan patung kayu. Tak semencabar berlawan dengan manusia. Aku jatuh terduduk di atas tanah sebaik sahaja mesin penembak berhenti sepertimana aku set masanya.
Tercungap² aku mengambil nafas. Botol air mineral aku ambil lalu diteguk rakus. Berehat sebentar bersama air mineral.
Erghh!! Kenapa aku rasa tak puas hati eh?! Aku rasa macam latihan ni tak cukup untuk buatkan aku dapat no 1 untuk next round esok!!
Aku kena kalahkan juga putera katak tu!! Aku kena dapat no satu!! Hmm... Kalau aku berlatih dengan mama okay juga kan?
"Ma--"
"Hanna! Sudah²lah tu berlatih! Masuk mandi. Malam nanti sambung!"
Cis!! Macam tahu² je mama ni. Baru nak ajak duel.
"Hanna Crielden!" Ahh... Dia panggil nama penuh dah~
"Ye!! Kejap ma! Nak ambil anak panah!" Terpaksalah bangun dan pergi kutip semua anak panah tu. Takut nanti ada pula yang naik hantu nanti.
"Ma! Malam ni jom duel dua orang." Ajak aku sambil berjalan ke arah pintu belakang rumah.
"Ye lah. Pergi mandi dulu. Lepas tu kita makan malam. Mama ada buat puding roti ni." Hehe. Mama tak pernah tolak bila aku ajak dia duel. Ni yang seronok ni!
"Puding roti?! Yes!! Feveret!! Hanna pergi mandi dulu!" Pipi mama aku cium sekilas.
He he. Mama ni macam boleh baca fikiran orang pula. Macam tahu² je aku teringin nak makan desert kegemaran aku tu. Mama hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Apalah anak dara dia sorang ni. Macam² kerenah. Kejap dingin, kejap manja. Macam²!
- ♦ -
Hmm... Mana bidadari aku sorang tu? Tak nampak pun dia dari tadi. Selalunya awal² pagi dah nampak batang hidung dia.
Badan kembali aku sandar pada kerusi. Haih~ ni yang tak suka ni. Tak nampak Hanna. Terus tak ada semangat nak bertarung tau!
Tetiba kerusi di sebelah aku diduduki seseorang. Malas aku nak tengok. Mood melayang ke awan biru bila tak nampak Hanna.
"Aku tak suka bila pesaing aku lawan dengan tak bersungguh². Aku rasa macam orang bodoh bila menang lawan dengan pesaing macam tu."
Pantas aku menoleh bila aku dapat cam suara tu. Mata aku membulat! Bidadariku!!
"HANNA!!"
BUKK!!!
Terguling Leo atas lantai bila ditumbuk oleh Hanna. Hanna pula dah membahang muka. Mamat ni!!!
Kalau tak buat malu orang tak boleh ke?! Dah lah dia menjerit nama aku bagi satu colleseum dengar!! Tambah pula dengan cubaan nak peluk aku! Eii!! Kalau orang ramai tak tengok aku sekarang ni.. Dah lama aku tumbuk dia bagi lumat!!
![](https://img.wattpad.com/cover/141311693-288-k185861.jpg)
YOU ARE READING
Reaching The Sky Two: Lydia Carlton
Acak[SILA BACA REACHING THE SKY: THE BEGINNING DULU LU YE~] |A girl who suffered enough to be the strongest girl ever existed| "Tunggu! Err... Boleh beta tahu nama kamu?"- Luke Barlord "Dia ibu saya"- Hanna Crielden "Kalau tak nak jadi Kawan saya tak ap...