VIII - WELCOME

1.8K 134 33
                                    

Hari yang dinantikan sudah tiba. Hari di mana pelapis The Elite akan ditabalkan secara rasminya. Semua mula tertanya² siapakah yang akan mewarisi panggilan tertinggi itu. Bukan sahaja pelajar yang menantikan, malah satu kingdom!

Rambut separas bahu diperbetulkan buat ke sekian kali. Blazer putih dibetulkan kedudukkannya. Jadi nilah pemakaian Young Knight. Cantik. Nampak mewah.

"Baju tu sesuai dengan kamu, Hanna." Tegur Mrs. Merlin  dari belakang. Aku hanya mengukir senyuman. Akhirnya impian aku tercapai. Impian aku untuk menjadi pahlawan terkuat.

BAMM!!

"Maaf! Saya lambat!!" Tetiba pintu bilik persalinan dibuka secara mengejut. Seorang gadis berpakaian serabai terus berlari masuk ke bilik menukar pakaian.

"Awak lambat,Recca !! Lagi 10 minit majlis nak bermula!" Jerit Mrs. Merlin. Dia ahli Young Knight juga ke? Kiranya ahli perempuan cuma 2 orang lah termasuk aku? Jadi ahli lelaki mesti 3 orang.

"Maaf!! Saya terlajak tidur!! Saya bersiap sekarang!" Jerit Recca dari dalam bilik persalinan. Mrs. Merlin hanya menggeleng kepala. Apalah nak jadi dengan dia in.

3 minit kemudian gadis itu keluar dari bilik persalinan lalu mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah. Tubuhnya sudah siap tersarung dengan pakaian rasmi kami.

"Hi! Mana Cikgu?" Soal Recca ramah.

Tangannya giat menyikat rambutnya yang kelihatan agak kusut. Maklumlah rambut orang baru bangun tidur.

Sikat di tangannya aku rampas membuatkam dia tersentak. Aku bangun dari kerusi lalu berdiri di belakangnya.

"Kalau kau sikat rambut kau macam tu nanti rambut kau makin kusut dan rosak." Rambut blonde paras dada Recca aku sikat dengan lembut.

"Oh. Thanks."  Recca mula duduk diam. Membiarkan Hanna menyisir rambutnya yang kusut. Keadaan kembali sunyi.

"Erm... Kau Hanna kan? Hanna Crielden?" Soalan hanya dibalas dengan deheman ringkas. Rambut di dalam pegangannya diikat menjadi tocang kuda separuh. Rambut ditarik lembut bagi mengetatkan ikatan.

"Bila aku nampak nama kau, aku rasa lega gila weyh. Aku takut aku sorang je perempuan dalam group ni. Mati aku kalau budak lelaki buli aku." Kata²  diakhiri dengan ketawa namun tidak disambut oleh Hanna. Terus tawanya terhenti.

"Err... Kau dengar tak?" Dia tak suka kawan dengan aku?

Hanna melepaskan keluhan kecil. Rasa bersalah mula menyelebungi.

"Aku dengar je. Aku memang macam ni. Jangan salah faham dengan aku." Balas Hanna ringkas membuatkan  melepaskan keluhan lega.

"Nasib baik... Aku ingatkan kau tak suka kawan dengam aku. Takut pula aku kalau kau palau aku nanti." Senyuman nipis terukir di bibir Hanna.

"Selagi kau tak buat hal, selagi tu aku takkan palau kau. Dah siap!" Rambut yang kemas terikat aku sisir gunakan jari. Rambut hadapan yang menutupi dahinya disikat rapi.

"Thank you! Pandai juga eh kau dandan orang. Agak² bila aku kahwin kau je lah yang makeup aku." Usik Recca.

"Jangan nak mengarut." Balas Hanna selamba. Recca tertawa besar. Entah apa yang seronoknya.Tapi best kawan dengan dia. Baru je jumpa beberapa minit dah mesra macam ni. Sekurang²nya aku tak sunyi.

Sunyi? Bukan ke kau ada si putera katak tu? Kenapa pula nak sunyi?

Putera katak tu? Aku lebih rela sunyi seumur hidup aku daripada kawan dengan dia tu.

Reaching The Sky Two: Lydia CarltonWhere stories live. Discover now