X - FIRST DAY

1.1K 99 57
                                    

Just who you are?

"Aku takkan maafkan kau selagi kau tak tunaikan permintaan aku!"

"Permintaan apa?"

Tangan lembutnya naik ke pipi aku. Senyuman manis terukir di wajahnya dapat dilihat dengan cahaya lampu berdekatan.

"Senang je! Aku nak kau jaga Lia baik-baik. Sayang dia macam mana kau sayang aku. Boleh?"

Aku terdiam. Wajah aku ditundukkan penuh dengan rasa bersalah.

"Boleh tak?!"

"B--boleh!"

Terus gadis itu berdiri lalu tangan aku ditarik supaya aku turut berdiri. Badan aku ditolak lembut ke arah istana.

"Okay! Sekarang semua dah selesai! Dah pergi masuk tidur! Dah lewat ni! Esok kau nak kahwin. Tak pasal-pasal pula nanti kau bangun lewat."

"I'm sorry, Luke..."

"Luke. Tidur lagi? Kamu kan ada meeting dengan Menteri Pertahanan kan pagi ni?"

Suara bonda menyedarkan aku dari tidur. Aku bertukar kepada posisi duduk di atas katil aku.

"Luke?" Sekali lagi suara Ratu Ariendell besuara mengejutkan si raja.

"Luke dah bangun bonda."

"Jangan tidur balik." Kata-kata bonda aku sahut dengan deheman ringkas.

Minda aku kembali ke mimpi yang baru aku hadapi. Tangan ditekup ke dahi.

Ianya... bukan mimpi kan? Ianya terlalu realistic untuk jadi mimpi. Jadi... siapa perempuan tu? Kenapa aku minta maaf dekat dia? Kenapa dia minta aku jaga Lia baik-baik? Kenapa aku teragak-agak untuk tunaikan permintaan dia? Yang paling penting... kenapa aku tak boleh nampak muka dia?! Sial!!

Tangan aku digenggam kuat lalu permukaan katil aku tumbuk sekuat hati. Gigi diketap kuat. Hati mula membuak-buak. Potret gambar aku, mendiang Lia dan Leo yang masih kecil aku tatap. 

Siapa pun kau... aku minta maaf. Aku tak boleh tunaikan permintaan kau. Maaf...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Blazer putih yang tersarung di tubuh dikemaskan bergitu juga dengan tali leher berbelang-belang tanda kebanggaan aku sebagai Young Knight. Berbeza dari pelajar yang lain yang mengenakan blazer berwarna hitam tanpa tali leher. Actually aku pun tak suka pakai tali leher. Tercekik tahu tak? But let's bear this at least for today.

Bangs yang sudah disikat dikemaskan di hadapan cermin lalu secalit pelembab bibir disapu di atas bibir merah jambu meninggakkan bibir aku berkilat.  

Sibuk mengemaskan rambut supaya kelihatan kemas, mata aku tertancap pada penyepit rambut yang terletak di atas meja solek. Yep! Penyepit rambut yang Leo bagi semalam. Entah mengapa wajah aku tiba- tiba membahang. Nak pakai ke... tak?

Hati nak pakai, tapi otak kata jangan. Entah mengapa macam ada suara macam hantu yang suruh aku pakai penyepit tu. Tapi kalau pakai konfirm kena usik punya dengan putera katak tu. Ermm...


Pintu kelas aku buka luas. Kelas khas untuk Young Knight.  Ahli Young Knight telah diasingkan dari pelajar lain dalam kelas. Semuanya sebab cara dan aras pembelajaran kami berbeza dengan pelajar lain. Kebanyakkan pelajar masih belum mahir menggunakan kuasa kerana baru 'awakened' beberapa tahun lepas. Berbeza dengan Young Knight yang memang sudah mahir dalam menggunakan kuasa masing-masing.

Reaching The Sky Two: Lydia CarltonWhere stories live. Discover now