"Sekali lagi saya ucapkan selamat datang kepada pelajar tingkatan 1 dan selamat kembali kepada pelajar² lama. Semoga tahun in kita akan menjadi salah sebuah sekolah yang berada di ranking teratas. Itu sahaja harapan saya. Sekian."
Finally!!! Setelah hampir 1 jam berucap dekat atas tu, akhirnya turun juga pengetua sekolah ni dari atas pentas tu. Entah siapalah yang dengar dia berucap.
Aku tengok kebanyakkan pelajar dah 'kiok' ke alam mimpi tak pun duk membawang dengan kawan. Kalau aku pula tengok je, tapi satu apa tak melekat dalam otak.
Jangan tipu! Aku tahu korang pun 70×100 je dengan aku!! Jangan kelentong!!
Kini seorang pengawas wanita pula mengambil alih tempat di atas pentas. Alaaa~~~ tak habis lagi ke?
"Terima kasih atas ucapan yang penuh semangat dari tuan pengetua." 'Penuh semangat' sangat. Mata dijulingkan ke atas.
"Buat pengetahuan semua pelajar, pertarungan untuk pemilihan Young Knight dan School Disciple akan diadakan mulai esok. Kepada pelajar human dari kelas Diamond dari form 1-5 sila pergi ke bilik mesyuarat dan kepada pelajar triel kelas Diamond dari form 1-5 sila pergi ke collesium esok pagi. Sekian. Semua pelajar boleh bersurai ke kelas masing²."
Young Knight? Awalnya diorang buat pemilihan? Bukan selalunya lambat sikut ke? Ahh! Lantak lah! Yang penting aku akan jadi ahli Young Knight tu! Aku akan pastikan!
"Hanna!!" Langkah aku yang sedia cepat aku cepatkan lagi bila suara yang aku kenali menerpa minda. Ya tuhan!! Blah lah weyh!! Tak cukup lagi ke kacau aku tadi?!!!
"Hanna!!" Lari Hanna! Lari!! Run for your life! Eh² melebih pula aku.
"Hanna!!" Tangan aku digapai dari belakang namun pantas aku merentap tangan melepaskan diri dari pegangangan Leo.
"Apa lagi?!" Soal aku kegeraman. Nada mula naik beberapa oktaf. Kenapa pengacau sangat dia ni?!
"Awak ni triel ke human? Saya triel. Ataupun... Awak ni angel? Sebab cantik sangat!" Erghh!! Aku tak tanya pun kau triel ke human ke, goblin ke! Tak kisah!
"None of your business and stop disturbing me!!" Langkah aku orak meninggalkan sang putera katak keseorangan. Lantak kau lah! Menyusahkan je!
————————————————–
"Nak duduk sini boleh?" Hanna yang tekun menghayati buku yang dibaca satu suara menyapa dan memusnahkan kebahagian si gadis.
Aku kekal diam. Biarkan suara tu terbang dibawa angin. Lagi bagus kalau sekali dengan tuan punya suara tu terbang sekali. Aman sentosa hidup aku!
"Hello? Hei. Ada orang ke tak?" Tangan Leo dilambai²kan di hadapan wajah gadis tu namun gadis tu lansung tak memandang ke arahnya. Walaupun menjeling!
Sabar Leo. Sabar. Ais kalau nak cair kena ambil masa sikit betul tak? Lagi² kalau ais tu sebesar rumah. Lagi lama!
"Tak." Jawapan ringkas dari Hanna membuatkan senyumannya melebar. Well. At least dia balas.
"Hahaha. Pandai berguraulah awak ni." Kerusi di sebelah aku ditarik lalu diduduki oleh sang putera. Pantas aku menutup buku dan menyandang beg sekolah. Terus aku beralih ke meja yang tak jauh dari situ.
Yang pasti meja sebelah dan ada orang. Kalau tak MESTI! Dia kacau aku lagi! Aku kembali menyambung dunia membaca aku dengan harapan no more pemusnah keamanan.
Leo yang masih di tempat tadi menghela nafas berat. Kenapa susah sangat nak cairkan hati batu si puteri ais tu eh? Hati dia bukan ais dah ni. Ni dah tahap hati berlian!!
![](https://img.wattpad.com/cover/141311693-288-k185861.jpg)
YOU ARE READING
Reaching The Sky Two: Lydia Carlton
Random[SILA BACA REACHING THE SKY: THE BEGINNING DULU LU YE~] |A girl who suffered enough to be the strongest girl ever existed| "Tunggu! Err... Boleh beta tahu nama kamu?"- Luke Barlord "Dia ibu saya"- Hanna Crielden "Kalau tak nak jadi Kawan saya tak ap...