"Haihh.. Boboiboy takutlah Tok Abah..." kata Boboiboy.. Dia sudah menggigil ketakutan.. Walhal, tiada apa apa pun. Mungkin selama ni dia tak pernah berasrama.
"Arwah ibu ayah Boboiboy nak sangat Boboiboy asrama.. Jangan risau , Tok Abah kan ada Fang. Ada Gopal , Yaya dan Ying.. Nanti cuti sekolah kau baliklah," Tok Abah cuba menguatkan semangat cucunya. Yalah, takut esok esok Boboiboy membakar asrama ni..
Boboiboy hanya mengangguk. Ramai pelajar - pelajar yang turut mendaftar di situ. Masa mengambil keputusan UPSR, Boboiboy mendapat 5 A 1 B.. Tu boleh lulus masuk asrama.
"Boboiboy ya? " tegur perempuan di kaunter itu.. Sementara Tok Abah mendaftar Boboiboy, Boboiboy membuat keputusan untuk bersiar - siar di halaman asrama itu..
"Aku takutlah , Ochobot..." luah Boboiboy. Mereka bersiar - siar di taman Sains. Ochobot hanya tersenyum , " Ala.. Jangan risaulah.. Bukan ada hantu pun.."
Ochobot nampak seronok membelek belek pokok pokok bunga di taman Sains tu. Tiba - tiba, Boboiboy ternampak kepala di dalam parit itu.. Ohhh.. Kepala paip tercabut...
"Boboiboy , jom bersiar - siar tempat lain!" kata Ochobot. Mungkin sudah puas meneliti setiap pokok pokok bunga itu. Boboiboy mengangguk. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati...
...
Ali hanya mencebik dari tadi. Sememangnya dia bengang dengan ayahnya, Encik Ghazali. Dia tidak mahu masuk asrama! Setuju? 0.001% pun tidak!
"Ali bin Ghazali?" Tanya seorang perempuan yang menjaga kaunter itu.. Ali membuat keputusan untuk bersiar - siar sementara ayahnya mendaftarkan dia di situ... Nasiblah ada kucingnya, Comot menemani.
"Meoww.." Comot teruja memanjat bangku berwarna biru itu. Ali hanya tersengih sebelum duduk di situ (bangku biru tulah) , "Apalah nasib aku dapat 4 A 1 B 1 C.. Kalau aku tahu, keputusan ini boleh masuk asrama, dah lama aku skor 2 A 1 B 3 C"
...
"Okay, atok nak pergi dah, " kata Tok Abah. Boboiboy sayu memandang atoknya. Tok Abah hanya tersenyum memandang Boboiboy. " Nanti cuti sekolah, kau baliklah. Ni nombor dan kunci bilik kau. Bilik kau bilik 333."
Boboiboy mengambil kunci tersebut. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati.
Selepas Boboiboy menyalam atoknya, Tok Abah berlalu pergi. Haih... Atok! Boboiboy rasa tak selamatlah dekat sini!
"Okay, Boboiboy! Jom cari bilik tu!" Ochobot mengheret Boboiboy jauh dari pintu pagar sekolah. Entah kenapa , Boboiboy tak sedap hati sejak melihat kepala paip di dalam parit itu..
...
"Bilik 333.. Bilik 333" Boboiboy melihat nombor - nombor yang tentera di bilik itu. Pelik! Setakat ini , dia hanya jumpa bilik 345, 342 , 332 dan 334 sahaja! Tiba - tiba dia berlanggar dengan seorang pelajar.
"Maaf..."
"Maaf , kau..". Belum sempat Boboiboy berkata, pelajar itu berkata, " Aku Khai! Bilik aku pun sama macam kau.. Bilik 333.. Dari tadi kau asyik sebut je. Tetapi ,bilik 333 tu tak wujud. Bilik 333 tu diganti dengan nombor bilik 3 M "
"Ooo... Aik? Kenapa bilik itu diganti dengan nombor lain?"
"Entah... Senior kata 333 tu simbol kematian. Kau kan sama bilik ngan aku kan? Ha, jom! Ke bilik 3 M!"
"Royyyy.." Tiba - tiba ada satu robot berwarna merah ni keluar dari beg Khai. Boboiboy terlopong lima saat.
"Oh.. Ini robot aku, Aroy!" kata Khai. Aroy kelihatan gembira ke sana ke sini.
"Oh.. Aku pun ada robot , ini Ochobot..." Boboiboy memperkenalan Ochobot. Ochobot hanya menunjukkan gaya 'peace'✌
"Ha, dah sampai pun!"
Boboiboy terdiam lima saat. Sesuatu hakikat sukar diterima.. Adakah ini bilik 3M?
...
Pintunya berwarna merah darah. Pintu bilik yang lain semuanya berwarna hijau muda. Pelik. Khai relax sahaja buka pintu.
Di dalam bilik , hmm.. biasa sahaja. Ada disediakan katil dua tingkat. Bilik mandi di hujung. Warna dinding itu berwarna biru pastel. Apa nak kata? Boleh tahan cantik juga, detik Boboiboy dalam hati.
Ada sebuah beg berwarna kelabu gelap di dalam almari yang terbuka. Lampu bilik aur pun terpasang. Mesti penghuninya tengah mandi.
"Wah ! " Tiba - tiba , seorang remaja lelaki memakai tuskedo merah lip lap menyerbu masuk. Kucingnya masuk dan memandang Boboiboy dari atas ke bawah.. Macam kucing ejen pula. Remaja itu tetiba duduk di tingkat katil paking bawah dan melompat - lompat keriangan.
Khai memandang remaja itu dengan lama. Hmmm.. dia macam kenal je remaja itu.
"Ali!"
"Eh? Eh ? Eh ? Khai!"
Comot , Ochobot dan Aroy hanya memandang sahaja. Best juga layan drama - drama pagi hari ini.
"Khai? Ali? Eh , korang saling berkenalan ,ya? " Tanya Boboiboy. Tiba - tiba , kedengaran suara perempuan menjerit.
"Aaaaaa!"
"Rudy?!" Ali dan Khai berkata serentak. Boboiboy pula blur semacam. Kelihatan Rudy sehelai sepinggang dengan kain tualanya.
"Pandanglah tempat lain! Aku nak pakai baju ni!"
"Meoww.." Comot berlari ke arah tuannya manakala Ochobot dan Arot hanya memandang ke belakang. Tak sanggup lihat kemaksiatan Rudy tu..
"Sorry.."
...
11:00 malam...
Ali hanya memandang Rudy , garang. Rudy turut menjeling Ali. Hanya Khai dan Boboiboy menggeleng melihat telatah mereka berdua.
Sejak Rudy termakan nasi goreng Ali dan Alicia , ex - Rudy menyukai Ali... Mereka sering bermusuhan. Haih...
"Korang apa main tenung - tenung tengah malam ni? Dari waktu orientasi lagi korang asyik main jeling - jeling macam nak makan orang. Dahlah, aku nak tidur!" Khai menarik selimut. Aroy, Comot dan Ochobot sudah merehatkan diri. Boboiboy yang duduk di tingkat atas itu merenung Ali dan Rudy.
"Yalah, aku nak berbaiklah! " kata Ali. Khai terus terbangun dan berkata , "Adakah telinga aku tersumbat? Atau aku tengah bermimpi?"
"Banyaklah kau punya mimpi! Meh, aku cubit kau!" Boboiboy menjenguk Khai yang berada di bawah . Khai tersengih sebelum berkata , "Kau belum nak cubit aku, kau dah jatuh dah"
Boboiboy mencebik. Hmph! Ya yalah tu.
"Aku pun nak minta maaf" kata Rudy. Dia dan Ali bersalaman. Boboiboy dan Khai menjadi saksi di atas perdamaian itu.
"Yay! Ada orang berdamai!"
"Semoga kekal dan abadi!"
"Hei! " Ali cuba mendapatkan Khai . Rudy yang malas mahu melayan , menarik selimut dan memerhati pergaduhan itu.
"Tidur!" Suara warden asrama kedengaran. Boboiboy hanya tersengih melihat Ali dan Khai tergopoh gapah ke katil. Mereka mulai melayan alam mimpi..
✌✌✌
Kita lek lu .. Nanti part seram akan datang... Nanti kalau Nooroo ada idea , Nooroo buat malam ni atau esok.. Roger and out, guys!Got a split before I change back
Nooroo and bug out!
YOU ARE READING
Bilik Paling Berhantu
Terror*BOBOIBOY & EJEN ALI* Boboiboy ditempatkan di Asrama Pulau Rintis.. Dah nama pun Asrama , mesti dapat jumpa kawan apa semua.. Tetapi mampukah anda hidup di bilik asrama berhantu? Sungguh tidak disangka, Boboiboy ditempatkan di bilik yang di mat...