Bab 2 : Gangguan jam 3 pagi

620 54 42
                                    

3:00 pagi....

   Boboiboy masih tidak mampu memejamkan mata.. Baring ke kanan , rasa sejuk di belakang. Baring ke kiri , rasa sejuk di belakang juga.. Akhirnya dia duduk sahaja...

   "Tok ! Tok ! Tok!"

   Boboiboy memandang ke arah pintu di sebelah katilnya.. Eh, jangan kata warden asrama saja ketuk - ketuk pintu pagi ni?

  "Tok ! Tok ! Tok! "

   Mama... Boboiboy memandang ke arah Ali dan Rudy yang nyenyak tidur. Khai juga dah tidur.. Takkanlah nak buka pintu sorang - sorang..

  "Tok.. Tok... Tok..."

  Boboiboy cuba menutup telinganya dengan bantal.. Dah lah dia lupa nak bawa selimut dari rumah... Kalau pimjam dengan Rudy, nanti Rudy mengamuk macam Goridzilla !

   "Buka pintu..."

   Suara perempuan menangis teresak esak berada di luar.. Boboiboy hanya mampu pejam mata.. Tak hiraukan walau dia meremang bulu roma..

  "Buka pintu..."

  Kali ini suara lelaki garau di luar... Rasa macam suara itu dekat di telinganya menyebabkan Boboiboy tak nak buka mata walau seinci pun!

"Dush! Dush ! Dush!"

  Bunyi katil seperti ditendang menyebabkan katil dua tingkat yang dikongsi Khai dan Boboiboy bergoyang sedikit..

Boboiboy terbuka matanya seinci...

Kelihatan perempuan yang merangkak ... Rambutnya panjang menggoncangkan katil tersebut..Dan ketika itu mata Boboiboy dan hantu tersebut bertembung... Hantu itu tersenyum penuh darah ke arah dia.. Ya Allah , hantu tu mata tiga!

P/s : Author dah takut sangat ni. Jangan ingat korang je takut.. Ni pun tengah tulis kat ruang tamu , sebelah sepupu yang tengah lipat baju .

    Boboiboy menutup matanya kembali.. Semoga hantu tu jauh! Jauh sangat! Telinga Boboiboy terasa bagai angin membisik... Bila Boboiboy membuka mata sedikit ada kepala yang berada di tepi Boboiboy.. Matanya terkeluar dan urat leher - lehernya berterabur!

    "Atok!!!!" Boboiboy terjatuh dari katil 2 tingkat itu.. Nasib ada bantal bantal kat bawah sebab sebelum tidur,  Rudy dan Ali main baling - baling bantal...

    "Kenapa nak lari?"  Kepala anak patung itu terbang ke arahnya.. Yalah , mana mungkin berjalan pula... Eh, melawak pula... Mata - mata yang sudah terkeluar itu bergolek ke arah kaki Boboiboy menyebabkan Boboiboy berundur ke belakang...

    "Grr..r.." Boboiboy terasa mahu menjawab . Entah kenapa dia rasa suara itu tersekat di halkumnya.. Bila dia dekat dengan tingkap, banyak penanggal yang mengetuk tingkap mengguna lidahnya...

    Boboiboy sudah mengalirkan air mata , ketakutan... Bila dia ingin menjauhkan diri dari tingkap itu, kepala anak patung itu mula menyergah.. Tak cukup lagi, banyak sepasang  kaki - kaki terputus mula mengejarnya.. Anehnya , Khai , Ali dan Rudy masih tidur nyenyak pada waktu itu..

   "Ayuh mati... Bunuh diri... Agar kita ... Bertemu lagi.." Anak patung itu mula menyanyi ... Aduh, suara sumbang.. Ada hati nak menyanyi!

   Tanpa disangka, ada tangan - tangan terputus membawa dia ke dalam bilik air.. Lampu bilik air itu juga mula macam rosak.. Cerah.. Gelap... Cerah .. Gelap...

  "Lepaskan aku!" Tangisan Boboiboy makin berleluasa apabila  kepala patung hantu itu melompat - lompat di atas badannya.. ( Kalau Author , Author dah pengsan dah)

   Saat dibawa masuk ke dalam bilik air , dilihat hantu yang berambut putih... Bibirnya berdarah... Matanya juga berwarna merah darah.. Tersenyum seram ke arah Boboiboy...

  Saat itu , semuanya gelap dan terpadam...

...

   "Boboiboy..."

   "Boboiboy..."

  
   "Jangan ganggu aku!" Boboiboy berteriak ! Sesungguhnya dia perlu lari dari alam panaromal ini!

  Bila dia membuka mata , kelihatan Cikgu Bidin , Cikgu Papa Zola , Khai , Ali dan Rudy ( Rudy tengah makan lolipop😐) . Ali sudah nampak gelisah semacam, macamlah Boboiboy tu dah nazak...

  "Boboiboy! Skang dah pukul 6:30 pagi! Kenapa kau tidur depan tangki ni? " kata Khai.. Tangki? Boboiboy memerhati sekeliling. Ya , dia memang berada di depan tangki...

  "Risau aku... Ingat kau dah apa - apa" lagak Ali seperti pesakit lemah jantung! Sememangnya Ali seorang yang mudah gelabah!😂

  Ketika itu , Boboiboy terlihat sesuatu yang tidak dijangka... Ada perempuan yang sama dia tengok di bilik air tadi , di belakang Rudy... Memandangnya tajam , penuh dendam ..

  "Khai... Aku takut..." Boboiboy memeluk Khai.. Khai dan Rudy cuba menenangkan Boboiboy.. Sesungguhnya dia memang takut semacam!
   











😂😂😂
Well ,well , Author pun dah takut sangat sampai nak kencing pun Author tahan.. Biasalah.. Takut kan.. Nantikan chapter dan hantu seterusnya.. 👻.. Jangan sampai chapter seterusnya buat Author dan Readers terkencing dalam seluar😫

Bilik Paling BerhantuWhere stories live. Discover now