Bab 1

98 7 6
                                    

"Yahooo!" Jerit Afiya atau dikenali sebagai Iya. Aku yang baru keluar dari kelas ditegur oleh Isya dan Hajjar

"Woi, kau ni dah kenapa terjerit macam orang kana rasuk" kata Hajjar dengan bengangnya

"Betul tu" kata isya menyokong kata-kata Hajjar. Diaorang ni mulut memang tak tau perasaan orang ke? Main cakap lepas je, sakit tau.

"Suka aku lah mulut aku" kataku pula sambil menjelir lidah kepada mereka

"Kau ni kanapa aku tengok macam suka je?" Kata Isya "Mestilah suka siapa je tak suka? dh habis sem kot, tu maknanya bole rehat puas-puas pastu lepak" kataku dengan bangganya

"Whatever" kata mereka serentak. Eh diaorang ni tadi tanya lepastu tak kesah pulak, member jenis apakah?

Aku menuntut ilmu di sebuah University di Korea,yah itu adalah salah satu impian aku. Semasa aku menuntut ilmu disini aku dapat kawan dari Malaysia iaitu Batrisya atau Isya dan Hajjar mereka juga hausemate aku. Diaorang yang ada dengan aku masa susah dan senang. Putra Danial salah satu kawan lelaki aku kat sini sebab dia orang Malaysia, tapi aku pon ada crush kat dia.

-----------------------------------------------------------
Aku yang baru sahaja melangkah keluar bersama dengan Isya dan Hajjar mendengar ada yang memanggil namaku "yes, ouh Danial kenapa?" Dh kenapa pulak crush sorang ni tetiba je

"Sorry ganggu korang tapi Fiya bole tak kalau esok awak temankan saya" what biar betol dia ni, mimpi kah?

"Erm tengoklh nanti macam mna sebab aku dh janji dengan Isya dan Hajjar nk keluar" aku pandang mereka berdua dh buat muka yang mengatakan 'what? Bila masa' maaf geng TERpaksa

"Ouh kalau macam tu nanti apa-apa saya message awaklh" kata Danial menarik perhatian aku dari memandang mereka berdua

"Ok, ada lagi ke nak cakap apa-apa sebab aku dah nk balik ni"
"Tak ada dh, kalau macamtu saya pergi dululh, bye"

"Bye Putra" kata Isya dan Hajjar serentak, eheh diaorang ni aku tak cakap apa pon melebih pulak eh aku ni pon nak melebih kenapa

"Jealous lh tu" kata Hajjar dengan selamba "kau merepek apa haa buat apa aku nak cemburu" malas hendak melayan aku terus berjalan meninggalkn mereka berdua

---------------------------------------------------------
Apa khabar keluarga aku kat Malaysia sana tu agaknya, sihat kah diaorang,rindu tak kat aku

"Hoi" sergah Hajjar membuatkan aku tersedar dari lamunan

"Ish ko ni apahal, main terjah je masuk bilik orang dah kenapa?"
"Hehe sorry lh, tak adalah sebenarnya aku nak tanya kau ni kau tak ada niat ke nak balik Malaysia?"

"Adalah juga tapi tulah nak kumpul duit, kenapa kau tanya?" Dah kenapa kawan aku ni tetiba je tanya soalan pelik ni
"Sebenarnya, aku nak balik Malaysia"

"Lah balik jelh, aku ok je. Kau balik dengan Isya ke?" Ouh ye Isya dengan Hajjar ni sebenarnya dh berkawan dari kecil lagi sampailh sekarang, boleh dikatakan rapat macam adik beradik jugalah

"Haah, erm tak pelah nanti kitaorang fikir balik. Ni amacam dengan 'temu janji' kau tu?" Kata Hajjar sambil tersengeh-sengeh

"Yang kau sebok ni pahal? Entah lah aku nak terima ke tak ajakan dia tu, sebab aku rasa ragu-ragu" entah lah tapi aku rasa macam tak selesa juga kalau dengan dia lagipon biasanya bila dia ajak jumpa pon mesti ada Hajjar atau Isya

"Dia tak message kau lagi ke? Suka kau lah kalau nak pergi ke tidak, tapi kalau kau ragu-ragu better tak payah lah. Sudah lah cakap dengan kau ni sampai lupa aku nak masak" Dekat sini memang kitaorang gilir-gilir buat kerja rumah jadi adil lah tak ada yang curi tulang

"Ok, masak bagi sedap tau" aku pandang Hajjar yang sudah keluar dari bilik aku

Tiba-tiba hand phone aku bergetar menandakan ada message yang masuk

Danial
Hi Fiya, macam mana awak boleh kan temankan saya keluar esok

Adoi mamat ni tak menyabar betul dah lah aku tengah serabutni, nak balas ke tak? Nak pergi ke tak? Adoi serabutnya

You
Sorry sangat-sangat Danial aku nak temankan kau tapi aku dah janji dengan Fiya n Hajjar nak keluar sorry ehh
Alah tipu sunat tak salahkan

Danial
Ok lah takpa saya ok

You
Ok, sekali lagi aku minta maaf eh

Aku ni jenis bukanlh suka biadap dengan orang sebab bila bercakap 'aku kau' tapi dah terbiasa kot dan dia lelaki yah walaupun aku ada crush dekat dia tetap aku tak suka dengan lelaki tapi aku pon bukan les

Agaknya Hajjar dah siap masak ke belum ahh? Aku dah lapar tahap gaban ni. Aku membuat keputusan untuk turun kebawah sebab nak tengok makanan dah siap atau belum

"Haa Fiya dah turun pon baru Isya nak pergi panggil tadi, makanan dah siap jom makan sama" ye Isya ni memang lembut orangnya bukan tuje murah hati lagi, siapa yang dapat dia memang lelaki yang beruntung lah

"Ouh terima kasih lah tadi memang aku nak turun dah pon yelah lapar sangat sampai cacing pita ni pon dah nak mati" loyar buruk aku Fiya dah tersenyum-senyum Hajjar dah naik menyampah dah

"Ish kau ni memang makan je kan kerja tapi tak gemuk-gemuk" haa sudah ada mak nenek pulak dah
"Suka aku lah lagipon makan kan untuk hidup kalau kau tak makan macam mana nak hidup?" Betul kan

"Sudah lah tak baik bergaduh depan rezeki, jom lah makan Isya pon dah lapar" dia lah penyelamat keadaan.
Isya mengetuai bacaan doa untuk memulakan makan

Keadaan sunyi yang terdengar hanyalah bunyi sudu tapi tak lama selepas itu, Hajjar memulakan perbualan "Wei,amacam kau gi ke temankan Putra tu?"
Dia ni kan masa macam ni lah nk tanya dasar 'busybody'

"Tak" jawabku singkat malas nak cakap pasal ni. Keadaan menjadi sunyi kembali, seperti mereka faham yang aku tiada mood

"Apa kata kalau esok kita keluar pergi shopping " kata Isya dengan teruja. Boleh juga tu lagipun dah lama tak spend time dengan dorang yelah ada orang tu nak balik Malaysia tinggalkn kite corang-corang

"Boleh juga" kataku dengan Hajjar serentak. Dengan tiba-tiba suasana menjadi sunyi tapi tidak lama kami bertiga sama-sama ketawa, entah apa yang kelakar pon tak tau

"Ok esok kita keluar, set ehh" kata Isya lagi



Author note ;

Hai korang, ni adalah novel pertama yg saya buat, maafkn saya klau tertypo,korang tk faham atau apa pon sbb ini adalh karya pertama saya dan saya harap korang suka lh😄💖
Jangan lupa vote n comment.

Kaulah TakdirkuWhere stories live. Discover now