Kami menyambung semula perjalanan. Sedang aku berjalan, aku melihat kelibat seseorang yang amat aku kenali. Dia bersama dengan seorang wanita. Pakaian dia macam tak cukup kain, make up tebal 10 inci aku rasa.
"Wei, tu bukan Putra ke?" Tanya Hajjar kepadaku. Aku hanya mengangguk mengiyakan.
"Korang jom buat surprise" ouh ko nak keluar dengan aku ehh, dasar buaya darat semua perempuan kau nak. Kita tengok apa reaksi kau bila kau tengok aku nanti."Surprise?" tanya mereka berdua dengan muka penuh tanda tanya.
Aku tarik mereka berdua untuk pergi lebih dekat dengan Danial. Pegang tangan nampak, dah tak tahu halal haram dah ke?
Sampai sahaja di hadapan mereka dia terus memandangku dan cepat-cepat menarik tanganya dari genggaman tangan wanita itu."Memang patut pon aku tak temankan kau, tengoklah sekarang senang je kau cari pengganti"
Aku terus berpaling untuk pergi dari situ tapi tangan aku ditarik oleh Danial. Aku pantang orang pegang tangan aku tanpa ikatan yang sah.
Aku merentap tanganku dari genggamannya"Siapa kau untuk sentuh aku?" Tanyaku dengan kesal
"Ermm I'm so sorry" Pergi mampus Sana dengan maaf kau "Siapa dia ni?"
Kata wanita yang bersama dengan Danial tadi. Lah boleh cakap melayu ke? Patutlah muka orang melayu,tapi kasihan tak ada adab.Malas hendak panjangkan masalah aku terus memberi isyarat mata kepada Isya dan Hajjar untuk beredar. Aku terus berjalan dan mengendahkan panggilan daripada Danial
Penat sehari berjalan. Kami memutuskan untuk pulang ke rumah. Penat seharian tak terasa kerana mengingatkan tentang keluargaku.
Sedang kami berbual dan bergelak ketawa tiba-tiba telefon ku berdering menandakan panggilan masuk.
Aku melihat nama pemaggil 'Ummi' senyuman tak lekang dari bibir.
Aku mengangkat panggilan tersebut"Assalamualaikum Ummi" sapaku "Waalaikumussalam" jawab ummi di dalam talian. Hairan kenapa tiba-tiba sahaja Ummi menelefonku
"Fiya dah cuti sem kan?" Tanya Ummi "Haah, dh mula dari semalam dh. Kenapa Ummi tanya ni?" Soalku semula
"Keluarga kita nak buat majlis pertunangan" siapa pulak yang nak tunang ni? "Siapa nak tunang Ummi?" Soalku lagi kepada Ummi"Hish kamuni banyak tanya betullah, siapa lagi kalau bukan kakak kamu tu haa" maaflah Ummi kite ni memang banyak tanya, ikut sapalah agaknya.
Wahh kakak aku dah nak khawin lh, agaknya dengan siapa haa? Hensem tak? Boleh bimbing kakak aku ke tak?
"Fiya!!" Terus lamunanku terhenti"Haaa ye ummi" "kamu dengar tak apa yang Ummi cakap ni?"
"Apa?" Haa tulah kau, orang cakap tak nak dengar"Minggu depan dah majlis kamu tu jangan lupa balik. Cuti lama kan. Dah lah cakap dengan kamu ni sampai terlupa Ummi nak masak" wahh Ummi masak rindunya masakan Ummi
"Ouh k, In sya Allah Fiya balik nanti. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab Ummi menutup panggilan.Lamunanku terhenti. Kedengaran bunyi orang mengetuk pintu bilikku.
"Masuk lah pintu tak kunci" laungku dari dalamHajjar masuk ke dalam bilikku. Lah dia ke? Tau pon adab nak ketuk pintu bukan main terjah je.
"Kenapa?" Tanyaku kepadanya "Tak adalh aku cuma nak bagitau kau yang lusa ni aku ngan Isya nak flight dah" ouh pasal tu ke?
"Aku pon nak balik juga" kataku. "Kenapa pulak? Ouh kau takut ehh?" Banyak pulak songeh dia ni
"Asal aku tak boleh ke nak balik? Aku takut oh please ahh tak de masa, klau aku takut yang korang balik tinggal aku sorang-sorang tu apa?" Kan aku dah bebel padan muka hang
"Alah kau ni, kenapa kau tiba-tiba pulak nak balik? Ada apa-apa ke?"
"Actually kakak aku nak tunang, kau ingat kan masa kt pusat beli-belah ada orang telefon aku?" Dia hanya mengagguk tanda ya "Ummi aku yang telefon dia bagitau"
"Ummi Aina ke?" Yelah, aku kan ada satu ummi je. Hajjar dengan Isya panggil ummi juga sebab diaorang dah pernah jumpa dengan ummi dan ummi pon sayangkan diaorang macam anak sendiri.
Aku hanya membalas pertanyaan nya dengan menggangguk.
"Jadi flight kau bila?" Tanya Hajjar lagi " lusa juga tapi aku pergi malam"
Yahh aku malas nak gerak pagi sebab kena bangun awal sekurang-kurangnya kalau gerak malam aku mesti tidur."Ouh ok lh kalau macam tu, aku nak sambung packing barang. Kalau kau dah sampai jangan lupa roger-roger tau haa ngan kirim salam kat ummi"
"Erm ok" aku hanya melihat kelibatnya yang sudah keluar dari bilikku. Aku pon nak packing lah.
------------------------------------------------------
Harini adalah hari dimana aku akan balik ke Malaysia. Aku menolong Isya dan Hajjar untuk meletakkan barang-barang di dalam kereta. Flight diaorang dua jam lagi. Jarak dari rumah sewa kitaorang untuk ke Incheon Airport tak ada lah jauh mana.
"Ada apa-apa lagi ke? Semua dah?" Tanya ku kepada mereka
"Dah tak ada, terima kasih tau wei sebab nak tolong n sanggup bangun awal" kata Hajjar. Aku memang bangun awal pon harini, entah kenapa tapi tetiba mood harini ceria je. Rasanya aku excited kot sebab kakak aku dah nak tunang."Ok lah kitaorang dah nak gerak dah pon ni, kau nanti kalau dah sampai jangan lupa bagitau tau"
Kami bertiga berpelukan sebelum mereka berangkat. Aku meregangkan pelukan antara kami bertiga dan menghantar kelibat mereka sampai di hadapan rumah. Aku membalas lambaian mereka. Aku sayang korang.
Aku masuk semula ke dalam rumah untuk mengemas barang-barang yang belum aku packing.
Telah masuknya waktu solat Zuhur jadi aku memutuskan untuk solat dahulu. Setelah menunaikan solat aku rasa mengantuk pula, aku baring di atas sejadah dan masih memakai telekung. Aku terlelap
Aku bergegas untuk pergi ke airport. Tulh kau Fiya nak tidur sangat kan.
Sedang aku berjalan aku terlanggar lenggan kiri seseorang"Joesonhabnida" kata ku lalu ingin membantunya. Kenapa lah bila masa aku tengah emergency juga aku langgar orang.
"Nah it's ok" katanya. Fuhhh nasib baik tak kerek. Dia menunduk membuatkan aku susah untuk melihat wajahnya. Aku hanya melihat pakaiannya
"Ouh, I'm really sorry sir. I've got to go sorry" aku terus bergegas. Aku melangkah ke kaunter E.
Masuk sahaja dalam kapal terbang aku terus mencari tempat duduk ku. Jumpa pon. Aku duduk di tengah-tengah baru je nak duduk tepi dah ada orang cop pulak.
Aku melihat orang di sebelah kiri aku seorang mak cik. Aku memberi senyuman kepadanya. Aku melihat pula orang yang duduk di sebelah kanan. Wait, baju dia sama macam orang yang aku langgar. Aku melihat ke arah wajahnya
What!!
Author note❤
Siapa agaknya orang tu. Korang jangan skip² baca klau tak korang tk fham.
Sorry panjang sangat
Keep vote n comments❤

YOU ARE READING
Kaulah Takdirku
RandomNur Syafiqah Afina dan Nur Syafiqah Afiya dua adik beradik kembar yang mempunyai banyak perbezaan. Berlaku satu insiden kepada Fiya semasa dia sedang berada di sebuah pusat beli-belah, dia terlanggar seorang lelaki. Siapakah dia? Afina dikehendaki...