Bab 8

13 0 0
                                    

Aku merebahkan diriku di atas katil bersaiz queen.Penat. Sampai sahaja ke rumah selepas menemani Ummi mencari bahan dapur,aku terus naik ke atas.

Serabut. Satu kata yang menggambarkan situasi aku sekarang. Bila ingat balik kejadian aku dengan mamat kerek tu,secara automatik aku berasa serabut.

Entah kenapa aku boleh berasa serabut sebegini. Tadi semasa aku dan Ummi ingin pulang, aku terserempak semula dengan mamat tu di tempat parking kereta.

Masa tu juga aku terperasankan yang dia mula masuk ke dalam satu kereta dan dalam tu ada seorang perempuan.

Aku tak tahu kenapa dengan diri aku sendiri, nak kata suka tak sebab bila jumpa je mesti gaduh. Nak kata cemburu, pasai pa pulak aku nak cemburu? Duh,masalahni.

Makin serabut aku dibuatnya. Aku mula melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Aku yang baru sahaja ingin melangkah,tergendala akibat ketukan pintu pada bilikku.
"Masuklah,pintu tak kunci" arahku

Masuk sahaja ke dalam rupanya Nana kembarku. Pelik bin ajaib, tadi pagi marah sampai tak mau makan, sekarang ni masuk bilik orang senyum-senyum pulak. Gila kah?.

Dia duduk di sebelahku. Aku membalas senyumanya. "Erm Yaya taukan esok sepatutnya Nana kena pergi fitting baju pengantin untuk Nana?" Aku hanya mengangguk sebagai balasan. Ummi ada bagitau tadi esok temankan Nana pergi tengok baju pengantin diaorang. Aku bersetuju lagipun aku hanya mengikut dan menemaninya sahaja.

Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu,aku hanya menanti apa yang hendak dia katakan. Agak lama selepas itu, barulah dia memberitahu hasratnya. "Actually besok Nana kena ambil photoshoot untuk satu jenama. Jadi, boleh tak kalau Yaya je yang pergi?" Rayunya

Aku berasa pelik dengannya,tadi pagi marah sekarang minta tolong,dah kenapa?. Apa pulak urusan aku dengan majlis khawin diaorang, yang khawin dia boleh pulak suruh orang lain yang tengokkan baju khawin dia. Taste dia bukan sama dengan aku,nanti kang kalau tak cantik mahunya aku yang dipelengkung Ummi.

"Mana boleh, kan Nana yang nak khawin nanti kang kalau tak cantik marah pulak. Lagipun photoshoot tu kan boleh tangguhkan" terangku

"Tak boleh lah Yaya,sebab dia dah bayar Nana dah nanti apa pulak dia cakap pasal Nana" jawabnya. Aku rasa macam ada yang tak kena lah dengan kembarku sorang ini.

"Nana kena tahu,yang nak khawin Nana jadi baju tu nanti Nana yang nak pakai bukan Yaya.Kalau tak muat ke tak cantik mana Yaya nak tau,lagipun selera kita mana sama" terangku panjang lebar.

"Alah tapi ni ergent masalahnya. Pasal saiz pulak beza Nana dengan Yaya pon lebih kurang je. Kalau Nana tak suka pon baju tu nanti Nana pakai juga sebab Nana yang suruh Yaya kan?". Jawabnya seperti tidak mahu mengalah.

Aduh, macam mana ni? Kang kalau Ummi tau mau pengsan aku di bebelnya. Nak ke tak nak?.

"Erm yelah, tapi kalau tak suka atau apa sekalipun jangan salahkan Yaya eh?" Aku mengalah. "Ok promise" katanya dengan jari kelingking di suakan ke arahku. Aku menyambut tautan jarinya dan dengan sekejapan sahaja aku berada dalam pelukanya.

Aku merungkaikan pelukan. "Ok lh Yaya nak mandi pastu nak solat" kataku. Nana mula melangkah keluar dari bilikku aku hanya menghantarnya dengan ekoran mata sahaja.

Pelik aku dengan kembarku sorang ini,seperti ada yang dia cuba sembunyikan. Biarlah. Aku menyambung semula niat ku yang tertangguh tadi.

------------------------------------------------

Aku pergi ke butik seperti mana yang disuruh Ummi. "Nana betul ke tak nak tengok?,sekejap je" rayuku kepadanya. Nana yang menghantarku ke butik supaya tidak diketahui oleh Ummi.

"Tak boleh lh Yaya, Nana dah lambat ni". Erm apalah nasib,yang nak khawin dia tapi macam aku pulak yang khawin. Dari mencari barang  hantaran sehingga fitting baju aku yang menggantikannya.

Aku hanya menganguk sebagai balasan. Aku meminta izin kepadanya untuk keluar. Aku keluar dari perut kereta dan melihat sekeliling. Kedengaran hon dari dari arah belakangku.

"Nanti Nana ambil tau, jangan lupa telefon" pesannya sebelumnya kereta yang dibawanya memecut ke jalan raya. Aku melihat butik yang menempatkan baju perkhawinan Nana, "Bella's" nama butik yang terletak di atas kedai.

Baru aku ingin masuk, seorang keluar dari dalam butik itu dan menyebabkan aku yang ingin masuk ke dalam terlanggar pintu.

Akibat tolakan pada pintu aku terjatuh di hadapan pintu butik tersebut. Persis nangka busuk aku jatuh. Sakit punggung aku.

"Sorry miss" kata seseorang sambil menghulurkan tangannya. Senang je kau minta maaf, punggung aku ni rasa macam dah senget tau.

Tanpa menyambut hulurannya, aku terus bangun. Heh,ingat senang-senang je aku nak maafkan. Sambil bangun aku mengebas seluar pallazo yang aku kenakan.

Aku melihat ke arah orang itu. Saat itu aku merasakan batu besar menghempap kepalaku, kenapa lah kat mana je aku ada mesti ada mamat kerek sekor ni.

Tanpa mempedulikannya aku terus masuk ke dalam butik. Bahu kanannya aku langgar sedikit. "Rude" katanya dengan perlahan. Eleh ingat orang tak dengar ke?

"Pardon?" Suruhku. Aku ada telinga lah tak pekak lagi.

"Memang pon kau tu biadap,kenapa? Sebab orang nak tolong berlagak, lepastu nak langgar orang macam aku yang salah. Haa dah lah berlagak lepastu pekak" katanya dan terus berlalu pergi.

Ei lah mamat ni, bila jumpa je habis hangin satu badan aku ni. Mau je aku tampar muka dia, suka-suka je kata orang pekak. Tengoklah harini hari kau tapi lain kali no more.

----------------------------------------

Ei kenapalah dekat mana je aku ada mamat kurang berpendidikan tu nak ada, menyampah tau tak.

"Hei,miss" sapa seseorang. Aku berpaling. Ouh Kak Nabilla rupanya,dialah owner butik ni.

"Ni baju khawin kamu" katanya sambil menunjukkan sehelai gaun putih yang agak kembang tapi masih menutup semua aurat. Cantik.

"Haa termenung apa lagi tu,cubalah" arahnya. Tapi tadi dia cakap baju khawin aku? Eih salah faham ni.

"Kak, sebenarnya bu.." Kataku dipintas olehnya. "Belum cuba belum tau,kan? Sekarang masuk bilik tu nanti ada sorang yang tolong kamu ok?" Katanya dengan menunding satu bilik yang ada di hujung.

Aku melihat pantulan diriku di hadapan cermin. Cantik. Kembang di bahagian bawahnya yang penting masih menutup aurat.

"So,ada apa-apa lagi ke nak tambah? Kakak tengok kan bahagian pinggang ni macam besar je nak kecilkan tak?"
Pantas sahaja aku menggeleng.

Besar apanya dah ketat dah ni aku rasa. "Tak apalah dah okay dah ni" kataku kepada Kak Bella

Author note

Erm hai, rasanya dh bole agak kan tarikh kawin dah nak dekat jadi tunggu tau.

.

Zulanda

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kaulah TakdirkuWhere stories live. Discover now