Aku turun ke bawah untuk mencari Ummi. Sampai sahaja di dapur aku terlihat kelibat Ummi yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon.
Aku menghampiri Ummi. "Siapa tu? Ayah baru ke?" Membulat mata nya memandang aku. "Ish kamuni Yaya pandai-pandai je. Kamu tau kan perempuan ada satu kuota je. Ni haa besan kita telefon" erm ingatkan tadi Ummi nk khawin lagi.
Alang-alang Ummi cakap pasal besan ni baik aku tanya pasal pertunangan kembar aku tu.
"Ummi betulke yang pertunangan ni bukan atas dasar cinta tapi keluarga?" Riak wajah Ummi sudah bertukar
"Ye, lagipun kamu tau kan kembar kamu tu macam mana? Suka berfoya dengan dunia Ummi tak nak dia tersalah bergaul jadi Ummi cadangkan nak khawinkan dia dengan anak kawan Ummi. Kalau dia dah jadi isteri orang nanti, mesti laki dia jaga dia" jelas Ummi kepadaku.
Betul juga apa kata Ummi tu kembarku ini sudah lama tersasar dari jalan Allah. Aku berdoa agar 'dia' dapat mengubah kembarku ke jalan yang benar nanti.
Nana telah banyak berubah setelah kejadian tiga tahun lalu, hari di mana dia dimalukan di depan orang ramai. Dia berubah menjadi seorang yang suka berfoya dengan dunia dan selalu keluar bersama lelaki. Ummi dan Abah sering menasihatinya,dia mula untuk tidak keluar malam bersama lelaki lagi. Sekarang,dia hanya berfoya menghabiskan duit.
Ya Allah, kau tunjuklah jalan yang benar kepada kembarku.Aku meminta diri untuk ke kamar. Siapa agaknya lelaki yang akan menjadi abang ipar aku nanti. Tak kesahlah siapa dia,yang penting dia dapat tunjukkan jalan yang benar buat Nana. Apa khabar mamat kerek tu ah? Dia tinggal mana? Kenapa dia datang sini? Ish apani Fiya fikir fasal mamat kerek tu pulak
"Kau dah kenapa Yaya tergeleng-geleng? Gila?" Abang Riq masuk ke kamarku. Terperanjat aku. Gila?
"Ish semua laki sama je kan suka kata orang gila? Habis dia yang ngata orang gila tu tak gila lah?" Benggangku.
Pelik pulak aku kenapa orang cakap aku gila, kalau aku gila mesti sekarang aku dekat tanjung rambutan tu haa
"Alah kau ni tu pon nak marah" dia terus meluku kepala aku. Habis serabut rambut aku dia buat.
"Kau dah kenapa abang masuk bilik aku ni?" Yelah tiba-tiba je masuk bilik orang pastu cakap aku gila."Aku nak tanya kau ni, macam mana nak dekat dengan perempuan ahh? sebab apa yang aku tau tak semua perempuan suka lelaki dekat dengan dia katanya rimas" wuis abang aku dah kenapa ni? Mabuk cinta kah
"Dah kenapa kau tanya? Dah ada calon ke?" Dia tersengih menampakkan garisan giginya. Sengih-sengih macam kerang busuk dah aku tengok.
"Kebanyakan perempuan dia memang tak suka lelaki dekat dengan dia sebab bagi dia perkara tu akan menimbulkan dosa. Kalau perempuan jenis macam ni yang kau nak, kau mesti jadi diri ko sendiri dan jadi laki yang gentle. Kalau kau dah betul-betul suka dekat dia tunjukkan yang kau tak main-main dengan dia.Contohnya, masuk meminang dia" hujahku sebagai seorang perempuan
"Erm betul juga tu. Terima kasih Yaya sayang" katanya dan berlalu pergi dari bilikku.
Ceh sayang aku konon.Tak terasa yang aku dah dekat sini selama seminggu. Lusa dah hari pertunangan kembar aku, Ya Allah kau permudahkan lah segala urusan kami.
Keadaan rumah kami sangat meriah, ramai orang yang membantu kami untuk majlis ini.
Aku melangkah masuk ke bilik kembarku. Dia kelihatan murung.
"Nana kenapa ni?" Soalan ku membuat kan dia sedar dari lamunanya.
Dia menangis. "Yaya kenapa semua orang tak pernah nak faham perasaan Nana? Nana tak nak" dia terlihat esak-esak. Aku terus memeluknya untuk menenagkannya.
"Kenapa cakap macamtu? Nana kena tau yang Ummi dan Abah buat semua ni untuk kebaikan Nana juga. Percaya lah yang pilihan keluarga adalah yang terbaik" kataku kepadanya.
"Kalau macam tu Yaya jelah yang khawin dan bertunang ye?" Dia kelihatan seperti merayu.
"Maafkan Yaya tapi" belum sempat aku menghabiskan ayat dia terus memotong percakapanku.
"Haa tengok Yaya pon tak nak kan? Kalau Yaya pon tak ingin Nana ni? Macam mana?" Aku diam.
Aku tak nak tengok dia terbeban dengan semua ni tapi aku pon tak boleh nak buat apa. Aku membaringkannya dan berlalu keluar dari biliknya.
Ya, aku kesian tengok keadaan Nana seperti itu, tapi aku pon tak boleh nak buat apa. Aku hanya mampu berdoa.
Harini adalah hari pertunangan kembar aku. Aku bangkit untuk membersihkan diri.
Setelah solat Subuh aku ke bilik kembarku. Aku masuk dan melihat keadaan biliknya yang berselerak seperti tak terurus. Aku menghampirinya lantas dia memelukku.
"Nana, kenapa ni?" Tanya ku lembut kepadanya "Nana tak nak semua ni, Nana belum sedia lagi" jawabnya dengan tangisan
"Mana boleh cakap macamtu, lagipon ni kan baru bertunang je belum khawin lagi. Tapi, kalau 'dia' dah jodoh Nana, jauh mana pon Nana lari tak guna sebab tu jodoh Nana" ujarku.
Sedikit sebanyak tangisannya mula reda"Dah tak mau nangis-nangis lagi, tak lawa lah. Kan dah nak jadi tunang orang" gurauku.
Bahagia dia adalah kebahagiaan kuAku turun ke bawah meninggalkan Nana untuk bersiap. Harini aku cuma mengenakan dress ala-ala jubah.
Sedang aku membetulkan pakaianku aku terlanggar seseorang. Aku memohon maaf. Mak cik itu hanya tersenyum dan berlalu pergi
Fiya kenapa kau ni? Suka betul langgar orang, nasib baik orang bukan kereta
Aku terkejut bila Mak Cik yang aku langgar tadi berdiri di hadapanku sambil menilik ku atas bawah
Kenapa pulak dah Mak Cik ni tengok aku macam tu 'pervert' ke? Atau nk ganti rugi sebab aku langgar dia tadi?
Dia memulakan perbualan. "Anak ni kan yang nak bertunang dengan anak Mak Cik?" Ucapnya penuh keterujaan.
Apa yang Mak cik teruja sangat ni?"Eh bukan saya tapi,kembar saya" jawabku. Ish susah betul ada kembar ni, nak bezakan pon susah. Ni nanti kalau dua-dua dah khawin laki tak tau nak beza susah ni.
"Ouh patutlah muka sama, lawa anak ni." Kata Mak cik tadi sambil memegang tanganku. Kenapa ni Mak cik oi? Menantu Mak cik kakak kembar saya, bukan saya lah
Aku senyum "eh tak de lah biasa je" ujarku rendah diri. Aku meminta diri untuk menolong Ummi di dapur. Aku menyalami tangan Mak cik tadi dan berlalu pergi.
Huh semangat.
Author note❤
Hi, mesti hambar kan? Tak pe lh mencuba kn. Tunggu next chep yah
.Zulanda❤

YOU ARE READING
Kaulah Takdirku
RandomNur Syafiqah Afina dan Nur Syafiqah Afiya dua adik beradik kembar yang mempunyai banyak perbezaan. Berlaku satu insiden kepada Fiya semasa dia sedang berada di sebuah pusat beli-belah, dia terlanggar seorang lelaki. Siapakah dia? Afina dikehendaki...