Sinar pagi yang masuk ke dalam bilik aku menyebabkan aku terjaga dari lena, fuh dah pukul 8 a.m lah gais nasib baik aku cuti harini.
Aku mula bangun dan berlalu untuk mengambil tuala untuk mandi, tapi terdapat satu nota kecil yang tertampal pada pintu tandas 'kitaorang pergi jogging dulu tau nak kejutkan Fiya tadi tapi tak sampai hati pulak, jangan lupa sarapan Isya dah siapkn' herm baiknya dia, kenapa perangai aku tak sama macam dia eh?
Biarlah lagipun kita yang ubah perangai kita sendiri kan.Aku turun ke bawah untuk sarapan. Wahh nasi goreng lah, rindu pulak masakan ummi mesti seronok kalau dapat makan ramai-ramai dengan keluarga
"Hoi" sergah Hajjar membuatkan aku tersedar dari lamunan "orang suruh makan bukan tengok je, kau tengok bukan boleh kenyang pon" ehh dia ni aku cili juga mulut tu kang. Hajjar kalau cakap memang main lepas sampai kadang-kadang dah tak tahan dengan perangai dia ni, pelik juga macam mana Isya boleh bertahan dengan perangai dia. Tapi percayalah kalau tak ada dia mesti sunyi yelah dia je yang selalu sakat kitaorang
Aku diam. "Aku suggest kita keluar pergi COEX Shopping Mall je lah" kata Hajjar lagi memberi cadangan
"Aku on je, jap aku makan dulu lepastu kita terus pergi jelh. Kita keluar awal boleh pergi cari bahan dapur sekali""Ok" kata Hajjar dan Isya serentak dan mereka pergi untuk bersiap.
Setelah kami bertiga siap, kami memutuskan untuk terus bertolak agar tidak membuang masa.
Banyak betul yang kitaorang cakapkan dalam kereta ni, dah lama rasanya tak keluar sama-sama ni. Akhirnya, sampai juga ke destinasi yang dituju. "Horeyyy! Sampai pon" jerit kami bertiga keriangan, nampak tak kat situ yang kitaorang ni ada chemistry
Masuk je dalam pusat beli-belah ni rambang mata aku, sebab banyaknya kedai dalam ni jadi kitaorang putuskan untuk pergi kedai barangan K-Pop. Korea memang terkenal dengan benda macam ni dan aku pon boleh lah dikatakan minat.
Keluar masuk keluar masuk kedai ni dah kedai yang ketiga kitaorang masuk, tapi aku kurang berminat dengan kedai ni yelah kedai pakaian kot, aku rasa almari aku pon dah nak roboh dah dengan baju aku tu lagipun aku tak nak lah membazir. Aku buat keputusan untuk tunggu di Restoran.
Tubuh kuregangkan sedikit dan aku bersandar pada sofa empuk yang bercorak Vintage floral. Mata aku menangkap dua orang rakanku bergerak ke sini, aik kejapnya tak beli apa-apa ke? "Kejapnya" tanyaku
"Mahal lah wei, dah lh aku nak balik Malaysia ni" kata Hajjar dan Isya hanya menganggung tanda menyokong
"Aku tau apa yang murah dan mengembirakan" kataku
"Haa apadia?" Tanya Hajjar lagi "Makan" jerit ku kerianganOrang sekeliling sudah memandang aku pelik.
"Jeosonghabnida (maaf)" kataku kepada orang yang memandangku. Aduh malunya aku.
"Ish Fiya ni, ape perangai childish sangat ni" kata Isya yang sudah terhambur tawanya. Ish suka gelak kan orang tau, tak mau kawan.
Aku muncung."Sudah lah, tak payah muncung dah macam mulut itik dah baik kita pergi makan" ok tu aku sokong. Makan is everything
"Jom" kataku penuh bersemangat, tapi tiba-tiba aku rasa nak membuang pulak. Huargg nak makan.
"Isya, tolong belikan makanan boleh tak? Aku sakit perut ni, nak pergi ladies jap" aduh, masa macam ni kau nak terkeluar oi lah.
"ouh boleh je, Fiya pergilah toilet dulu" Alhamdulillah ada juga manusia macam dia ni yang nak tolong kawan masa susah, ingatkan dah pupus.Tanpa berlengah masa aku terus keluar dari restoran dan mencari di mana ladies, sedang aku berjalan aku terlanggar seseorang
Aduhai ape kemalang sangat harini dah lah aku tak tahan, oppa mana pulak aku langgar ni
"Joesonghabnida" tercungap-cungap aku meminta maaf dalam dahasa Korea. Aku terus menolong mengutip semula barangnya yang jatuh akibat aku langgar.
"Jang-nim!" What dia kata aku buta. Dahlah aku tak tahan ni kau boleh pulak cari pasal. Aku dah minta maaf kot plus aku tolong kutipkan balik barang dia, ehh ni kalau aku tak baik aku terus blah lah
Dia bangun dan merampas barangnya yang ada di tanganku. Dah lah tak nak cakap terima kasih sebab aku tolong. Dasar mamat kerek.
"Hoi kau dengar ehh kau tu harap je muka hensem tapi perangai Nauzubillah pergi blah lah dengan perangai kerek kau tu, tak hamak lah"
Jerit ku kesal kepadanya.
Nasib baik kau tak faham apa aku cakap kalau tak aku pon tak tauOrang sekeliling dah pandang aku lain macam dah. Apa aku kesah, panas ni panas.
Tiba-tiba lelaki yang aku langgar tadi memandang kepadaku semula"No michaeso" biadap sungguh kamu yaa, kau kata aku gila, kau lah gila.
Geramnya aku, disebabkan dia tengok aku dah tak jadi nak membuang. Buang masa aku je lh, ishh.
Aku berjalan semula ke restoran tadi. Aku melangkah ke meja yang kududuki tadi. Wajahku masam. Aku perhati je dia orang ni, lawak ke? Nak gelakkan aku pulak
"Kau ni dah kanapa muka tu tak boleh masam lagi ke? Dah macam ayam berak kapur dah" kata Hajjar dengan sisa tawanya
"Diamlah kau" kataku tanpa memandangnya. "Kenapa ni Fiya monyok je?" Tanya Isya kepadaku.
Ni nak story ni."Tau tak tadi masa aku nak pergi ladies aku terlanggar seorang mamat ni. Kerek gila. Aku dah minta maaf sekali aku tolong dia tau, tapi dia kata aku buta. Geramnya aku. Haa pastu aku marah ahh dia, boleh pulak dia kata aku gila. Macam mana aku tak marah" ceritaku kepada mereka.
Mereka hanya meng'o' kan sahaja."Biarlah dia, dah sekarang baik kau makan dulu" wahhh makan nyum nyum. Aku terus makan tanpa menghiraukan mereka berdua.
Aku harap aku tak jumpa dengan mamat kerek macam dia lagi.
____________________________________Author note ❤
Amacam? Maaf kalau ada typo. Aku ni bukan terror pon bab² menulis ni tapi aku cuba. Jadi maaf klau tersalah bahasa.Muahh
.Keep vote n comment
.Zulanda🌸❤

YOU ARE READING
Kaulah Takdirku
RandomNur Syafiqah Afina dan Nur Syafiqah Afiya dua adik beradik kembar yang mempunyai banyak perbezaan. Berlaku satu insiden kepada Fiya semasa dia sedang berada di sebuah pusat beli-belah, dia terlanggar seorang lelaki. Siapakah dia? Afina dikehendaki...