Nur Syafiqah Afina dan Nur Syafiqah Afiya dua adik beradik kembar yang mempunyai banyak perbezaan.
Berlaku satu insiden kepada Fiya semasa dia sedang berada di sebuah pusat beli-belah, dia terlanggar seorang lelaki. Siapakah dia?
Afina dikehendaki...
Majlis yang diadakan sungguh meriah dan konsep majlis ni hampir sama seperti majlis perkhawinan sebab terdapat tempat pelamin untuk menyarungkan cincin
Aku melihat kelibat Ummi bersama dengan seseorang. Semakin lama aku perhati orang itu baru aku tahu itu adalah besan keluargaku.
Aku ingin menghampiri mereka tapi ada sesuatu yang lebih menarik. Kelihatan Nana yang sedang berdiri di hujung pelamin dengan baju ala-ala pengantin. Dia kelihatan bingung
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nana yang kelihatan sedang mencari seseorang terus aku hampiri. Dia kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiranku.
"Nana cari siapa?" Tanya ku. "Cari tunang Nana lah, entah mana satu dia. Nana pon nak tau siapa dia" Tanpa menghiraukan ku dia terus pergi dari situ.
Aku duduk di atas pelamin yang baru digunakan bagi sesi menyarung cincin untuk majlis pertunangan Nana.
Aku juga terfikir apa nasib kembarku yang akan berkhawin tidak lama lagi. Ya, majlis itu memang sengaja diadakan dengan cepat katanya tak baik lambat-lambatkn benda yang baik. "Sorry miss, hello" seseorang melambaikn tangannya di hadapanku
"Ouh ye, kenapa?" Ya Allah, Fina buat malu je termenung dekat tempat awam dah lh duduk atas pelamin
"Awak kan yang baru bertunang tadi, saya ni jurugambar untuk majlis ni. Jadi, saya nak ambik gambar awak" Waitwhat! Aku yang baru bertunang? Aduh, susah betul lah ada kembar ni, macam retis pulak dah
"Miss, oh miss saya nak ambik gambar ni. Jangan termenung lagi eh" Pesannya. Entah berapa kali tah ni aku termenung.
Tak pelah gambar ni boleh buat kenang-kenangan kan. Aku pon yang mendengar isyarat darinya terus membuat pos ala-ala perempuan melayu terakhir. Gediks.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Para tetamu yang hadir, sudah berunsur pulang.
Alhamdulillah, majlis harini berjalan dengan lancar. Semoga majlis yang akan datang juga dipermudahkan.
----------------------------------------------
Aku yang baru selesai menunaikan solat subuh, terus turun ke bawah untuk membantu Ummi menyediakan sarapan.
Aku yang berada di belakang Ummi tidak dihiraukan. Nampaknya Ummi sedang memasak dengan khusyuknya.
Aku yang mendapatkan idea terus berjalan ke arah Ummi dengan lebih dekat. "Bahh!"
Ummi yang terperanjat terus membuat aksi silat dengan sudip yang masih ada ditangan. Terhambur tawaku. Maafkan Yaya Ummi.
"Ish kamuni kacau lah Ummi nak masak.Haa ketawa ketawa, dosa tau" Secara spontan tawaku terhenti. Aku terus memeluk Ummi dan meminta maaf
"Erm, dah sana jangan kacau ummi nak masak" terus Ummi menyambung kerjanya yang tertunggah akibat aksi tadi. "Alah tapi Yaya nak tolong Ummi" kataku dengan muncung seperti itik
"Haa kalau nak tolong pergi paggil abah dengan adik-beradik kamu sana, pastu nanti tengahari kang teman Ummi pergi cari barang dapur"
Alah baru turun dah kena naik lagi. Dengan langkah yang longlai aku naik juga ke atas untuk memanggil mereka.
Tinggal Nana yang belum aku panggil. Aku berjalan menuju ke arah biliknya, aku mengetuk pintu tapi tiada sahutan. Aku yang ingin memulas pintu biliknya terhenti "Leave me alone!!"
"Nana! Nana kenapa ni?!" Aku yang berasa risau terus memulas tombol pintu biliknya, tapi tiada hasil kerana dia mengunci pintu
"Jangan kacau Nana lah! Tak faham ke?!" Aku tau kembarku tertekan, tapi aku pon tak tahu apa yang aku boleh tolong dia
"Erm, tak pelah. Nanti kalau Nana lapar jangan lupa turun tau" pesanku Aku terus turun ke bawah
"Mana kembar kamu Yaya?" Tanya Abah kepadaku. "Dia tak nak orang kacau dia, tapi Yaya dah cakap kalau dia lapar jangan lupa turun"
Kelihatan mereka semua hanya menundukkan kepala. "Haa Riq baca doa makan" arah Abah dan memulakan makan.
----------------------------------------
Seperti yang disuruh, aku pergi menemani Ummi untuk mencari bahan dapur
Aku yang masih memikirkan tentang Nana terus menanyakan kepada Ummi. Baru Ummi hendak memberitahu, ada seseorang yang menyapa kami berdua
"Lah Na kau ada kat sini juga ke? Dengan siapa?" Ouh bakal mak menantu Nana rupanya
"Haah, ni haa dengan anak aku" tunjuk ummi ke arahku. Dia yang terperasan akan kelibat aku, terus memandang ku. Aku menyalami tangannya tanda hormat
"Ummi, Yaya pergi cari barang orang dululah. Takut tak sempat nanti" Ummi hanya menggangguk tanya memberi izin.
Aku yang mendapat keizinan terus menyalami tangan ummi dan puan Isma bakal mak menantu Nana
Aku mula berjalan ke arah makanan ringan. Musykil betul aku, bukan ke ramai yang suka makan benda macam ni,tapi kenapa macam tak ramai pulak yang nak beli?
Aku meraih beberapa makanan ringin dan meletakkannyake dalam troli yang aku bawa bersama
Aku baru sahaja ingin memilih makanan yang lain tapi terhenti kerana mendengar bunyi keriuhan
Malas nak ambil tahu, bukannya urusan aku pon kan? Aku yang baru ingin mengambil makanan tersentak akibat pelukan yang berada di pinggangku.
Authornote
Amacam Okey?. Tak pe sis cuba. Rasanya siapa yang berani peluk Yaya ni?nak tau tunggu next chep. Jgan lupa comment and vote yah . Zulanda❤