Aku terkejut dengan apa yang baru terjadi ini.Aku yang berasa tidak selesa,ingin merungkaikan pelukan.
Aku mencuba untuk merungkaikan pelukan yang berada di pinggangku.
Semakin aku mencuba, semakin erat pelukan. Aku juga mencuba untuk melihat gerangan siapa yang berani memelukku tapi tak berjaya,yang aku tahu dia seorang lelaki."Kau jangan cuba nak bergerak" katanya memerintah. Eiii kecik besar kecik besar je aku dengan kau ni lah, dah lah tak kenal pastu peluk-peluk orang dah tu suka-suka je perintah orang. Patutnya aku yang marah bukan kau.
"Oi syaiton! Kau sape haa!? Suka mak bapak kau je nak peluk aku" marahku pula kepadanya.
Kedengaran bunyi keriuhan yang tadi aku dengar semakin kuat. Mereka datang ke sini ke? Dengan tiba-tiba suara seseorang kedengaran jelas di telingaku "Sekali lagi kau cuba untuk lepas, aku cium kau. Aku cakap betul, berani lah kau gerak kalau nak kena cium dengan aku dekat sini" ugutnya.
Dasar psiko, dah lah tak kenal nak ugut pulak. Eii siapalah kau ni, retis sangat ke sampai diaorang dok terkejar-kejar kan kau ni?
Bunyi derapan kaki yang sangat kuat mula kedengaran. Sekumpulan perempuan mula memasuki lorong ini, kelihatan mereka sedang mencari seseorang.
Diaorang ni ada kaitan ke dengan orang yang tengah peluk aku ni? Kalau betul lah kan nak je aku jerit bagitahu yang orang diaorang cari tu sekarang tengah peluk aku, tapi apakan daya tak kan lah aku nak dia cium aku, bukan muhrim kot.
"Ehh sayang nak ambil apa lagi ni? Kan dah banyak ni. Tak baik makan makanan macam ni nanti kasihan dekat baby kan" katanya dengan nada yang agak kuat. kepala hotak kau lah baby, babi tol.
Aku cuba untuk menahan amarah. Mereka semua mula bergerak ke tempat lain. Dengan kudrat yang aku ada, aku berjaya melepaskan diri dari pelukannya.
"Hoi kau sape ah? Datang tak diundang tetibe nak peluk orang, tak tahu halal haram eh? Baby kepala hangok kau lah" marah ku
Geram je aku tengok mamat ni. Orang marah boleh pula dia buat derk je, nak kena cepuk ke cane?. Dia memandangku atas bawah. Dasar psiko plus pervert. Gila.
Memang gila, ada ke patut pakai shades dekat tempat macam ni? Aku terus berlalu tanpa menghiraukannya.
"How insane" ucapnya. Malas nak layan mamat psiko macam dia ni, baik blah.Dia yang gila nak kata orang gila pulak. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Langkahku terhenti.
Aku pusing kembali untuk melihat siapakah gerangan itu. Bila aku pusing semula, dia mula menaggalkan cermin mata hitam yang dia gunakan.
Eye contact antara aku dan dia. Kaku. Dia? Mamat kerek ni lagi. Ya Allah, keciknya dunia ni.
"Eii dasar laki macam kau ni memang tak ada adab eh? Harap muka je hensem tapi hati? Busuk!macam nangka busuk" tempiasku di hadapannya
Aku berjalan semula meninggalkannya tiba-tiba tanganku di rentap dari belakang. Secara automatik aku berdiri semula di hadapannya. Jarak antara kami hanya beberapa inci sahaja.
"Apa kau cakap, aku hensem?" Tanyanya bersama senyuman sinis.
Dia ni lah kan panjang lebar aku cakap itu je dia tangkap?.Aku memandangnya semula untuk menjawab soalannya. "Ehh kau..." Aku baru tersedar akan sesuatu. Mataku membulat.Dia cakap MELAYU!.
"Kau apa? Kau tu lah lembu" ei kau yang lembu, muka macam taik lembu.
Aduh kau ni Fiya, agak-agak lah nak cakap muka dia macam tu, muka hensem macam Jimin ni juga kau kata macam taik lembu.
Daripada aku bertekak dengan mamat kerek ni, baik aku blah. Baru beberapa langkah aku berjalan, dia mula membuka bicara
"Kau tu yang tak ada adab! Orang tengah bercakap kau blah je macam tu.Tu ke yang kau kata ada adab?" Sedikit sentap ya di situ.
Mamat ni kan, memang nak kena pelakung aku agaknya. Tak pernah tak cari pasal. Dah lah kenal pon tidak.
Aku terus berjalan tanpa menghiraukannya. Sedang aku berjalan, kedengaran seperti seseorang berlari ke arahku.
Dengan sekejapan sahaja dia telah berada di sebelahku. Pasang turbo ke cane ni?. Malas nak melayan mamat otak cetek seorang ni, aku berjalan lebih laju. Mana Ummi ni?
Sedang aku melilau mencari kelibat Ummi, seseorang aku rempuh bersama troli yang aku bawa. Aku melihat siapakah gerangan yang aku langgar,baru aku hendak meminta maaf tapi aku batalkan niat itu. Sebab orang yang aku langgar mamat kerek tadi.
Dia lagi, tak serik-serik ke kacau hidup orang. Aku mengeluh. "Woi,apa lagi kau nak ah? Tak sudah lagi ke nak kacau aku, aku ni bukannya kenal kau pon" ish.
"Aku nak minta maaf sebab suka-suka je peluk kau, aku terdesak sangat tadi" ucapnya memohon maaf. Minta maaf tapi tak ikhlas, boleh pulak dia minta maaf pastu main blah gitu je?.
Terdesak hotak hang. Kalau dah terdesak sangat khawin lah, bukannya susah pon jumpa tok kadi akad dah settle.
Aku yang masih dalam mood mengutuk mamat kerek tarak guna tadi terkejut dengan teguran seseorang
"Haa, sini pon kamu. Penat Ummi cari tau" anjat gegerl. Hehehe. Aku hanya senyum menampakkan barisan gigi.
"Dah lah, jom balik" arah Ummi. Aku dan Ummi bergerak ke arah kaunter untuk membayar.
Sedang aku dan Ummi berjalan, aku terserempak dengan mamat kerek tadi. Dia hanya menjeling dan senyum sinis. Nak je aku tumbuk muka dia biar bagi pecah macam jamban.
"Kamu ni kenapa Yaya, tengok orang macam nak terkam je" tegur Ummi.
"Manada" adeh kantoi lah pulak"Siapa yang kamu tenung sangat tadi tu?" Tanya Ummi lagi. Aku geleng.
Author note ❤
Ok, cuma nak cakap maaf lah kalau selama ni ada typo. Harap korang suka lah, enjoy your read k. Selamat berpuasa🌙. Jangan lupa vote n comment.
.
Zulanda
YOU ARE READING
Kaulah Takdirku
RandomNur Syafiqah Afina dan Nur Syafiqah Afiya dua adik beradik kembar yang mempunyai banyak perbezaan. Berlaku satu insiden kepada Fiya semasa dia sedang berada di sebuah pusat beli-belah, dia terlanggar seorang lelaki. Siapakah dia? Afina dikehendaki...