✔Chapter 10: The Cheater

3.9K 475 16
                                    

"Baiklah, kelas hari kita akan belajar melalui perlawanan Rane dan Leon" ucap Miss Lyra. Miss Lyra menyambung lagi.

"Rane, Leon. Kamu berdua dah bersedia?" soal Miss Lyra untuk memastikan kedua anak muridnya berada dalam keadaan yang baik.

"Sedia!" jawab mereka serentak.

"Baik, kalau macam tu perlawanan ini dimulakan....sekarang!" arah Miss Lyra.

"Ignitè!" Rane menggunakan elemen api untuk memulakan serangan. Leon mengelak semua serangan dengan mudah sekali. Semua orang kagum dengan kepantasan Leon mengelak api-api Rane.

"Wińd!" kali ini elemen angin pula digunakan untuk menyerang Leon. Leon masih dapat mengelak dengan mudah.

'Patutlah Rane ni paling kuat dalam kelas. Dia ada dua elemen' bisik Leon dalam hati.

"Ignitè!" Rane menggunakan spell yang sama. Leon mengelak ke semua serangan Rane.

"Giliran aku serang, tornádo wińd!" balas Leon. Rane terkejut tengan serangan Leon. Dia tidak dapat mengelak. Akhirnya dia tumpas dengan satu serangan.

"Woah!!" jerit semua pelajar terkejut

Miss Lyra ternganga. Leon hanya menguap. Haise menepuk tanganya tanpa henti. Putera Raleigh yang melihat kejadian itu dari tingkap kelasnya hanya tersenyum.

"Macam mana awak buat tu, Leon?!" soal Haise.

"Macam tulah...macam mana lagi?" soal Leon.

"Sekarang tittle paling kuat jatuh kepada Leon! Berikan tepukan!!" jerit Haose sambil menepuk tangannya sekali.

Semua pelajar termasuk Miss Lyra menepuk tangan kepada Leon.

"Tak guna kau Leon!" jerit Rane tiba-tiba.

"Rane kau okay ke?" soal Daniel yang datang mendekati Rane.

"Argh, lepaskan aku!" Rane menolak Daniel dengan kuat sehingga dia tidak sedar.

"Rane apa kau dah buat?!" soal Ao yang melihat kejadian itu.

"Rane ni kan cuma perlawanan biasa je!" sambung Kyra.

"Betul cakap Kyra tu. Tak payah lah ambil serius sangat!" balas Lycia pula tidak puas hati dengan tindakan Rane.

"Korang diamlah! Ni semua bukan urusan korang!" marah Rane.

Rane memandang ke arah Leon.

"Perlawanan kita baru sahaja bermula" senyum Rane dengan sinis.

Dia mengeluarkan sebiji pil dari botol yang dikeluarkan dari poketnya dan ketawa dengan kuat.

"Dengan pil ni aku akan jadi paling kuat!" Rane.

Tubuh Rane mengeluarkan aura yang menakutkan. Semua pelajar menjauhkan diri dari Rane. Hanya Leon seorang yang masih kekal di tempatnya.

'Apa aku nak buat sekarang?' soal Leon dalam hati.

'Pura-pura pengsan?' Leon mengurut dagunya seakan-akan dia mempunyai janggut yang panjang.

"Woi, kau mengelamun apa hah?! Bersiap sedia untuk dikalahkan!" jerit Rane.

Leon masih lagi mengelamun dan tidak mendengar kata-kata dari Rane.

'Pura-pura kalah ke?' bisik Leon dalam hati yang masih tidak tahu nak buat apa.

"Woi, aku cakap dengan kau! Kau pekak ke?! Ignitè!!" Api yang besar menuju laju ke arah Leon yang masih mengelamun.

'Nak lawan ke?' bisik Leon dalam hati lagi.

Api besar yang meluru laju ke arah Leon tadi dielak dengan begitu mudah.

"Argh!!! Bila aku cakap kau jangan buat-buat pekak! Wińd!" Angin yang begitu kuat laju ke arah Leon.

'Tapi, nanti rahsia aku bocor pulak kalau aku lawan. Pura-pura pengsan?' bisik hati Leon yang masih tidak sedar keadaan realiti lagi.

"Woi pekak! Ignitè!!" jerit Rane.

Api yang sama menuju ke arah Leon. Leon mengelak api itu dan jatuh pengsan.

'Hebat tak lakonan aku?' soal Leon kepada diri sendiri dengan bangga.

"Rane sudah!" arah seseorang dari jauh.

"Pengetua Ollion?!" Rane terkejut.



Jangan lupa tekan ⭐readers!
😂😑😣😯😐😀😁

Angel With A ShotgunWhere stories live. Discover now