✔Chapter 29: Full Name

3.2K 397 14
                                    

"Nael, jaga diri kami elok-elok. Jangan ponteng kelas. Pengetua dekat sini kawan makcik. Makcik dah pesan dekat dia suruh tengokkan kamu. Kalau dia bagitahu apa-apa dekat makcik siap kamu" pesan Fellia.

"Baik, makcik..." Nael tidak membantah.

"Kalau macam tu selamat tinggal. Ingat walaupun kamu tu anak angkat makcik, rumah makcik sentiasa menjadi rumah kamu" Fellia mengusap kepala Nael.

Nael hanya tersenyum.

"Bye, makcik!" ucap Nael sebelum pergi.

"Bye" Fellia membalas lambaian Nael.

"Semua pelajar baru sila berkumpul di dewan dalam masa 15 minit, terima kasih" ucap Miss Yuki.

Nael berjalan ke arah dewan yang dimaksudkan.

"Kenapa dewan ni macam sunyi sangat?" soal Nael.

Kemudian dia menepuk dahinya.

"Salah dewan!" Nael berpatah balik.

"Erm, tumpang tanya" tegur seseorang.

"Kau pun sesat jugak ke?" soal budak lelaki itu.

"Ya" jawab Nael.

"Jom kita pergi sama-sama!" ajak budak lelaki itu.

"Jom!" Nael berjalan di sisinya.

"Nama kau apa?" soal Nael.

"Quile, nama kau?" soal Quile pula.

"Nathanael, panggil aku Nael" ucap Nael.

"Kita nak ke arah mana ni?" soal Quile.

"Sekolah ni besar sangatlah..." keluh Nael.

"Apa kata kita tanya senior tu!" Quile menarik tangan Nael dan berlari laju ke arah seseorang.

"Tumpang tanya, kat mana dewan berkumpul budak baru?" soal Quile dengan ramah.

"Oh, korang nak ke sana ke? Jomlah kita pergi sekali. Abang pun nak pergi sana jugak" balas Leon.

"Okay!" jawab mereka serentak.

Leon, Nael dan Quile berjalan sambil berborak-borak. Sambil-sambil tu Leon pun jadi penerang jalan sekolah.

"Yelah, lupa tanya! Apa nama abang?" soal Quile.

"Nama abang Leon. Korang berdua?" soal Leon kembali.

"Saya Quile!" ucap Quile dengan gembira.

"Saya Nathanael, panggil je Nael" ucap Nael pula.

"Okay, kita dah sampai. Korang pergilah ambil tempat duduk" arah Leon.

"Bye, abang! Jumpa lagi!" Quile melambai mesra.

Leon membalas lambaian mereka.

"Leon, kenapa kamu lambat?" soal Miss Yuki melalui mikrofon.

Semua pelajar baru melihat ke arah Leon yang Miss Yuki maksudkan.

"Saya jumpa budak sesat!" jerit Leon dari jauh.

"Ye ke? Ke kamu yang sesat?" soal Miss Yuki kembali.

"Erk..." Leon menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Dah cepat, datang sini bagi ucapan" arah Miss Yuki.

"Baik!" jerit Leon.

Leon berjalan menuju ke arah pentas di mana Miss Yuki berada.

"Lari lah Leon oi!!" ucap Miss Yuki.

Leon berlari dengan laju.

"Okay, baik para pelajar sekalian. Sekarang diminta General Of Silver Moon, Raleon Eincard" ucap Miss Yuki.

"Miss Yuki kenapa bagitahu nama penuh saya?" bisik Leon.

"Eh, tak boleh ke?" soal Miss Yuki.

"Saya tak pernah bagitahu sesiapa nama penuh saya tahu?" soal Leon.

"Apa-apa jelah..." Miss Yuki turun dari pentas tersebut dan membiar Leon memberi ucapan.

"Ehem, selamat datang ke Aise Academy. Korang boleh panggil abang Leon. Abang dari kelas 3D4. Hari ni abang akan terang kat korang sistem persekolahan dekat sini" ucap Leon.

Seorang pelajar perempuan mengangat tangan.

"Nama siapa?" soal Leon kepada budak perempuan yang mengangkat tangan tersebut.

"Talia Garzeil, saya nak tanya kenapa abang kelas 'Dark' walaupun abang orang paling kuat?" soal Talia.

"Oh, tu sebab dulu abang menyamar dekat sekolah ni dan masuk kelas Dark. Tapi beberapa minggu lepas satu sekolah dah tahu siapa abang. Pengetua Ollion bagi pilihan sama ada nak pindah ke tak. Tapi, abang tolak sebab abang dah biasa dekat kelas tu" terang Leon.

Talia mengangguk faham dan duduk kembali di tempatnya.

"Baik, kita sambung ya? Dekat sekolah ni ada tiga jenis kelas. Kelas Gold, Glow, dan Dark. Mungkin ada di antara kamu dah tahu benda ni macam Talia. Untuk tentukan kelas akan ada pemeriksaan fizikal dan magik kamu. Faham semua?" soal Leon.

"Faham!" jawab mereka serentak.

"Ada apa-apa soalan lagi?" soal Leon.

Nael mengangkat tangan.

"Oh, Nael. Nak tanya apa?" soal Leon melihat Nael mengangkat tangan.

"Abang ada family tak?" soal Nael.






Jangan lupa tekan bintang kat bawah!

Angel With A ShotgunWhere stories live. Discover now