✔Chapter 14: A friend or a foe?

3.8K 366 5
                                    

"Leon, kau tunggu. Aku akan balas dendam suatu hari nanti" Rane yang dipenuhi darah berucap dengan senyuman creepy kepada Leon.

"Apa semua ni Rane?!" soal Leon seakan tidak percaya apa yang baru berlaku.

Darah merah di merata-rata bagaikan banjir. Mayat bergelimpangan tidak lengkap, ada yang tiada tangan, ada yang tiada kaki atau kepala.

"Sekarang giliran kau" Rane tersenyum dengan lebih creepy berbanding sebelumnya.

Rane sudah bersedia untuk menikam Leon.

"Tidak!!!"

Buk!

"Adoi, sakitnya macam mana aku jatuh katil ni?" soal Leon. Kemudian dia teringat mimpinya tadi.

Kreak!

Haise memasuki bilik Leon dengan muka cemas.

"Kenapa Leon?! Kau terjerit-jerit tadi!" soal Haise yang tertanya-tanya.

"Ouh, takde apalah. Cuma, mimpi buruk?" jawab Leon sambil tersengih-sengih.

"Dah pergi mandi, nanti kita lewat pulak" tegur Haise sambil berjalan kembali ke meja makan untuk menyambung sarapan paginya yang tergendala tadi.

"Baik, mak!" balas Leon sambil ketawa.

"Apa kau cakap?" soal Haise walaupun dia tahu apa yang Leon cakap tadi.

"Yelah, kau cakap macam seorang mak suruh anak dia mandi ke sekolah!" balas Leon sambil menahan ketawa.

"Haih, apa-apa jelah..." Haise yang malas nak layan Leon berjalan keluar dari bilik Leon.

♦ ♦ ♦ ♦ ♦

"Selamat pagi Leon, Haise!" ucap Lycia apabila sampai di kelas.

"Selamat pagi" balas mereka serentak.

"Pagi, Leon" ucap seseorang kepada Leon secara tiba-tiba.

"Ouh, selamat pa- eh! Rane?" Leon memandang Rane dengan serius.

"Kau demam ke apa ni? Tiba-tiba je ucap pagi dekat aku?" soal Leon sambil merenung Rane macam Rane ni penjenayah dikehendaki. Rane tersengih.

"Taklah, kita dah lawan kan? Habis nak gaduh pasal apa lagi?" Rane mengambil tempat duduknya dan memusingkan badannya untuk menyambung perbualannya dengan Leon.

"Perangai kau ni pelik lah" ucap Haise secara tiba-tiba.

"Kau pun tak tahu ke dia macam ni?" soal Leon pelik.

"Tulah, walaupun aku classmate dia dari awal sampai sekarang. Perangai kau memang tak menentu" jawab Haise sambil memandang Rane yang melihat Leon dan Haise berbual mengenai dirinya.

"Aku macam, macam mana nak cakap ek? Aku ni tak pandai sangat bagitahu apa yang aku nak bagitahu. Jadi selalunya aku maksudkan lain dari apa yang aku cakap" terang Rane sambil tersengih.

"Jadi, kau sebenarnya tak benci aku pun lah sebenarnya?" soal Leon. Rane hanya menggeleng kepalanya menandakan dia tidak membenci Leon dari awal lagi.

"Kalau macam tu, aku pun nak kawan dengan kau boleh?" sampuk Haise dengan mesra. Tak salahkan nak tambah kawan. Meriah sikit suasana nanti.

"Kenapa kau tiba-tiba nak kawan dengan aku? Selama ni satu kelas jauhkan diri dari aku" soal Rane pelik.

"Selama ni ramai ngelak kau sebab ingatkan kau ni cepat marah. Lagi satu, sebab kau paling kuat dalam kelas ni" terang Haise tanpa menyembunyikan apa-apa.

"Aku memang susah sikit nak buat kawan. Pagi tadi pun sebenarnya aku nervous nak tegur Leon. Tapi, sebab aku nak ubah diri aku ni aku berani kan jugak lah" balas Rane sambil tersenyum.

"Woi, Rane Leon. Korang ada dengar tak?" soal Haise.

"Dengar apa?" soal Rane.

"Ha'ah lah. Dengar apa?" soal Leon pula.

Haise memandang kiri dan kanannya dan mendekati Leon dan Rane untuk berbisik.

"Aku rasa macam satu kelas tengah bisik-bisik pasal kita" bisik Haise.

Rane dan Leon memandang classmates yang lain. Apabila Rane dan Leon memandang mereka, mereka mengelak eye contact dengan laju seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

"Biarlah dekat diorang, aku dah masak sangat pasal hal ni" ucap Rane sambil mengeluh.

'Nasib baik lah dia tak sebijik macam mimpi aku. Apalah kau ni Leon, kau paling kuat. Apa pasal kau takut sangat dengan classmate?' gaduh Leon dengan hatinya.

"Asal kau diam?" soal Haise yang melihat Leon tiba-tiba senyap.

"Takde apalah" Leon kembali berbual dengan Rane. Haise pun ikut sekali, kalau tak duduk macam patung lah dia dekat sebelah Leon.


Angel With A ShotgunWhere stories live. Discover now