✔Chapter 48: Nael's power (2)

2.6K 304 13
                                    

"Leon, tadi kau macam ada penyelesaian. Cepatlah cakap!" arah Elyza.

"Oh, tadi aku terpikir sebelum ni aku suruh si datuk ni buat contract dengan aku sebab boleh tahu dia dekat mana, dia tengah buat apa dan termasuk kawal kuasa dia" terang Leon.

"Maknanya kau nak buat contract lain dengan Haise?" soal Elyza.

"Malangnya tak, aku hanya boleh buat dengan seseorang sekali sahaja" senyum Leon.

"Habis, tu?!" soal Elyza.

"Nael kan ada?" Leon mengangkat kedua-dua belah keningnya.

"Oh!!!! Betul lah dia kan ada rare ability macam kau!" faham juga si Elyza ni.

"Aik, mana yang lain?" soal Haise yang melihat hanya mereka di situ.

"Diorang semua pergi sebab tak tahan lama-lama tengok tangan kau kena makan" balas Elyza.

"Habis kau tak geli ke?" soal Leon.

"Eh, eh... of course aku geli. Tangan kau dah tak rupa tangan tau tadi!" balas Elyza.

"Habis kenapa tak lari??" soal Leon yang tertanya.

"Habis siapa nak heal kau nanti?! Nak harap healing ability kau tahu depan la baru nampak rupa tangan!" balas Elyza.

"Okaylah, terima kasih wahai Elyza yang sudi menyembuh tangan aku ni!" balas Leon sambil melutut.

"Woi, apa kau buat ni?!!!" soal Elyza tekejut.

Pft!!!

"Hahahah!!!" Haise ketawa dengan kuat melihat gelagat kawan-kawannya itu.

Leon tersenyum.

"Gelak jugak kawan aku yang seorang ni" balas Leon.

"Haish, korang dua ni elok jadi pasangan je!" balas Haise.

"Pasangan?!" soal Elyza.

"Hah? Pasa-" belum sempat Leon mengahabiskan ayatnya Elyza mencelah.

"Eh, Haise! Mata kau dah kembali normal!!" jerit Elyza.

"Eh, yalah!!!" Leon terus lupa ayat tergantungnya tadi.

"Kasi cermin kat aku!" pinta Haise.

Leon memegang poket baju dan seluarnya.

"Aku manalah ada cermin..." balas Leon.

Elyza mengeluarkan sebuah cermin poket yang berada di dalam beg kecilnya.

"Nah!" Elyza menghulurkan cermin bercorak bunga sakuranya itu.

"Alolo... comelnya cermin!" sindir Leon.

"Haish biarlah, asal nampak apa yang aku nak tengok!" balas Haise.

Haise tersenyum lebar.

Nael dan Quile berjalan mendekati setelah melihat tangan Leon kembali seperti asal seakan-akan tiada apa yang berlaku sebelum ini.

"Abang, kak... dah habis ke?" soal Nael yang memastikan Haise dalam kawalan.

"Ha! Nael. Tepat pada masanya!! Sini sekejap, nak minta tolong" panggil Leon.

"Hah?! Nael je...saya?" soal Quile.

"Sekali lah" ajak Leon.

Nael dan Quile berjalan mendekati.

"Ya?" soal Nael.

"Nael boleh tak buat contract dengan abang ni?" soal Leon.

"Contract? Kenapa??" soal Nael.

"Macam ni..."

Blaa... balaa..... blaaa..... blaaa..... blaaa.... blaaa.... bl.a..... a blaaa... blaaa..... bla...

(penerangan Leon tentang contract)

*author mengaku, author malas taip! Hehehe...

"Oh, begitu..." balas Nael yang memahami.

"Hah, boleh ulang sekali lagi tak? Yang saya dengar blaa blaaa blaaa je" balas Quile.

"Haih, tak payah faham lah" Leon malas menerangkan semula. Geng author ni...

"Abang Haise, hulurkan tangan!" pinta Nael.

Haise menghulurkan tangan kirinya.

Nael mengigit jari telunjuk kanannya sehingga mengeluarkan darah.

Dia melukis satu simbol magik.

"Dah!" Nael tersenyum puas.

"Nael, simbol ni tak boleh sorok ke?" soal Haise.

"Oh, maaflah. Saya memang ada ability ni tapi disebabkan saya jarang guna, jadi level contract saya tahap biasa je. Ni pun 2nd time guna" balas Nael memberi penjelasan.

"Nael, kak perhatikan kau.. kau ni ada iras seseorang lah" ucap Elyza.

"Hah? Iras siapa pula kak Elyza??" soal Nael.

Yang lain turut mendengar ingin tahu.

"Leon, muka dia iras kau kecuali warna rambut je kan?" soal Elyza.





Jangan lupa tekan bintang di bawah!

Angel With A ShotgunWhere stories live. Discover now