✔️Chapter 36: New Talents

3K 395 13
                                    

"Mana Elyza ni?" soal Leon.

"Kau tanya kitorang yang tak tahu apa ni? Tak logik, tak Logik..." balas Rane.

"Manalah tahu korang tahu ke?" Leon mengangkat-angkat keningnya.

"Membazir air liur je Leon oi..." balas Rane.

"Welcome, please state your name"

"Elyza Jullien"

"Welcome, Elyza Jullien"

Elyza berjalan masuk bersama Vivian dan Haden di belakang.

"Wow, cantiknya bilik ni!" jerit Vivian terpegun.

Haden hanya memerhati sekeliling mereka.

"Eh, Leon aku tahu akan ada. Tapi, siapa dekat belakang kau tu Leon?" soal Haden.

"Oh, orang-orang yang terpilih macam korang jugak" balas Leon.

"Tak pernah nampak diorang pun dekat Class Glow, diorang Gold ke?" soal Vivian.

"Taklah diorang classmates aku" terang Leon dengan senyuman.

"Hah?" ucap Haden dan Vivian serentak.

Haden berjalan mendekati.

"Kau nak selesaikan misi dengan pelajar yang lemah? Aku bukan nak berlagak tapi, bukan ke kau patut pilih orang yang mampu untuk jalankan misi ni?" soal Haden tidak memahami niat Leon.

Kyra, Ao, Lycia dan Rane hanya kekal menjadi pemerhati. Patut ke diorang masuk campur?

Rane yang sememangnnya panas baran berjalan ke hadapan Haden.

"Habis tu, kau maksudkan kami tak layak lah? Tak layak jalankan misi? Tak layak berdiri sebelah pahlawan macam korang ni?" soal Rane.

"Rane, sudah lah tu... memang kita tak layak pun nak berdiri dengan orang macam diorang ni..." perli Kyra.

"Wait! That is not what I am talking about!" Haden mempertahankan dirinya.

"Then, what?" soal Kyra.

"Haden tak maksudkan macam apa yang korang fikir, cuba korang fikir balik. Misi ni berbahaya, macam mana kalau cedera? Paling teruk pun mati!" Vivivan pun mula masuk campur.

Mereka terdiam seketika. Mungkin tengah memikirkan kebenaran kata-kata Vivian.

"Jadi apa tujuan sebenar kau memilih kami Leon?" soal Rane melihat Leon dan Elyza yang menjadi pemerhati pergaduhan mereka.

"Ya, memang betul korang memang sepatutnya tak layak nak sertai misi..." ucap Leon.

"Hoi!" Rane menjadi marah.

"Korang mungkin akan mati bila sertai misi macam ni..." Leon menyambung lagi.

Rane terdiam. Leon ni menyebelahi siapa?

"Tapi..." Leon berhenti berucap.

Mereka semua menumpukan perhatian mereka ke kata-kata Leon.

"Korang lupa ke korang ada aku dan Elyza?" soal Leon tersenyum lebar.

"Takkanlah aku nak biar kawan-kawan aku mati semata-mata nak jatuhkan sebuah organisasi? Tolonglah, ada banyak jalan nak elakkan pengorbanan" Leon ketawa.

"Lagipun, aku takkan biarkan korang cedera macam tu je, kalau cedera sekali pun kita ada Elyza kan?" soal Leon.

"Kalau kau dan Elyza ada pun, apa gunanya kami?" soal Rane.

"Aku pilih korang sebab aku tahu korang ada sesuatu yang aku nak tapi korang sendiri tak tahu apa benda kan?" soal leon.

"Benda? Jap, kau cakap pasal bekal aku ke?! Jangan harap aku nak bagi dekat kau!" Rane sudah melarikan diri tidak mahu berkongsi bekalnya yang enak kepada Leon.

"Apa pasal pulak pasal bekal kau ni? Aku cakap pasal bakat korang lah... Korang ada bakat yang orang lain takde dan aku perlukan bakat korang tu" terang Leon.

Tapi, betul lah Leon memang suka curi bekal Rane pun. Adik Rane 2nd year, yang selalu buatkan untuk dia.

"Bakat? Apa kau maksudkan dengan bakat?" soal Kyra.

"Korang memang tak sedar, tapi korang memang ada bakat yang unik" balas Leon.

"Lagi satu, asal kita diri ni? Tempat duduk ada taknak duduk" tegur Leon setelah menyedari mereka berdiri dari tadi.

Mereka semua pun duduk di sebuah meja panjang yang boleh memuatkan 12 orang.

"Jadi, boleh kau bagitahu apa bakat kitorang?" soal Kyra jelas ingin tahu.

Leon tersenyum penuh makna.

Rane membuat muka meluat.

"Guys, dia guna bahasa 'senyum' dia pulak... Ada siapa-siapa boleh jadi translator??" soal Rane melihat Leon tersenyum.

"Seriously Rane? Again?" senyuman tadi terus lesap dari muka Leon.

Jangan lupa tekan ⭐️kat👇

Angel With A ShotgunWhere stories live. Discover now