✔Chapter 52: No Sympathy

2.6K 332 9
                                    

"Nael" panggil Leon.

"Ya?" sahut Nael. Nael memandang tepat ke arah wajah Leon. Menanti apa yang mahu diperkatakan.

"Abang nak tanya, apa jadi dekat keluarga Nael?" soal Leon.

Nael terdiam seketika.

"Keluarga saya?"

"Mereka, kena bunuh dengan kerajaan tempat saya tinggal dulu" balas Nael.

Cerita ni macam saya dengan cerita Leon...

"Kamu ada abang tak?" soal Leon.

Nael mengangguk perlahan.

Tiba-tiba kenangan pahit itu kembali berputar di dalam kepalanya. Walaupun masa tu dia masih kecil, segalanya masih kabur.

"Abang kamu kena bunuh juga ke?" soal Leon.

"Entah, saya tak tahu" balas Nael.

"Apa maksud Nael?" soal Leon.

"Masa tu saya kecil lagi, jadi tak semua benda saya ingat" balas Nael lagi.

"Abang, saya dah lambat ni. Saya kena pergi jumpa pengetua. Nanti kita sambung ya?" Nael meminta diri.

"Nael!" panggil Leon dengan kuat.

Nael menoleh ke belakang.

"Nael adik abang kan?" soal Leon.

•    •    •    •    •     •

"Elyza!" panggil Raleigh.

"Ya?" soal Elyza. Dia sedang sibuk menyusun kertas-kertas analisisnya.

"Nampak Leon tak?" soal Raleigh.

"Tak" balas Elyza pendek.

Raleigh hanya terdiam tengah memikirkan kat mana Leon berada.

"Kenapa kau cari dia? Serius ke?" soal Elyza yang tiba-tiba risau.

"Tadi Leon ada datang dekat aku, dia minta gambar family dia yang aku simpan" balas Raleigh.

"Asal kau ada gambar family dia?" soal Elyza.

"Yang tu cerita lain, sekarang ni Leon cari Nael dan aku rasa Nael tu adik Leon lah..." sambung Raleigh.

"Hah?!" Elyza terkejut. Mana mungkin! Masa dia datang dulu dia sendiri nampak mayat-mayat keluarga Leon.

"Kau rasa ya ka?" soal Elyza.

"Entahlah" balas Raleigh.

Booommmm!!!

Suatu letupan besar berdekatan mereka terhasil. Elyza dan Raleigh terjatuh kerana tidak stabil.

"Aduh... letupan apa pulak jadi ni??" ucap Raleigh sambil bangun semula setelah dipastikan selamat. Macam pelik pulak ayat ni...

Raleigh membantu Elyza bangun dari kejatuhan tadi juga.

"Eh, ada api!" jerit Elyza.

"Raleigh, jom! jom!" panggil Elyza.

Raleigh mula ikut berlari bersama Elyza. Sampai di sana mereka terjumpa Leon. Leon sudah pun memadamkan kebakaran tersebut.

Angel With A ShotgunWhere stories live. Discover now