!AMARAN!
Bahasa yang agak baku di dalam.
Sila perlahankan kenderaan anda dan buat pusingan-U sekiranya anda alah kepada bahasa baku.Kerjasama anda amat dihargai.Terima kasih.
Sinopsis ada kat dalam.
Weekend.Aku suka weekend.Sebabnya aku ada lebih banyak masa untuk bersendirian.Kebiasaannya aku akan gunakan peluang ni untuk lepak dan mereput di rumah,tetapi kali ni entah kenapa aku tiba-tiba rasa hendak keluar berjalan-jalan di bandar.
Pelik.Sedangkan aku benci tempat yang dipenuhi dengan orang dan bunyi yang bising.Walaupun begitu,aku ikutkan jugalah kata hati.Sweatshirt dan seluar jeans disarungkan di badan sebelum aku memerhati diriku dalam cermin.
Aku kemaskan sedikit rambut dan letakkan headphone di telinga.Ok,cukup kacak.Kalau ikutkan otak,memang aku malas nak keluar tetapi hati aku pula sebaliknya.Orang kata,hati biasanya betul.Jadi,aku berpihak pada hati dan mulakan perjalanan aku.Manalah tahu,jumpa jodoh nanti.
Aku tak berduit orangnya.Jadi,sekiranya aku kata berjalan-jalan,memang tu saja yang aku lakukan.Berjalan tanpa arah tuju sehinggalah kaki aku rasa hendak tercabut.Baik aku berhenti rehat sekejap.Kerusi di taman menjadi pilihan.Nak lepak kedai makan,takut kena halau pula nanti.Yelah,duduk saja tetapi tak pesan makanan.Owner kedai mana yang tak marah.
Seronok juga rasanya keluar berjalan-jalan dan lepak di taman macam ni.Aku perhatikan sekeliling untuk menghilangkan bosan.Penuh dengan budak-budak.Ada yang bermain buaian,ada yang bermain gelongsor-eh tak perlu kot aku terangkan apa semua budak ni buat.
Sesusuk tubuh ber-dress tahap lutut menarik perhatian aku.Bidadari mana yang turun ke bumi ni.Indah,cantik,menawan.Tak-tak.Perkataan tak cukup untuk menunjukkan kecantikannya.Terlalu cantik di mata aku.Mukanya yang putih bersih aku teliti sepuasnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Semakin lama aku perhati,semakin familiar aku rasa dia ni.Macam selalu nampak.Adakah ini jodoh?Okay chill,bro gurau.Tetapi serius aku kata,memang aku selalu nampak muka dia ni.Bekas kekasih lama ke?Ok,bergurau lagi.Aku masih innocent tahu,tak pernah couple lagi.
Daripada aku merepek seorang diri macam orang gila,lebih baik aku tegur saja dia.Aku berjalan ke arah dia dengan penuh segak bergaya sambil cover macho,apabila dia sedar akan kehadiran aku,dia terus cabut lari.Aik?Hodoh sangat ke aku?Terasa kita tahu.
Haih.Memang aku ni ditakdirkan forever alone ke apa?Hilang terus mood aku nak sambung jalan-jalan.Baliklah.Semakin hilang semangat aku bila sedar yang esok hari Isnin.Hari kembali ke 'penjara'.
Skip
Sekolah.Nama lain bagi penjara.Aku tak ada hak untuk merungut.Jadi,aku akur saja.Beginilah aku setiap kali tiba di sekolah,aku akan duduk di tempat aku dan merungut di dalam hati sambil termenung sehinggalah cikgu masuk ke kelas.Tetapi hari ni agak berbeza.
Ada sesuatu yang menarik perhatian aku.Sekumpulan lelaki yang sedang membuat bising di hadapan kelas.Tak,bukan mereka semua tetapi seorang saja sebenarnya.Kim Seok Jin.Entah kenapa mata aku tertarik untuk terus perhatikan dia.
"Weh Jin!Dari tadi si Nam Joon ni perhatikan kau.Aku syak dia suka kaulah!"
Lamunan aku terhenti apabila seorang manusia tak guna mula bersuara.Dia salah seorang daripada mereka.Laungannya sebentar tadi membuatkan Seok Jin mengalihkan perhatian terhadap aku.Mata kami bertemu seketika.Renungan tajam dihadiahkan sebelum dia menoleh kepalanya ke arah lain.
Aku ada buat salah pada dia ke?Entah kenapa hati aku terasa agak sakit bila dia renung aku begitu.Hm biarlah.Aku sudah biasa.Walaupun aku berkata begitu,aku tetap rasa terganggu.
Aku tak dapat tumpukan perhatian sepanjang kelas.Imej gadis ayu semalam bermain di minda aku.Pada masa yang sama imej tersebut bersilang dengan imej Seok Jin yang merenung aku dengan tajam.Atas beberapa sebab,aku rasa muka mereka berdua sangat sama,begitu juga dengan renungan yang mereka berikan pada aku.
Renungan mata tu.Walaupun tajam tetapi aku tak nampak kemarahan dalam mata mereka.Aku nampak mereka ketakutan.Takut kepada apa yang mereka renung iaitu aku.Tetapi,kenapa?Ah!Stress aku fikir pasal benda ni.
Skip
It's weekend again!Yeay!Tak-tak.No yeay.Seminggu aku tak boleh tidur sebab fikir pasal dua orang manusia tu.Kalau aku keluar ke bandar lagi hari ni,agak-agak aku dapat jumpa dengan dia lagi tak?Hati aku cakap 'ya'.So,let's start our journey!
Kali ni,aku tak berjalan-jalan sehingga kaki aku rasa hendak tercabut tetapi aku terus saja menuju ke taman tempoh hari.Aku duduk di kerusi sambil mencari kelibatnya.Malangnya,dia tak ada.Hampir 1 jam aku duduk di situ menunggu kehadirannya,tetapi hampa.
Memandangkan sudah agak lama aku di taman ni,aku mula mengatur langkah pulang.Aku lihat sekeliling untuk kali terakhir.Mata aku terhenti pada seseorang yang sememangnya aku nanti.Betul kata orang,kalau sudah jodoh memang tak ke mana.Ok,tak ada masa untuk merepek.
Aku berjalan laju ke arah dia dengan berjaga-jaga supaya dia tak sedar akan kehadiran aku.Kalau dibuatnya dia lari lagi,tak pasal-pasal aku tak tidur lagi seminggu.Aku pegang pergelangan tangannya dengan erat membuatkan dia tersentak. Dia cuba lepaskan diri sambil merenung aku dengan ketakutan.
"Jangan takut-"
Baru saja aku mahu cuba untuk menenangkan dia,dia sudah potong kata-kata aku.
"Nam Joon.Jangan salah faham.Aku boleh terangkan apa sebenarnya jadi."