NJ's POV:
"Kau sudi keluar dengan aku?"
"Huh?!"
"Maksud aku,kau nak lepak dengan aku tak?Because you owe me an explanation."
"Uh-okay."
Tak sangka cinta pandang pertama aku adalah lelaki yang berpakaian perempuan.Tetapi,aku tak peduli.Aku cintakan dia bukan jantinanya.Aku ajaknya ke sebuah kedai makan yang agak mewah.Tak akanlah nak bawa crush makan tepi jalan saja kan.Kenalah tunjuk gentleman sikit.
Aku perhatikan dia yang sedang makan dengan gelojoh tetapi kelihatan sangat comel di mata aku.Bagi memecahkan kesunyian aku mula bersuara.
"Kau sedar kan yang kau ni perempuan?Boleh makan sopan sikit?"
Aku tekankan sikit perkataan perempuan tu.Memandangkan hampir seluruh restoran merenung 'perempuan' di hadapan aku ni akibat makan terlalu gelojoh.Dia terhenti seketika untuk membalas kata-kata aku.
"Tak kisah!"
Dan menyambung makan dengan lebih gelojoh.Aku tersenyum melihat kecomelannya.
"So,apa kata kau jawab soalan aku tadi?"
"Soalan apa?"
Hilang ingatan pula budak ni.Saja nak bazirkan air liur aku kena ulang balik soalan.
"Minggu lepas pon sama ke?"
Soalan aku membuatkan dia berhenti makan.Kelihatan dia hanya menundukkan kepala seperti sedang memikirkan sesuatu.Beberapa minit kemudian,dia mengangkat semula kepalanya dan bersedia untuk menjawab soalan aku.
"Fine!Memang hobi aku crossdressing.Aku tipu saja pasal game tu.Puas hati?"
"Oh."
Hanya tu yang terkeluar dari mulut aku.Buat beberapa minit,aku terdiam sambil diperhatikan olehnya.
"Kalau kau jijik sangat nak hadap muka aku,aku boleh blah sekaranglah."
Terlalu cepat dia berlalu pergi sehingga tak sempat untuk aku menghalang.Aku tak berniat nak buat begitu.Aku tak jijik dengan dia.Aku suka-tak aku cintakan dia.Aku mesti tebus kesalahan aku.Aku membayar makanan sebelum berlari keluar.Jam tangan diperhatikan.Masih awal lagi,sudah tentu kedai tu masih buka.
"Encik nak cari dress untuk girlfriend ke?"
Seorang jurujual perempuan menghampiri aku.Tak menyabar betul dia ni.Aku sedang termengah-mengah lagi,boleh pula dia kacau.Aku menarik nafas dalam-dalam,kemudian menghembuskannya untuk menghilangkan lelah.
"Ha ye saya."
"Biar saya tolong.Bentuk badan girlfriend encik tu macam mana ye?Kurus ke gemuk ke?"
"Hm.Dia kurus tapi tak terlalu kurus.Bahu dia agak bidang dan ketinggian dia lebih kurang macam saya."
"Mesti girlfriend encik tu agak maskulin orangnya kan?"
"Er-agaknyalah."
Banyak cakap betullah dia ni.Tak boleh ke buat kerja tu senyap-senyap saja,jangan banyak tanya.Aku perhatikan dia yang sedang mencari dress sesuai dengan penerangan aku.
"Macam mana dengan dress ni?Okay kan?"
Aku perhatikan dress hitam yang ditunjukkannya.Cantik.Mesti sesuai dengan my Jinnie.Tanpa sedar,aku tersenyum sambil membayangkan dia memakai dress ni.Tetapi,mesti lagi comel kalau dia pakai warna pink.
"Cantik,tapi bagi saya warna pink."
"Are you sure?Not all girls like pink though."
Haih dia ni.Aku cakap aku nak pink,bagi sajalah.Ada yang kena sumbat dress dalam mulut ni nanti.
"Yes,I'm very sure."
"Okay whatever.It's your girlfriend."
Eh dia ni.Makin lama makin annoying pula.Aku sepak sekali baru tahu.Dress pink yang aku minta dicari dan dibawa ke kaunter.Langkahnya aku ekori.Aku belum cakap lagi yang aku sudah selesai atau belum,dia sudah bawa aku ke kaunter.Apa dia fikir aku pokai sangat ke nak beli banyak barang dari kedai ni.Tetapi,memang aku nak beli satu barang tu saja pon.
Selesai membuat bayaran,aku mengambil bungkusan tu dan berlalu pergi dari situ dengan cepat.Kalau lambat,takut ada kes pembunuhan berlaku di sini.Menyampah aku tengok perempuan ni,boleh pula dia senyum sinis bila aku keluarkan duit kertas sekeping-sekeping.Means,aku bayar guna beberapa keping duit kertas yang bernilai kecil.
Skip
Walaupun hari ni Isnin,hari yang sepatutnya aku benci,tetapi kali ni berbeza.Aku rasa tak sabar nak pergi ke sekolah.Bungkusan yang berisi dress tu aku genggam dengan erat.Dalam perjalanan ke kelas,aku bertembung dengan Seok Jin.Segera aku mengejarnya tetapi apabila dia menyedari kewujudan aku,dia terus melarikan diri.
Biarlah dia lari.Macamlah tak jumpa di kelas nanti.Aku kembali berjalan semula.Setibanya di kelas,aku lihat kelibat Seok Jin tiada di situ.Tak akan dia belum sampai lagi?Aku rasa dia cuba larikan diri daripada aku.Sebabnya,setiap kali cikgu tak ada di kelas,dia juga turut menghilangkan diri.Haih.
Aku tak akan putus asa.Apabila berbunyi saja loceng tamat waktu persekolahan,aku terus berlari ke pagar sekolah.Mesti dia akan lalu sini juga nanti.Tepat sangkaan aku,kelihatan kelibat Seok Jin berjalan ke arah pagar.Aku berlari ke arah dia dan terus menyambar lengannya.Bungkusan bertukar tangan.
"Nah,pakai ni."
Dia membuka bungkusan tu dan mendiamkan diri seketika.
"Tak nak.Aku dah berhenti buat macam tu."
Huh?!Rugilah aku kalau macam ni.Aku tak peduli.Ni Kim Nam Joon-lah.Apa aku nak,mesti dapat.
"Kau nak aku sebarkan rahsia kau satu sekolah?"
"Jangan!Okay,aku ikut cakap kau tapi tolong jangan cakap pasal benda ni pada orang lain."
Yes!Aku sudah cakap.Apa aku nak pasti dapat.Aku tak dapat menahan diri aku daripada mengusap kepalanya.Comel betul bila dia gelabah.
"Good boy!Sekarang ikut aku ke tandas sekolah."
Dia menggulingkan matanya dan mengekori langkah aku.Sementara dia menukar baju di dalam tandas,aku menunggu di luar.Tak akan nak masuk sekali kan,nanti lain jadinya.Kelihatan pintu tandas di mana dia berada dibuka perlahan-lahan.Dia menjengukkan kepala keluar.Dia ni keturunan siput ke apa?Lambat betul bergerak.
Akibat sudah tak sabar,aku tolak pintu tandas tu dengan gelojoh dan menariknya keluar.
"Wah!Aku dah agak.Memang sesuai dengan kau."
Sedang seronok aku menatap bidadari di hadapan aku ni,tiba-tiba aku terdengar suara beberapa orang lelaki masuk ke tandas.Secara refleks,aku menolak Seok Jin ke dalam tandas semula tetapi kali ni aku masuk sekali bersamanya.Tandas yang agak sempit menyebabkan jarak antara kami sangat dekat.Bibirnya yang munggil menarik perhatian aku.
YOU ARE READING
(C)Pretty[NAMJIN]
Fiksi Penggemar!AMARAN! Bahasa yang agak baku di dalam. Sila perlahankan kenderaan anda dan buat pusingan-U sekiranya anda alah kepada bahasa baku.Kerjasama anda amat dihargai.Terima kasih. Sinopsis ada kat dalam.