NJ's POV
Secara tak sengaja,aku terdengar perbualan antara Seok Jin dan kawan-kawannya.Blind date?Ofcourse N.O!He's mine.
"Tak,dia tak jadi join."
"Macam mana kau tahu dia tak nak join?"
Semua kawan-kawannya pelik apabila aku tiba-tiba mencelah.Aku hadiahkan senyuman buat si pujaan hati sebelum menjawab soalan lelaki bermuka panjang itu.Macam kuda.
"Sebab dia ada date dengan aku."
Masing-masing berpakat buat muka terkejut kecuali si penyoal tadi.
"Ohh.Kalau macam tu kitorang gerak dulu."
Sepantas kilat dia menarik kawan-kawannya yang lain dan menghilang daripada pandangan kami.Tinggal aku berdua bersama Seok Jin.Kelihatan dia memuncungkan bibirnya sebagai tanda dia sedang marah dengan si lelaki bermuka panjang tadi.Comel!
Seperti yang dirancang,bungkusan yang berisi dress tu aku hulurkan kepadanya.
"Nah untuk kau."
Dia terdiam seketika sebelum memberi jawapan yang mematahkan hati aku.
"Aku tak perlukan apa-apa daripada kau."
Usai berkata-kata,dia terus pergi dari situ.Aku biarkan saja.Tak bermakna aku sudah putus asa.Kalau cara ni tak berkesan,aku akan guna cara yang lebih halus.Aku ambil laluan yang berlawanan dengan dia.Laluan yang lebih pendek untuk ke pagar sekolah.
Seperti yang dijangka,aku tiba dahulu di situ.Beberapa minit kemudian,kelihatan seorang lelaki sedang berjalan berpusing-pusing sambil mendepangkan tangannya.Kim Seok Jin.Aku syak dia ni mabuk.
"Kau ada tersalah minum ke tadi?"
Teguran aku membuatkan dia terkejut dan kembali berkelakuan normal.Jelas pada wajahnya menunjukkan riak terkejut dan pelik.
"Tak payah buat muka pelik sangatlah.Bukannya ada satu je jalan ke pagar sekolah.Aku tak guna ilmu hitam or whatsoever."
Dia terus berjalan melepasi aku tanpa menghiraukan penerangan aku.Langkahnya aku ekori.
"Hoi!Tunggulah aku!"
"Buat apa aku tunggu kau."
Aku lajukan langkah supaya dapat seiring dengan dia.
"Nah,ambillah ni."
"Aku tak nak!"
"Tapi bukan ke kau suka benda ni?Dalam bungkusan ni ada dress."
Dia mendiamkan diri seketika.Jelas yang dia sedang mempertimbangkan pemberian aku.Aku akan pastikan kau tak akan kata tidak pada aku.
"Penat aku kumpul duit nak belikan dress ni untuk kau."
"Aku tak suruh--"
"Kau tak kesian pada aku ke?"
Aku renung matanya sambil membuat muka minta simpati.Matanya tak lekang daripada merenung lesung pipit aku.As expected,no one can resist my charm!
"Kalau kau tak nak,tak apalah.Aku boleh buang dress ni."
Saja pancing~
Aku pun mula membuka langkah.Kononnya nak melangkah pergi membawa hati yang kecewa.
"Tunggu!"
Gotcha!Umpan sudah mengena.Hati aku melonjak gembira apabila apa yang aku rancang,berjalan dengan lancar.Aku toleh semula ke arahnya.
"Ya,kenapa?"
Dia melepaskan keluhan sebelum menyambung kata-katanya.
"Fine!Jom pergi rumah aku."
YOU ARE READING
(C)Pretty[NAMJIN]
Fiksi Penggemar!AMARAN! Bahasa yang agak baku di dalam. Sila perlahankan kenderaan anda dan buat pusingan-U sekiranya anda alah kepada bahasa baku.Kerjasama anda amat dihargai.Terima kasih. Sinopsis ada kat dalam.